Sunday, January 24, 2016

Meletop

Aku bukan jenis orang yang x hormat org, lebih2 lagi orang yang lebih tua. Tapi kalau dia sendiri x hormat org... Mmg aku jd kuang ajo ngan dia.

Ko sibuk bising kata sentimental value bagai... Ko sibuk kata rega kerusi ko tu mahal, ko sibuk kata kerusi tu dah duduk kat depan umah aku bertahun. Bertahun ler sgt... Aku duduk umah mak aku dr kecik... So dr kecik aku kenal ko... Dr kecik aku tahu hal ko.. Ko nak claim macam2 lak. Depan umah ko x cukup semak lagi ker? Suka hatibaku nak semak atau nak letak apa kat depan rumah aku.

Ko nak kata aku femes kat blok tu.. So wat.. Femes atas dasar apa? Mulut ko sama jer ngan mulut double A tu.. Sama... X der beza. Depan bapak aku ko x bani kan... Husband aku cakap elok2 jer sebelum aku masuk campur... Sbb aku tau aku baran.. Tapi kalau dah ko yang tinggi sora kat husband aku..  Mmg ko nak kena ler.. X kira ko tua atau x.. Mmg ko layak tuk ditengking. Anak buah ko.. Dok diam jgn masuk campur urusan org dewasa. Ko nak ungkit??? Aku ungkit a to z yang ko selalu masuk umah mak ayah aku tanpa izin dulu tu.. Menonong ko masuk umah orang tu kira ko hormat orang??? Nak kata kira hormat x hormat. Nak kira israel ngan palestin. Yang ko kata ko palestin... Ko tu yang kongker hak orang ko nak kata orang lain???

Sorry la tuk aku hormat ko... Mmg aku x hormat ko pun. Skit pun x der sbb ko x layak tuk aku hormat. At least sebelum letak barang kat drpan umah orang.. Tanya dulu... Bukan men redag kata common area bagai.. Depan umah ko tu pun common area.. Meh aku redah letak barang aku boleh???

Huh... X pasal2 aku nak jd hulk. Sib bek husband aku penyabar.. Kalau x.. Dah lama ko kena yer org tua. Aku pun dah lama sabar ngan ko.

Saturday, January 23, 2016

Tingkap dan Tangga

Tidak banyak yg aku ingat sebab ianya terlalu singkat. Biarpun jangka hayatnya x lama, namun rasa itu hingga kini terasa walau kadang kala tenggelam timbul perasaan membuai rasa itu menjelma.

Kenapa tingkap? Sebab aku suka duduk tepi tingkap. Melihat kelibat manusia membuat aku hidup. Melihat kelibat manusia yg aku suka membuat aku lebih bertenaga. Suka? Hahahahah... Subjektif tuk aku ungkapkannya. Subjektif tuk aku mendefinisikannya. Hanya aku yang faham. Namun... Yang pasti, suka x semestinya perlu bercinta. Tingkap juga menghubungkan sel2 otak aku waktu itu. Berapa banyak aku mula menyusun kata pun aku x tahu. Baik untuk kelas BM mahupun kelas lain. Hahahahah.. Kalau dah kelas lain, bermakna aku menulis secara haram adanya.

Adakala terpandang 2 tubuh manusia berlainan jantina, seorang meluah perasaan seorang mendengar luahan. Ada yg terima, ada yang ditolak. Kadangkala ada juga tidak mampu berkata2 tetapi hanya mampu memberi sekeping kertas kemas dilipatan pelbagai rupa. Aku hanya pemerhati yang setia... Ada yg aku perhati itu orang yg aku suka. Ada yang aku perhati opsss.... Tiba2 mulakan angkara. Dah kenapa??? Menjelir lidah kepada aku yang x kenal siapa kau. Siap memek muka mengejek atau bergurau senda??? Huh!!! Rasa menyampah dan meluat pun ada.

Tingkap yang tidak bercermin menjadi saksi segala cerita. Membuka lembaran, membuka kisah pelbagai kisah dan cerita yang indah... Disebalik keindahan adakala terselit keperitan..apakah aku juga merasakan? Entah... Terlalu banyak aku melihat dan mencuri tuk berkongsi perasaan watak2 disebalik tingkap. Iri hati pun ada juga kadang kala terbit jauh di sudut hati dan perasaan. Iri hati kerna aku hanya pencuri yg menumpang merasai pengalaman.

