Showing posts with label NuRkILaN Ku..... Show all posts
Showing posts with label NuRkILaN Ku..... Show all posts

Friday, May 1, 2015

Mencari Inspirasi... Mewarnai Kehidupan

Take a break bersama Lelaki Simpanan memenuhi cuti yang panjang. Sambil2 kumpul inspirasi nak sambung study plus siapkan assignment yang kabur dalam terang. Mengharap Lelaki Simpanan bisa memberi suntikan inspirasi kepada ku nanti.

Surat surat yang x tersampaikan kita simpan baik2, sesekali bila dtg mood, baru best nak baca semula surat- surat tu kompem penuh dengan emosi.

Watever u say i am... I am ok. So..  Ada i kisah? Nope... Ku x kisah ingat... Watever u say i am, i am ok. Biarlah tunggang terbalik pun, aku jer yang paham. Orang lain paham? X per lah... Bagus lah kalau paham juga.

Rabak.... Rabak.... Rabak segalanya... Biarpun rabak tetap di hati. Semakin melonjak2 pulak hati n perasaan ni. Isk.... Kalau boleh semua nak dimiliki. Tamak giler.... Asik jatuh cinta jer.... Haiisshh... Mana satu ler ni... Mmg rabak ler perasaan kalau kena pilih salah satu jer. Andai ada jodoh... Rabak x rabak.. Pasti semua sekali akan ku miliki.

Hahahah.... Orang nak ngata? Kata lah... Watever u say, i am ok.

Bila lama sangat tuai kasih sayang n cinta ni... Kadang kala ada pulak kes terlepas pandang. Mula lah perasaan n pikiran menerawang pk macam2. Haiiissshh... Hah...susu yang dulu lemak berkrim disukai ramai, mula lah jd susu yang agak2 suam kuku. Bila dibiar... Makiñ lama suam2 kuku leh jatuh sejuk kejung terus. Hah... Bahaya tu kalau x dibendung. Hah... Bab ni x boleh guna istilah ada aku kisah... Bab ni mmg kena kisah... If not... Hahahahaha.... End of the road beb. Cam best jer bila berbual bicara sesekali mengimbau kenangan dahulu kala. Swwweeeeettt sgt.... Hot... Hot... Suka.. Suka... Maka dah pasang angan2 nak selak2 kisah berbicara di bantal. Opssss..... Saat sesuai tuk perbaiki apa yang patut dibaiki mungki ... Saat sesuai tuk membangkitkan perasaan mungkin... So x salah kot kalau mengharapkàn sesi sedetik dengan Pilo Toq. Haiisshh... X sabar rasanya.... Gatal... Bio lah!

Tapi bila awan berarak mendung.... Mula lah nak berbicara dengan melankolia bisu, sbb rasa cam dekat saaaanngggaatt... Cam dia memahami isi perasaan yang tersirat mauhupun tersurat.

Hmmmm semoga Lelaki Simpanan bisa memberi ruang dan peluang kepada ku tuk berbicara dr bantal ke bantal bak kata orang putih Pilo Toq, sambil2 layan surat cinta yang x tersampaikan tuk mengusik nostalgia n kenangan sambil melayan perasaan yg sarat bersama melankolia bisu biarlah watever u say i am, i am ok.

Ini semua angkara  Mohzan OP-Zaharin.... Oranv yang bertanggungjawab dengan terjebaknya semua ini... Dia... Yer dia... Semua sbb dia...

Thursday, May 16, 2013

Khas Sempena Hari Guru



Buat semua guru2, pensyarah2, kawan2, sedara sepapat, juga ibu, ayah n suami tersayang...


A, B, C
1, 2, 3
Tidak semudah tuk dipelajari
Tidak semudah tuk diingati
Namun kau tetap tabah, sabar dan cekal
Menghadapi hari-hari mu
Agar anak ini terus dapat mempelajari
Terima kasih ibu
Kau guru pertama yang mengajar aku erti kehidupan
Kau guru pertama yang membantu aku mengenali dunia
Terima kasih ayah kerna kau jua membantu
Tidak pernah berputus asa
Bersama-sama ibu terus menerus membimbing aku


Masih jauh perjalanan ku rupanya
Ayah dan ibu lalu menghantar aku tuk terus 
Mencari, memperlajari, ilmu A, B, C dan I, 2, 3
Aku kau tempatkan di Tadika Melodi, Taman Maluri
Agar aku dapat terus berjuang 
Agar aku terus diberi bimbingan
Agar aku dapat mencari, mengenali dan mempelajari 
Sambungan ilmu A,B, C dan I, 2, 3
Teacher Rose, guru selain mu ibu dan ayah
X pernah putus asa mengajar ku
Masih jelas diingatan
Masih segar di dalam kenangan
Yang x mungkin luput tetap terpahat
Sentiasa ku ingat
Titik mula perjalanan ku mencari ilmu pengetahuan


Terima kasih Cikgu Rose
Akhirnya aku dapat terus mengenali dan mempelajari
Malah aku memahami apa itu A, B, C dan 1, 2, 3

Bukan sekadar abjad dan nombor
Tapi bila ku tahu gabungan selain itu
Indah, dunia ku semakin cerah

  Ku teruskan melangkah
Terus menerus mencari ilmu
Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan menjadi sejarah
Secara rasmi ku perluaskan wilayah
Pencarian ku x terputus hanya di Tadika
Kini aku berdiri megah
Rakus dalam meneruskan pencarian ilmu 
Yang x pernah ada titik noktah


