Berlari ke sana sini
Mencari arah dan destinasi
Biarpun banyak jalan di hadapan
Namun x mampu untuk ku buat pilihan
Kerna hati ku x pasti
Jalan yang mana harus ku lalui
Berdepan dengan cabaran
Bergelut dengan rintangan
Itu rencah dalam kehidupan
Yang setiap manusia harus berdepan
Ku di sini teruskan pencarian
Namun takut tuk mengharapkan
Takut harapan tinggal harapan
tenggelam aku dalam kegelapan
Lalu tinggal sendirian
Cukuplah penderitaan yang x tertanggung kini
ku kira ku ingin berhenti di sini
Dari terus mengharap dan menanti
Sesuatu yang aku sendiri x pasti
Biar apa pun org yang nak kata
Aku tetap aku
Hanya aku yang mengerti
Betapa deritanya
Terperangkap di daerah sepi ini
Bergelut dengan penderitaan
Yang tiada penghujungnya
Di sinilah duniaku
Biarkan lah aku
Namun jauh di sudut hati
Ingin ku bina dunia baru
Mengecapi bahagia
Yang x pernah aku kecapi
4 comments:
Letih, Penat, Lelah
Sakit jiwa
Sakit Hati
semuanya menjadi satu
semuanya bersimpul padu
Menyeksakan jiwa dan ragaku
Mencabar kesabaranku
Adakalanya kesabaran ku sampai ke penghujungnya
Adakalanya ku mampu menahan api kemarahan
Adakalanya ku mampu mengawal keadaan
Namun sekiranya cerita yang tiada berkesudahan
Cerita yang tiada penyelesaian
MEmbuat aku benar2 teruji
Membuat aku benar2 sakit hati
LEmbaB
hanya perkataan itu yang mampu ku beri
bagi maksud semua yang ku alami kini
Sampai bilakah perjalanan sempit ini kan berakhir
Sampai bilakah pencarian ini kan sampai ke destinasi
menutup segala ruang kelembapan
menutup segala ruang kesakitan yang berpanjangan.....
Kesabaran.. suatu yg amat luas utk dihuraikan
Suatu pentaksiran yg pelbagai
Suatu yg menguji minda dan jiwa
Demi suatu yg anugerah yg tak terhingga
Kesabaran ada hadnya
Kesabaran ada kelemahannya
Kesabaran membuka duka dan bahagia
Namun sering kecewa melanda
Perjalanan ku masih jauh tak terhitung
Pencarian ku masih samar x kelihatan
Namun perjalanan ini harus aku teruskan
Demi mencari kebahagiaan yang selama ini aku impikan
Bahagia bagaimana yang aku cari
Gembira mana yang aku impikan
Perlu apa lagi dalam hidup ini
Jawapan yang aku sendiri x pasti
Apakah yang aku miliki kini masih x bererti
Apakah yang aku miliki kini masih x puas
Apakah yang aku miliki kini masih x mampu tuk ku mengecapi
Bahagian yang ku cari
Mahu apa lagi dalam hidup ini
Mahu bahagia mana lagi
Mahu gembira apa lagi
X cukupkah semua yang aku miliki kini
Persoalan yang x bisa aku cari jawapannya
Mengapa mesti mencari sesuatu yang x pasti
Mengapa mesti mengharap sesuatu yang x mungkin ku miliki
Mengapa mesti bersandar pada harapan yang x pasti
Harapan yang x mungkin ku miliki
Perjalanan ku
Pencarian ku
Sampai bila kan terhenti
Sampai bila kan aku brpuas hati???
merenung ke langit
kosong...
melemparkan pandangan ke lautan
lesu....
hambar segalanya yang ku lihat
tiada lagi keindahan yang mencuit
pandangan mata ini
pandangan ku semakin berbalam
tiada cahaya datang menyinggah
pandangan ku kabur
terhalang dek kesalahan dan dosa
yang pernah kita cipta dahulu
tiada harapan tuk kita bersama
tiada harapan tuk kita mencipta bahagia
segalanya musnah
dipukul badai nan ganas
yang datang entah dari mana
memusnahkan segala impian kita
impian tuk kita hidup bahagia bersama
kembali lah
kembali lah kau padanya
lupakan
lupakan lah aku di sini
kerna aku
tiada membawa erti dalam hidup mu
aku bisa sendirian di sini
menganyam bahagia sendiri....
Post a Comment