Tingkap juga penghubung jalinan persahabatan. Biasalah, pantang ada peluang, mesyuarat ahli tingkap pun mula bersidang. Kadangkala tingkap juga penghubung perdagangan tanpa melibatkan wang, sekadar sistem barter sewaktu zaman mgkin sebelum maju dalam ketamadunan. Silih berganti barang bertukar tangan. Semua melalui tingkap yang menyaksikan pelbagai ragam dan jenis hubungan.

Wajah itu muncul lagi... Meluat aku. Kenapa mesti muncul kalau hanya ingin menyakitkan hati? Kenapa perlu hadir jika hanya ingin menerbitkan benci? Setiap kali kaki melangkah ke anak tangga ke akhir, setiap kali itu juga dia akan menoleh, dan setiap kali itu juga mata akan terpaku, bertentangan mencari jawapan... Itu aku, mencari jawapan, kenapa mesti dia akan menoleh ke arah aku setiap kali kaki mencecah anak tangga yang terakhir. Siapa dia? Kenapa aku kau jadikan sasaran tuk membuahkan rasa benci? Kenapa aku yang perlu menyimpan semua memek wajah mu di dalam kotak minda ku? Kenapa aku yang harus memahami apa yang cuba kau sampaikan?

Waktu itu, waktu yang aku tunggu. Namun penantian ku hampa belaka. Dia x kunjung tiba. Kenapa, kenapa setelah kau curi perhatian ku kau ilang tanpa bayang. Esoknya aku menanti lagi, kau tetap x muncul jua. Nak ku cari, aku x mengenalimu, nak ku cari ku xtahu namamu. Emosi aku terganggu.. Kau berjaya memporak-perandakan emosi yang selama ini ku jaga rapi. Penat aku menanti, menanti harapan yang x pasti mmg menyakitkan, sungguh memedihkan. Aku penat mengarang skrip bahasa tubuh yang bakal ku persembahkan andai kau menoleh pdku. Aku penat berlatih bahasa tubuh tuk menyampaikan apa yg aku simpan. Aku penat... Harapan aku berkecai dipertengahan jalan. Lantas kau, ku cuba lupakan.

Tingkap dan tangga bukan lagi teman. Demi mengubat luka, aku teruskan perjalanan tanpa menoleh mahupun berpatah balik ke belakang. Tatkala perasaan ku tiada lagi rasa, kelibat mu kembali menjengah dan mencuri pandang ke arah ku. Dr lirikan aku tahu itu kau wahai insan tingkap dan tangga. Namun hati aku terluka, kau tidak ku endah. Kau tidak lagi ku nantikan.

Harapan tuk melupakan gagal. Aku x mampu kerna aku rindu tuk melihat wajah yg pelbagai itu, aku rindu akan memek muka yang berwarna warni. Aku rindu semua tentang itu. Aku rindu kau wahai insan tingkap dan tangga. Tingkap kembali menjadi teman setia, menanti mu tuk kesekian kali... 

Biarpun hari berganti hari, minggu berlalu pergi.... Kenapa dia x muncul2 lagi. Yer... Kelibat yg semmgnya menyakitkan hati, kelibat yg membuat aku rasa jengkel n pedih hingga hulu hati, sudah tidak menampakkan diri. Tahun sudah sampai penghujung, tingkap itu akan ku tinggal pergi, tapi kenapa dia masih x muncul lagi? Mana dia yg pelbagai wajah pelbagai rupa? Mana dia yang suka membuat pelbagai memek muka, mana dia yang sering menjelir lidah mencari gaduh tanpa suara, mana dia insan yang hanya ku kenal pelbagai wajah, tiada suara, siapa namanya, datang dr mana? Tahukah dia, aku akan tinggalkan tingkap ini dan tidak akan lagi kembali. Kenapa dia x muncul lagi?

Mungkinkah esok atau lusa ada waktu tuk ku katakan padanya aku rindu akan dia. Adakah pintu masih terbuka tuk aku luahkan perasaan yang kian sarat yg tersimpan? Masihkah ada hari esok untuk aku mengenalinya? Masihkah ada hari esok untuk aku.......