Luas rupanya dunia ilmu
Penat aku mencari, penat aku mempelajari
HIngga adakala mata terpejam, terlena seketika
Walau dalam peperiksaan
X sempat ku siapkan ku bawa pulang
Kertas soalan Matematik bergambar Burung Hantu jadi pertaruhan
Dek kerana kertas soalan ku bawa pulang
Teruk dimarahi ibu kerna ku terlena ketika menjawab soalan

Pencarian ku bermula lagi
Tapi bukan lagi di SK Puteri Pandan


Pencarian ilmuku di sana terpaksa ku lupakan
Mengikut ayah nun ke Gombak
Lalu aku disekolahkan di SK Gombak 1
Lencana sekolah ada gambar durian
X sempat aku berkenalan
X sempat aku menimba ilmu dan mengumpul pengalaman
Ayah berpindah lagi
Ke SRK Taman Keramat (1) ku teruskan perjuangan




Banyak kenangan, banyak kawan
Banyak ragam, Banyak juga pengalaman
Di samping ilmu pengetahuan juga ilmu kehidupan
x putus- putus datang
semuanya ku telan


Cikgu Rohani, masih diingatan
x pernah penat mengajar aku dan kawan-kawan
2 Melati aku di tempatkan
Bersama berjuang menggalas amanah yang dipegang
Cikgu Ahmad Bakri, cerita dongeng mu x pernah ku lupakan
Lawak mu jua x pernah ku padam di ingatan
Kisah Awang Kerdil dengan gergasi dongeng sepanjang zaman
Dari ku Tahun 2 hingga Tahun 6 masih kau sajikan
Hanya itu yang melekat diingatan
Namun ilmu membaca nota taugeh n meniup rekoder 
x mampu tuk ku pertahankan
Hingga kini aku buta membaca nota taugeh itu
Maafkan aku cikgu


Cikgu Ahmad Bakri kenangan mu masih kemas tersemat
Pemberian bunga roti dari ku kepada mu

sempena Hari Guru bermula tahun 1986
menjadi kunci kenangan
Benar kata mu, aku akan kau ingat selamanya
Terbukti hingga kini
Walau aku telah meningkat dewasa
Kau masih ingat malah jelas 
Kau x pernah lupa


Cikgu Karim sungguh denda mu hingga kini
Membuat aku x pernah lupa akan dirimu
PAsti kawan2 di kelas yang sama masih jelas 
Dengan nama dan rupa dendamu
Bukan berniat menyimpan dendam di dada
Tapi ianya kenangan unik 
Yang x mungkin dapat kami lupa
Seawal 9 tahun, kami kau sandingkan didepan kelas
Andai kami membuat bising atau nakal


Cikgu Rohana namanya secantik orangnya
Nampak lembut namun tegas
Bukan hanya bahasa malaysia kau ajari kami
BUkan sekadar matematika bermain nombor kau ajari kami
tapi ilmu tentang alam, ilmu tentang manusia kau perkenalkan 
Melalui subjek Alam dan Manusia agar kami lebih memahami
Tentang alam juga tentang manusia
Kini banyak membantu dalam ku memahami ragam manusia


Masih terngiang gelak tawa kawan ku
Sedang aku tersipu malu

Angka Seribu empunya angkara
X reti nak ku sebut x reti nak ku baca
Sepuluh ratus pencetus tawa
Dek kerana Cikgu Noor Rahman Bertanya
Kerna nak order rempeyek ibu yang sedap x terhingga


JAwi paling aku x suka
Sebab x berapa pandai nak membacanya
Kerusi sentiasa menjadi mangsa
Denda Cikgu Daud juga x pernah ku lupa
Masih ingatkah wahai sahabat ('Nor'Aslinda Ibrahim)
Kita berdua sentiasa bersama
Diperli Ustaz "Beg yang pakai Tudung"
Bersama juga kita seiring berdiri di atas kerusi
Tatkala kantoi x sempat menyarungkan tudung kepala
waktu pelajaran Pendidikan Islam bermula


Aku semakin meningkat remaja
Namun mencari ilmu x pernah terpadam
X pernah berakhir
Perjuangan ku teruskan jua
Walau susah walau payah aku terpaksa
Kerna mencari jawapan 
"Apa aku nak jadi di masa depan"

Sekolah Menengah Taman Keramat 
Ku Sambung perjuangan

Suka Duka menambah seri dalam kehidupan
Menjadi pelajar mmg ku rasa menyusahkan
tapi itu diketika dahulu
Kini, apabila kenangan lalu ku mainkan diminda kenangan
Kepingin aku kembali semula
Meniti kehidupan, mencari ilmu, mencari pengalaman


Buat guru-guru yang pernah mengajar
Buat guru-guru yang pernah mendidik
Buat guru-guru yang pernah membimbing
Ku rindukan kalian
Rindukan celoteh kalian
Rindukan bebelan kalian
Rindukan tunjuk ajar kalian
Rindukan perhatian dan kasih sayang kalian
Pendek kata ku rindukan semuanya tentang kalian
termasuk tahi lalat manis milik Cikgu tersayang Pn. Yuszah Akmal Yusoff


Buat Cikgu Hasmah Amin
Ku rindukan gurauan n bebelan mu
Masih ku ingat akan kumis mu
Gerun n ngeri ku andaikan kau guru yang garang sekali
Tetiba teringat cikgu Jamil rakan seangkatan mu
Cikgu Bahasa Melayu ku di Tingkatan 3 dahulu
A untuk karangan ku x pernah miss
Di manakah dia kini...


SMART menyimpan 1001 kenangan
SMART menyimpan 1001 cerita
Dari tahun ke tahun ku daki tangga
Akhirnya ku berhenti di tahun 1995
Menamatkan zaman persekolahan dengan rasmi dan bangga


Masih x puas ku menimba ilmu yang ada
Ku mula pasang angan- angan
Ku nak jadi apa

Sekejap menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Hulu Kelang pula
Mencuba nasib yang tertinggal
Belajar Tingkatan 6 bawah lah pula
Namun terhenti di pertengahan jalan
Ku diterima menimba ilmu di ITM Shah Alam pula
Nasib masih x menyebelahi tuk kesekian kalinya
Hanya mampu bertahan 1 semesta sahaja

Pengalaman mengajar aku menjadi kuat
Ilmu yang ada ku cuba gunakan sebaiknya
Berkat mencabar diri sendiri juga 
Menyahut cabaran ayahanda ( Mohdyatim Dolir)
Ku melangkahkan kaki, melayakkan diri
Menyambung pencarian di Akademi Infotech MARA pula

Risau ayah, resah ibu
Ku bertemankan cabaran nan satu
Selain mencabar diri, cabaran ayah ku galas kini
Mampukah aku meneruskan perjuangan ku lagi

Segalanya kini terbukti
Tanpa ku sedari Tanpa ku duga
Akhirnya segulung Diploma Lanjutan ku genggam rapi
Benarlah pepatah mengatakan
"Gagal sekali x bererti ku gagal selamanya"
Kegagalan dahulu rupanya titik mula
Siapa aku kini dan selamanya

Terima kasih buat mu
Miss Janine Sidal Al-Haj, Allahyarhamah Ms Put, opkos Miss Kay juga

Ur superb English class
ur Encouragement
Ur Support really makes me wake up
At last i believe and i confident with my English
Even sometimes it becomes "Oh! My English"

Sekalung Terima kasih jua buat my other lecturers
Gabungan tenaga muda menggamatkan lagi susana
Melayan karenah dan ragam kami yang pelbagai rupa

Masakan ku lupa pada
Ms. Lily Seid COBOL empunya angkara
jenuh ku fahami jenuh ku pelajari
x siap kerja jelingan tajam ku terima
Aduh.. sungguh menusuk sukma jiwa

Kecil comel orangnya Pn. Suriana Ismail
sungguh sabar melayan usikan teruna2
Suaranya alahai halusnya...
Tapi kalau marah... heheh.. i surrender

Dear Mr. Lion King
Kamo mmg kompem2 x kan ku lupa
Derap langkah mu saja menggerunkan semua
Serius sepanjang masa
haaiiihhhh!!! poyo sungguh 
namun x ku sangka
hahahahaha... dek kerana benci rupanya terselit cinta... 
terima kasih juga buat sayangku Nor Rizam Mazlan
walau kita bercinta dahulu
Soklan C++ ku x pernah kau jawab bila ku tanya... Ceettt

Pendek kata,
Buat semua guru juga lecturer
Terima kasih atas jasa kalian semua
Akhirnya dapat ku mencari jawapan 
Siapa aku di masa depan
Tanpa kalian hidup ku x bermakna
Ilmu kalian, kasih sayang kalian
Perhatian kalian, Sokongan kalian
semuanya membentuk aku
menjadi manusia tuk berbakti 
pada agama, keluarga, masyakarat, bangsa, dan negara
terima kasih untuk semua
SELAMAT HARI GURU
Kalian lah yang teristimewa....

Thursday, May 2, 2013

Al-Kisah Interbiu KP 27 (26 April 2013)

Last week adalah mingu2 yang penuh dengan debaran. Wat itu ini semua serba x kena. Maunya idak, hari semakin dekat, tapi preparation cam x lengkap2. Nak kata keja berlambak idak ler pulak, tapi tah ler... huuuueee.. last minit semua.


thanks to my x-bos. terasa dihargai....

Apapun, all needed docs alhamdulillah dapat diselesaikan termasuk LNPT tuk 3 tahun terkini walaupun lam surat nak yang terkini jer, just standby katanya. LNPT 2012 pun terpaksa wat manual coz lam HRMIS udah tuko nama bos opis baru lak. At least leh g opis lama jumpa kengkawan bagi melepaskan windu. Niway, thanks to my x-bos for the marks given. Thanks coz appreciate me at last... tetiba terharu coz rasa dihargai. Huhuhuueeeee....

Resume mmg dah ada, tapi masalahnya nak translate dari English ke Malay. Errrkkk.. tuh yang amik masa sampai 3 hari baru siap, alahai... atas khidmat nasihat my bos, gunakan resume in Malay tuh yang kalut translate bagai. haaaiiiissshhh.... 
Print --> siap
Gambo --> siap
Photostat --> siap

Last preparation, 4 5 kali dok semak semua docs yang perlu dibawa, takut tertinggal.. n opkos trama tahun2 b4 this mula menyelubungi ku semula. Huhuhuhuee.. x per lah jadikan itu sebagai kenangan lucu.