Friday, May 1, 2015

Mencari Inspirasi... Mewarnai Kehidupan

Take a break bersama Lelaki Simpanan memenuhi cuti yang panjang. Sambil2 kumpul inspirasi nak sambung study plus siapkan assignment yang kabur dalam terang. Mengharap Lelaki Simpanan bisa memberi suntikan inspirasi kepada ku nanti.

Surat surat yang x tersampaikan kita simpan baik2, sesekali bila dtg mood, baru best nak baca semula surat- surat tu kompem penuh dengan emosi.

Watever u say i am... I am ok. So..  Ada i kisah? Nope... Ku x kisah ingat... Watever u say i am, i am ok. Biarlah tunggang terbalik pun, aku jer yang paham. Orang lain paham? X per lah... Bagus lah kalau paham juga.

Rabak.... Rabak.... Rabak segalanya... Biarpun rabak tetap di hati. Semakin melonjak2 pulak hati n perasaan ni. Isk.... Kalau boleh semua nak dimiliki. Tamak giler.... Asik jatuh cinta jer.... Haiisshh... Mana satu ler ni... Mmg rabak ler perasaan kalau kena pilih salah satu jer. Andai ada jodoh... Rabak x rabak.. Pasti semua sekali akan ku miliki.

Hahahah.... Orang nak ngata? Kata lah... Watever u say, i am ok.

Bila lama sangat tuai kasih sayang n cinta ni... Kadang kala ada pulak kes terlepas pandang. Mula lah perasaan n pikiran menerawang pk macam2. Haiiissshh... Hah...susu yang dulu lemak berkrim disukai ramai, mula lah jd susu yang agak2 suam kuku. Bila dibiar... Makiñ lama suam2 kuku leh jatuh sejuk kejung terus. Hah... Bahaya tu kalau x dibendung. Hah... Bab ni x boleh guna istilah ada aku kisah... Bab ni mmg kena kisah... If not... Hahahahaha.... End of the road beb. Cam best jer bila berbual bicara sesekali mengimbau kenangan dahulu kala. Swwweeeeettt sgt.... Hot... Hot... Suka.. Suka... Maka dah pasang angan2 nak selak2 kisah berbicara di bantal. Opssss..... Saat sesuai tuk perbaiki apa yang patut dibaiki mungki ... Saat sesuai tuk membangkitkan perasaan mungkin... So x salah kot kalau mengharapkàn sesi sedetik dengan Pilo Toq. Haiisshh... X sabar rasanya.... Gatal... Bio lah!

Tapi bila awan berarak mendung.... Mula lah nak berbicara dengan melankolia bisu, sbb rasa cam dekat saaaanngggaatt... Cam dia memahami isi perasaan yang tersirat mauhupun tersurat.

Hmmmm semoga Lelaki Simpanan bisa memberi ruang dan peluang kepada ku tuk berbicara dr bantal ke bantal bak kata orang putih Pilo Toq, sambil2 layan surat cinta yang x tersampaikan tuk mengusik nostalgia n kenangan sambil melayan perasaan yg sarat bersama melankolia bisu biarlah watever u say i am, i am ok.

Ini semua angkara  Mohzan OP-Zaharin.... Oranv yang bertanggungjawab dengan terjebaknya semua ini... Dia... Yer dia... Semua sbb dia...

Tuesday, April 28, 2015

Orang Baru...

Tanggal 7 Jan 2013; jam 12.53 pagi; bertempat di Bilik No. 5, Dewan Bersalin Spital Ampang lahirlah seorang lagi khalifah Allah dari zuriat me n my beloved B. Seberat 3.14 kg. The moment yang x kan dilupakan..... segalanya berlalu dengan begitu mudah.

Sesampai di ER, doc check.. terus tuko baju... terus doc suh kosongkan isi perut.. kosongkan apa yang patut... nek katil.. terus nurse tolak ke Deliver Room. Sepanjang perjalanan ke DR sempat msg kengkawan yang rapat update status "Atas Katil otw to DR" heheheheheeh.... sabo jekr ler...