The Real day is coming....
K, on the day itself. Bangun seawal pagi, mandi, solat n bersiap. Fuuuhhh... semangat katanya tapi lam hati dup dap x benti2. Dengan doa dari Mr. B tercinta, anak2, ibu n ayah serta adik badik n kawan2, ku jadikan semua itu sebagai bekal tuk kumpul kekuatan n semangat. 

Seawal jam 8.15 pagi, udah sampai ke destinasi yang ku tuju. Sunyi sepi tempat tuh, dari luar pagar dah nampak keta JIM n SPA.. jeng..jeng..jeng.. debaran makin memuncak tapi ku kuatkan semangat. Sampai jekr mmg x pk lain, TOILET yang penting... hahahahahahah... tapi sayang seribu kali sayang, x sempat pun nak membuang sebab ada orang kat dalam leh tahan lama gak ler. Adakah dia juga merasai perkara yang sama as aku rasakan? huhuhu.. haru.. haru.. haru...

My turn lam surat kata kul 9.00 pagi, dah alang2 sampai awal teruskan jer lah perjuangan. Melangkah menuju ke aras 2 ke kaunter pendaftaran. Alahaaaaiii.. masuk jekr kat kaunter semua mata memandang... Hahahaahahahaha... time tuh mmg rasa nak terkucil bagai. Mana idaknya, semua yang ada lam bilik pendaftaran tuh beruniform, me????? opkos ler bukan. Uwwaaa.. rasa nak nangis. n sambil menahan kecut, sambil menunggu giliran tuk daftar sambil kuarkan hp jerit kat WALL FB:

"Apasal semua orang pakai uniform nie? Makin Gentar"

Sambil2 tuh, sempat jugak ku sapa mamat kat sebelah..... hahahahaha.. upanya dia pun beruniform, cuma uniform dia x nampak coz dia cober ngan sweater. As diketika itu, hanya aku sorang pompuan di situ. 
"Mummy... Help me"
Toing.. toing.. toing... x per lah aku redha je la. Pandang kiri kanan cari semangat yang kian hilang. Alhamdulillah, selang 5 minit selepas itu, masuk lagi 2 orang calon pompuan TAPI still beruniform... k... tarik nafas dalam2 ek....


Ini gambaran aja... just nak menunjukkan bahawa dorang pakai uniform gini... gini lah uniform nya... n aku just pakai baju kurung jer.

Selesai daftar, melangkah pula ke bilik menunggu... hahahahahaahahahaha... yang nie pun rasa nak gelak, nak nangis, nak terkucil.. pendek kata segala2nya ku rasa sebabnya makin ramai pulak yang pakai uniform cam kat atas tuh... still me sensorang terkapai2 kelemasan. N kebetulan lepas jekr melabuhkan pungkuk kat atas kusi, sorang calon kuar dr bilik temuduga (beruniform), terus menuju ke geng seangkatan n mulalah mereka bercerita itu ini yang aku sendiri x paham. Sebab keadaan makin melemaskan, maka aku dengan x teragak2 kuar amik angin diluar.

Camni lah lebih kureng muka aku.. nebes.. nebes...
Ngan muka x malu, tegur mamat yang aku memula tegur di bilik pendaftaran tadi. Bermula lah berbual dari satu topik ke satu topik, secara x langsung kira kitaorang nie wat revision ler nie. Sempoi lah mamat tuh, x der ler mengerikan, n banyak gak yang dia kongsi bout jawatan ni. Sedikit sebanyak dapatlah aku info tuk di top up. Kalau study pun time2 gini mmg semua tuh ditendang balik sebab pala dah tepu. X tau dah nak baca per. Rasa cam semua dah baca... tapi x masuk2. hahahaha...

Giliran aku 1008 (yer ker? aku pun dah lupa yang pastu 8 tuh betul). Yang tertera di skrin masih lagik calon num 2, giler lama dorang masuk lam bilik tuh, tah apa ler gamaknya soklan2 yang diajukan. jenuh ler nak menjawab. Sedang dorang yang beruniform pun tgk study bagai nak rak, apatah lagi aku yang x beruniform nie. Penat berdiri luar, penat amik angin di luar aku pindah semula kat dalam. Sambil belek2 buku nota keramat aku, sambil aku pandang keliling aku. Dorang menyapa, aku jawab, dorang x sapa, aku diam. N akhirnya aku jumpa geng aku, yang sama2 amik exam kat cheras, then PAC kat JB n now rezeki n jodoh kami kekal jumpa pula kat sini, alhamdulillah akhirnya jumpa juga teman seangkatan. Borak punya borak, tambah lagik... n last upanya hanya kami 4 orang freshie. 3 pompuan n sorang lelaki. Yang lelaki tuh mmg dok tepi dinding tuh senyap jekr.. so x bani ler tuk aku tegur.


Biarpun masa berlalu dengan lambatnya tapi aku tetap nebes, cuak, stress. Dannnnnn.... akhirnya number aku pun tertera. Dengan kata2 wish Good Luck dr mereka2 termasuk senior2, aku mulakan langkah aku dengan kaki kanan n bismillah, lalu pintu pun diketuk. Jeng... jeng..jeng.. 2 orang panel sedia menanti kedatangan ku. Opkos sorang dari JIM n sorang dari SPA. Sambil2 tuh nafas ku tarik dalam2 n lepaskan perlahan.. try to cool down... hahahaha....



I'll try my best, bisik kepada diriku sendiri... comey x? hahahaha

"Assalammua'alaikum dan selamat pagi tuan", cewaaahhh.... 
Permulaan ayat tuk ilangkan nebes n stress. Dengan senyum simpul aku serahkan semua dokumen2 aku termasuk fail sijil2 aku. Setelah dibenarkan duduk baru aku duduk ngadap para panel yang budiman sambil menunggu agenda seterusnya. Panel dari SPA, membacakan nama penuh aku dengan penuh berminat n berhati2 mungkin sbb nama aku unik kot. Hahahaha.. perasan tul. Yang paling best, lepas dia baca nama aku...
"Nie, mesti lahir bulan Muharram kan?" Soklan yang biasa ditanya oleh ramai orang. Yes, mmg pun aku kompemkan. betullah, nama ku ayah n ibu bagi sebab aku lahir pada 16 Muharram bersamaan 16 Disember. Santikkan, Awal n akhir... hahahhaa. Sebab nama aku unik itu juga lah soklan ni ditanya:

"Sekarang nie bulan apa, ikut kalender islam?"

Ibu!!! Tolonglah anak mu ini.. aku nak jawab per... tetiba aku terbayangkan surat khabar yang selalu aku amik tuk bos. Boleh lah gitu kan... antara jelas n x jelas, yakin x yakin tapi cuba tuk yakin, aku jawab:

"Kalau x silap saya, Jamadil Akhir kot tuan, kalau x silap saya lah. x pun Jamadil Awal".
"Yer ker Jamadil Akhir? Awak pasti?" soal panel SPA lagi cuba provok aku yang sedang panik
"Saya x pasti tuan, tapi rasanya mmg Jamadil Akhir". Ceeehh.. cuba stand still lah kunun walhal mmg aku x yakin pun ngan jawapan aku tuh. Sebab nama aku Asyura lah aku dapat soklan cepumas diawal sesi temuduga aku, sabo jekr ler.

Gedebak Gedebuk jantung aku bagai nak luruh, ku kuatkan semangat aku, jawab lah mana2 patut n play save ler. Jenuh nak menjawab sebab dorang provok jawapan yang kita bagi. Yang mana aku x pasti sesuka aku jer nak gunakan perkataan2 seperti ini:

"Dalam pengetahuan saya...."
"Seingat saya...."
"Seperti yang saya tahu..."

Lantak ko lah, aku pun x tahu apa yang aku jawab masa tuh. Nebes tahap gaban jangan cakap lah. Menda yang simple pun kadang kita leh lupa... hahaha... time ingat tuh, pepandai ler cober balik. So, antara soklan2 yang diajukan kat aku:

"Siapa KPPA?"
"Siapa KSN?"
"Selain jawatan ni, ada x jawatan lain yang awak minta?"
"Apa yang awak tahu berkenaan organisasi JIM?"
"Apa tugas seorang pegawai JIM?"
"Apa tugas KP27?"
"Tinggal kat mana?"
"Hubby keja apa?"
"Anak berapa?"
"Berapa lelaki, berapa pompuan?"
"Sebelum nie, keja di mana?"
"Apa aktiviti JIM yang berkaitan dengan jabatan awak?"
"Apa aktiviti JIM yang berkaitan dengan jabatan awak sebelum ni?"
"Pejabat baru JIM?"

Soklan cepumas:
"Kalau awak dihantar ke Lahad Datu/ Sabah?"

Fuuuhhh.. itulah antara soklan2 yang aku masih leh ingat sebaik sahaja kuar dr bilik temuduga tersebut, yang selebihnya seyes mmg aku x hingat sbb nebes n stress melampau. Tapi sepanjang temuduga tuh, x der ler seyes sgt pun panel.. siap leh gelak2 n loya buruk g... tapi aku tetap nebes walau aku senyum  n gelak kecik (udah tuh.. x kan nak gelak beso lak.. x sopan.. x sopan)

Akhirnya, semuanya selesai.... aku kuar ngan muka yang senyum leret.. lega ler tuh... semua soklan aku jawab sebaik mungkin, aku dah berusaha setakat yang termampu, kini giliran aku tuk bertawakal pada-Nya. Dia yang tahu apa yang terbaik tuk aku n family ku. In sha Allah, kalau ada rezeki ku, berjaya lah tuh. tapi kalau x der, gagal lah tuh. Apa pun aku berdoa agar aku berjaya tuk final stage ni. Doakan tuk aku yer... result bulan depan.. n aku kembali stress... aaarrgghhhhhh!!!

Ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar, luaskan lah perjalanan ku, murahkan lah rezeki ku dan keluarga ku , permudahkan lah segala urusan ku. Aku hanya hamba Mu yang kerdil, Engkaulah Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang....



Thursday, April 25, 2013

Thurday Morning Story Mory...



Wat a bad day.....
Hello!!!! I dah mandi okay!!!
Hello!!! I dah wangi okay!!!
Hello!!! Rumah I ada air okay!!!

Gosh! While waiting for a suitable time to cross the road after bought my breakfast, muncul lah mangkuk tandas yang drive wah bukan main lagik macam itu jalan MAK BAPAK dia yang punya... agak2 ler kot... nampak ada orang kat depan tepi jalan nak melintas, perlahankan lah keta ko yang x bapa nak beso tuh....