Masuk DR, doc tanya macam2... tanya apa, seyes dah x hingat sebabnya dok focus berbalas msg ngan sesapa tah... boleh?? hahahah.. time sakit datang tuh.. dia kejung ler jap menahan sakit.. bila dah x sakit... boleh sambung balik bermsg. Sabo jekr ler.... Yang pasti, masa doc tanya kat ER tadi berapa cm dah buka, x sempat jawab, kebetulan masa tuh ngah contraction... so.. dr 5 ke 6, x sempat lagi doc kat kuarkan tangan contraction lagik.. lagik.. lagik.... n lagik... sementara nak menanti bukaan lebih beso, doc keluar tgk patient lain di bilik lain, tinggalkan berdua ngan bidan (nurse) jekr.... "Alamak, nurse.. cam makin sakit jekr nie.... cam nak kuar dah kot..." masa tuh dah stop men hp dah... padan muka... hahaha... n yes.. tepat jam 12.53 pagi, seorang bayi lelaki selamat ku lahirkan. Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah yang x terhingga ini.

Bila nurse tunjuk my baby, pantas jekr mulut nie bersuara "Aik.. baby saya ker ni?" Boleh pulak x percaya sebab apasal muka baby ni sangat putih... apasal mata dia sgt sepet? hahahahaha.. tetiba teringat sepanjang dok ngadung sibuk dok layan korea.. hamik... hahahah... someynya... n sedapnya bau baby....

Itu kisah 2 tahun lalu, kini, the baby that we call Mohammad Aariz Alwaz sudah pun berusia 2 tahun ++. Pelbagai ragam n karenah... dialah penawar segala sakit, pening n sedey.. dia jugalah penawar kesunyian. Sunyi ler sangat kan... hehehehe... All heroes in da house... Precious gift for me n my beloved B. Along and angah, n now here's come Alwaz... complete set team member tuk menambah suasana rumahtangga kami.

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa kita sedar, the boys grown too fast.... Love them all.

Menarilah semahu mu....

Lama aku tinggalkan ia usang x berpenghuni. Sepi.. sunyi... kelam... hambar. Kerana apa? Kerana kesibukan tugas yang x menentu? Kerana masa terlalu banyak dicuri? Atau kerana aku sudah x peduli?

Nope.... bukan itu jawapannya... Aku tinggalkan ia usang x berpenghuni, bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sepi bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sendiri kerana.... kerana tiada apa yang dapat aku coretkan walau sepatah. Kerna aku x mampu menyusun ayat walau sepatah kata. Aku x mampu tuk mencipta barisan dan susunan ayat tuk aku coretkan di sini. Kerana itu aku biarkan ia usang x berpenghuni dan sekian lama ia menyepi.

Perasaan, perasaan itu ada.. tapi ia seperti diawangan x mampu tuk ku susun bait katanya menjadi ayat coretan. Marah.. kecewa, seronok, gembira, teruja, sedih, terkilan.. semua ada.. bercampur-baur bak rosak pasembur layaknya. Namun... tuk ku hadirkan dalam bentuk penulisan itu yang x ku mampu. Hilang seketika semua perkataan dan huruf, Lalu terbelenggu sendiri mencari sesuatu yang x pasti.

Namun, diketika ini, entah dari mana datangnya huruf yang berlambak2... entah dari mana datangnya ayat2 menerjah ke dalam kotak minda mnta disusun. Susun lah bagaimana cara sekali pun. Susunlah ikut sedap jemari yang kan menari di papan kekunci... ikut lah.. ikutlah rentaknya.. biarkan ia menari semahunya... dan kita lihat apakah hasilnya... biarkan.. biarkan ia sendiri di situ meluahkan segala apa yang bersarang.. yang dia sendiri x tahu. Biarkan.

Semuanya sarat di kotak minda.. semuanya sesak bergelora di hati, membuak pelbagai perasaan yang sukar tuk dimengerti. Kenapa ini terjadi? jangan sesekali ditanya lagi dan lagi. kerana sudah pasti jawapannya... "Aku x pasti". lalu... mengapa harus ditanya lagi.

Berat kepala tatkala jemari masih ligat di papan kekunci, menekan satu persatu butang2 kekunci.... sambil mata sesekali terkulai layu... menandakan ahhh... beratnya perasaan ini.. beratnya hingga membuat minda ku kelesuan. Kata hati x selari dengan minda.. kata minda x sebaris dengan hati.. natijahnya aku sendiri x mengerti. Biarkan luncai dengan labu2 nya.. ayat biasa yang aku guna bila aku sndiri dalam keadaan tersepit begini.

Biarkan semua terus menjadi tanda tanya.......

Others Entry

Related Posts with Thumbnails