Tapi idak ler rupa ku sampai gini... gambo nie gimik jekr....



As pengguna jalan raya yang membawa keta/ lori/ bas/ trelar/ etc, agak2 ler... ingatlah pengguna jalan kaki/ motor/ basikal... itu jalan bukan KO yang punya!!!


Attitude apakah itu??? Before that, after hantar anak2 ke sekolah, ternampak lah pulak Alphard gesel basikal budak yang sedang menuju ke sekolah. Adduuuhhh!! Berderau darah, berdegup jantung sekencangnya... alahai.... terbayang kalaulah menda tuh terjadi kat my own son, camna lah kan. Sib bek budak tuh x teruk. Bukan drive keta kebal pun... ingatlah skit ada pengguna jalan lain yang menggunakan jalan tuh. 

Back balik to my own story, pendek kata... i gosok baju okay, b4 gosok i renjis air okay supaya mudah n licin bila digosok... n wat i got after keta that mangkuk tandas lalu???? baju i ada corak tambahan... corak percikan air... AAAARRGGGHHHHHH!!!!! Gosh!!! Good.... Bagus sesgt... Wat a bad day!!! I hate that!!! Sabar.. Sabar.. Sabar... try to calm myself. N depan...sebarang jalan, 'rakan2 sekerja, satu jabatan' yang x berapa nak mesra alam is there.

Huh!!! Wat a day.... putus selera nak menjamah my breakfast.. ceeettt!!!! Apa pun tetiba teringat kat kawan2 opis lama. Rindunya kat dorang... huuhhuhuueeee....!!!!


Miss my little sis Issuhaida --> Nasyid, Johor 2011

My buddy Aimie --> Nasyid, Johor 2011

My Best counselor buddies Kinah n Kak Zua --> Opis MTIMA 2010
All my crazy buddies Lya, Ain, Mikieda, Iss, Kinah, Kak Zua --> Nasyid, Perak 2009


End of morning story... I really hate that mangkuk tandas. Xder siviknya driver!!!

Wednesday, May 18, 2011

Dari Nama....




Arus perasaan ini tidak keruan lagi
Bagai badai menghempas tiada henti
Asakan demi asakan menghimpit
Nyata aku lemas dalam perasaan yang hadir kini
Gelisah merampas semua ketenangan yang ada

Mengapa semua ini terjadi
Inilah dugaan yang x mampu tuk ku harungi
Zahirkan dengan kata-kata jua x ku mampu
Apatah lagi tuk ku sembunyi
Nyahlah perasaan ini

Monday, May 16, 2011

Ku PuisiKan NamaMu Lagi...


Ketika rindu datang menerpa
Engkau hilang entah di mana
Resah ku di sini terus menanti
Usaha pertahankan kerinduan ini
Segenap penjuru ku tabahkan hati
Impian ku simpan ku patri

Mengapa kau masih x kunjung lagi
Emosi terganggu ku hilang arah kini
Janji mu dulu terngiang2 di halwa telinga
Apakah ini permainan cuma

Ingatan padamu x pernah putus
Jalinan kasih tetap tersimpan kemas
Engkau kini di mana teman
Dalam diam ku masih simpan harapan


Sunday, March 27, 2011

Ku PuisiKan NamaMu


Angin malam menghembus lesu
Lemah membelah hening malam yang sunyi
Embun jantan turut mengiringi
X-ray setiap penghuni yang masih segar berjaga
Intai dalam diam
Agaknya apa yang sedang pernhuni bumi lakukan
Sampai dingin mengigit tubuh masih gagah berjaga malam

Resah kian menyelubungi 
Ombak jiwa kian menghempas diri
Yang kini kian x keruan dihimpit resah kekeliruan

Yakinkan diri
Untuk teruskan apa yang dirasai
Sungguh bersungguh mencari jalan melepaskan diri
Onak duri terus melukai
Firasat hati terseksa diri
Fikiran semakin x keruan lagi....



Thursday, January 27, 2011

S.E.P.I




puisi that i post in zam notes:


Tenangnya air di kali
membuat aku rasa iri hati
Sendu menyelimuti resah
Rebah terpana menghimpit gundah 


Seganas ombak menghempas pantai
Ganas lagi gelora jiwa sengsara
Segunung harapan yang ku daki
Kini Bergolekan jatuh menyembah bumi

Bungkam
Tiaad kata terluah lagi
Sepi
Tiada bicara mampu mengiringi

Erti cinta tiada siapa mampu leraikan
Erti cinta tiada siapa mampu jelaskan
Cinta sebenar CinTA sejati
Satu Perasaan unik
teristimewa yang terbit lahir dari hati
Tiada pernah sesiapa mengerti

Cinta datang dan pergi itu biasa
Sayang kasih benci pasti ada
Bila cinta datang bertandang di gigi hati
Segala rasa kan kita rasai

Bahagianya bila ada cinta
Sakitnya bila rindu menjelma
Pedihnya bila diluka
Parahnya bila cinta didusta
Semuanya kerna cinta....

Thursday, September 23, 2010

KeTeNTuAn


Mengharapkan sesuatu tidak salah
Menyandarkan harapan jua tidak salah
Jika sudah ketentuan Ilahi
Harapan menjadi kenyataan
Pasti bahagia rasa nikmatnya


Namun
Andai harapan hanya tinggal harapan
Andai impian tinggal mimpi
Andai mimpi tidak menjadi nyata
Apalah daya kuasa hamba ini
Tuk menentang ketentuan takdir Ilahi

Andai itu sudah ketentuan-Nya
Siapa lah aku tuk menghalang
Biarpun Pedih
Biarpun Sedih
Namun aku redha dengan ketentuan itu

Ku Percaya
Ku yakin
PAsti ada hikmah tersembunyi disebaliknya
PAsti ada nikmat yang menanti di depan sana

Usaha telah ku kerah
Tawakal aku berserah
Dia yang menentukan segalanya
Hanya dengan izin-Nya

Yang ku fikir terbaik untuk ku
Mungkin bukanlah yang terbaik
Yang ku fikir terburuk untuk ku
Mungkin bukanlah yang terburuk
Rahsia disebalik hijab
Hanya Dia yang tahu
Mungkin yang terburuk itulah terbaik untukku
Mungkin yang terbaik itulah terburuk untukku

Aku hanya hamba yang kerdil
Tak mampu tuk melihat rahsia disebalik rahsia
Aku hanya hamba kerdil
Tak mampu melawan takdir
Aku redha
Aku percaya.....


Monday, August 16, 2010

Teman Tanpa Suara

Epilog Hati Ini

Ingin Ku LaungKan 
Betapa aku Rindu Kamu 
Ingin Ku Khabarkan pada seluruh isi alam
Betapa Aku Rindu kamu
Namun ku x mampu
Rindu itu ku pendam selamanya
Jauh di sudut hati
Jauh di dasar hati
Hanya Aku yg mengetahui

Tatkala aku lemah rebah ke pangkuan Bumi
Tatkala aku berputus asa mengalah
Rindu yg x terbendung lagi
Kering airmata aku menangisi
Ingin aku berundur di medan peperangan kerinduan ku ini
Tika itulah kau kembali

Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan
Apa sebenarnya permainan yang ingin kau mainkan
Peperangan apa yang sedang kau lancarkan
Kau bagai membunuh harapan yang kau beri
Bilamana ia ingin ku kuburkan
Kau datang kembali menggali
Taukah di kau betapa aku sengsara
Fahamkah dikau bahwa aku merana
Terjerat dalam kerinduan ini
Kerna aku x bisa tuk melepaskan diri

Sendirian aku mencari kekuatan
Keseorangan aku mengutip harapan
Sendirian jua aku memujuk hati
Sampai bila kau ingin aku terjerat
Dalam peperangan yang kau lancarkan ini

Apa sebenarnya semua ini
Apa sebenarnya cerita ini

Andai aku ingin kau campak
Andai aku ingin kau buang
Andai aku kau tolak ke tepi
Kenapa kini kau datang lagi
Apakah kerna kau mengetahui
Bahwa diri mu x pernah aku lupai
Bahwa diir mu x pernah aku buang
Bahwa diri mu selamanya di hati..........

Thursday, July 22, 2010

Jawablah sayang....

Rindu mengetuk pintu hati
Menghambat aku terus dalam keresahan berpanjangan
Sesak nafas ku tuk terus mengharap
Sesuatu x pasti
Apa yang kan berlaku di hadapan

Perlukah airmata ini mengalir lagi
Perlukah rindu ini terus ku simpan
Diri mu di sana diam menyepi
Masih marahkah atas cerita dulu

Betapa aku terluka dengan mu
Harapan yang kau berikan
Kini kau biarkan begitu sahaja
Tanpa Kau peduli
Tanpa kau endahkan
Meninggalkan aku dengan 1001 persoalan
Yang x ku ketahui apakah jawapan

Ingin ku berhenti di sini
Namun ada saat dan ketikanya
Kau bagai memberi pesan
Bahwa dari kejauhan
Aku masih kau perhatikan
Aku masih kau sayang

Sampai bila kau ingin terus menyeksa ku
Sampai bila kau ingin terus mendiamkan diri
Berilah aku 1 jawapan yang pasti
Mengharapkan agar derita
Tidak lagi terbeban.....




Tuesday, August 11, 2009

Ku PuisiKan Nama Mu....

c- cerita kita indah dan nyata
e- enggan ku buang biarlah bertahta
n- namun siapa kita tuk menghalang
c- cerita kita seketika cuma
u- untaian kasih x mungkin berpanjangan
r- rebah cerita di pertengahan jalan
o- obor yang menyala makin malap ku rasa
o- obor cerita kita kian suram
t- tertutup lah cerita tiada sambungan.....

----------------------------------------------------------------------------------

z- zahir x terucap
u- untuk ku luahkan segalanya
l- lelah menanti berterusan entah bila kan akhirnya
s- sayang berpanjangan namun segalanya hampa
a- airmata berderaian pedih menahan sakitnya...

--------------------------------------------------------------------------------



yaaaaiitt!!

Monday, August 10, 2009

Layan Blues... Awak...

awak
tiada kata yang dapat ku bicarakan
tiada prkataan yang dapat ku nurkilkan
segalanya samar bak bebayang
segalanya kelam bak mendung hitam
menutupi awam

awak
kemelut apa yang melanda dulu
hingga meinggalkan kesan luka yang amat dalam
x mampu tuk dirawati
x mungkin tuk disembuhkan
darah pekat mengalir tenang
namun pedihnya x dapat ku bayangkan

awak
x guna menangisi setiap apa yang terjadi
selusurilah ia walau berduri
pasti bahagia kan menanti

awak
tanya lah pada diri sendiri
perlu apa lagi
bagaimana tuk dihadapi
tanya diri sendiri
perlukah diteruskan atau cukup di sini
pengakhiran sebuah cerita yang x kesampaian....

Friday, April 3, 2009

Semua TenTang Dia...

Peritnya aku rasai
mencari sesuatu yang x pasti
Pedihnya menikam hati
mengharap pada yang x sudi

Derita mana sekali pun
Tiada siapa yang tahu
Hanya aku
hanya diri sendiri yang lebih memahami
Hanya diri sendiri
Yang mengetahui

Sedalam mana rindu ini tercurah
Sebanyak itu jua rindu itu terbiar sepi
Sedalam mana sayang ini terserlah
Sebanyak itu jua ia tenggelam sunyi
sekuat mana kudrat ku melangkah
Namun aku x bisa mencari keindahan itu
Keindahan yang pernah ku miliki
Keindahan yang pernah aku takluki

Bicara ku
Nyanyian ku
Sendu ku
Tawa ku
Semuanya Tentang Dia
Tentang dia yang aku rindui
tentang dia yang aku sayangi

Bicara ku luluh
Nyanyian ku sumbang
tanpa melodi indah yang dapat aku garapkan
Tanpa perkataan indah
yang dapat aku nurkilkan

Sayang ini x pernah padam
Rindu ini x pernah terbuang
Hanya mampu ku simpan ku pendam
Nangis dalam hati
Tiada siapa mengerti
Betapa aku derita kini

Apa jua yang ku lakukan
Semua Tentang dia
Bayangan.. Hayalan..
hanya itu yang menemani
sepanjang perjalanan nan sunyi ini

Kembali lah kasih
tautkan kembali sayang itu
ikat kembali rindu itu
sulam kembali agar cinta bersemi
seperti dahulu
x pernah kah terdetik di hatimu
walau secebis cuma
tentang rindu, sayang n cinta
pada dirimu insan yang ku cintai
insan yang ku sayangi....

Kekasih Hati

melayari bahtera indah bersama
membahagiakan hidupku
keindahan dan kebahagiaan
yang selama ini ku impikan
yang selama ini ku dambakan

Kehadiran mu membuka setiap jalan
membuka setiap ruang
tuk ku bermadu kasih
tuk ku menumpang bermanja
kau serahkan segalanya
kau belai jiwa yang kian lama usang
kau siram lalu kau tabur baja kesuburan
menyemarakkan lagi kasih sayang

berdampingi mu membuat aku rasa senang
aku rasa tenang
tiada lagi kegusaran
tiada lagi kesangsian
kau tatang aku bagai minyak yang penuh
jiwa ku, hati ku
di penuhi kasih sayang dan cinta
yang kau hadiahkan

hati ini cinta ini
hanya untuk mu sayang
tiada lagi yang lain
yang bisa merubah segalanya
kau lah kekasih hati ku
tuk selamanya....


Apr 23, 2008 9:49 am

Seandainya...

seandainya aku mampu buang hati ini
ingin ku buang jauh dari sisi
biarlah aku tiada hati
tiada hati.. mana mungkin kan jatuh hati

seandainya aku mampu campak perasaan ini
ingin sahaja aku campak ke laut sepi
agar x ganggu hidup ku
dengan menyimpan perasaan pada dia

seandainya aku bisa memiliki
pasti indah hari2 ku
namun semua itu hanya mimpi
yang x mungkin tuk aku gapai
haruskah aku melupai.....


31 Mac 2009; 4.22pm

Friday, December 26, 2008

Pagi ini....

entah mengapa terlalu sayu hati ini
entah mengapa sepi menyelubungi segenap ruang
jiwa ku, bagai meronta2 ingin dilepaskan
namun aku x berdaya

di keheningan pagi ini
aku sendiri lagi
tiada yang menemani
tiada yang sudi berada di sisi
di kala ini
aku benar2 rasa terasing
di dunia ku sendiri

apakah perasaan ini
apakah yang aku fikirkan
hingga keadaan ku sebegini

perlukah rasa ini aku rasai
perlukah hati ini terus disakiti
perlukah hati ini terus mengharapkan
hingga pagi ini
tiada jawapan yang dapat aku berikan
hingga pagi ini
keadaan terus menekan.....

Monday, October 13, 2008

Kenangan Semalam...

Berdekad ku nantikan bahagia
Bertahun ku sabar menantikan gembira
Namun tiada yang datang menyapa
Membuat hati ku terus di rundung duka
Sengsara menghimpit jiwa
Sengketa tampak berpanjangan
Harapan hanya tinggal harapan
Yang x bersisa

Saat sendirian
Segalanya terimbau semula
Setiap detik waktu kita bersama
Tiada satu pun yang tertinggal
Tiada satu pun yang hilang
Semuanya tetap masih dilipatan kenangan
Kemas tiada pernah aku buangkan

Mengapa setelah hati tertutup rapat
Kau kini hadir menyusun kembali kenangan yang tersimpan
Kau hadir bawa segala janji2 yang pernah kau berikan
Kini kau ingin lunaskan
Namun sayang
Hati ku kini hilang
Hilang dalam kesamaran
Kenangan semalam......


*tdc- 6 September 2008

Others Entry

Related Posts with Thumbnails