Dari Tajuk "Aku BUkan Untuk Mu"
terciptanya aku bukan untuk mu
itu pasti
biarpun kau ku temui dahulu
namun kau perlu akur
bahwa kita dicipta
bukan untuk bersama
menganyam hamparan indah buat istana cinta
kisah dahulu lupakan sahaja
x usah kau buka semula
biarkan ia tetap terpahat menjadi kenangan cuma
jangan kau buka semula
untuk apa kau tagih janji lama
sedang janji mu sendiri kau lupa
untuk apa kau tagih kasih mesra
sedang cinta ku kau persia
antara kita kini tiada apa
hanya kenangan menggulung sejarah
tetap di situ x kan berubah
13 comments:
Dari Tajuk "Aku BUkan Untuk Mu"
bingkisan rindu itu tiada lagi
jambangan kasih tersimpul mati
x mungkin kan dapat kita leraikan
x mungkin kan dapat kita cantumkan
biarkan ia di situ
jangan di tanya mengapa
seindah bayangan di syurgawi
seburuk kenangan datang menyinggahi
x sanggup ku teruskan
mengenangk mu dalam ingatan
di setiap lena ku
kau pasti ada
bayangan mu mengganggu
mencari aku
telah berkali ku jelaskan
telah berkali ku katakan
kita x mungkin bersama
antara kita berkawan cuma
itu yang mampu ku berikan
itu yang mampu ku kalungkan
seandainya kau x dapat menerima
biarkan sahaja
jangan kau cari sesuatu yang sudah tiada
cukup lah setakat di sini sahaja....
Tuesday, November 06, 2007 4:16:00 PM
x perlu kau susun
x perlu kau siram
telah nyata
telah terang
tiada yang tersembunyi
jelas semuanya
jangan kau baziri masa mu
jangan kau baziri tenaga mu
tinggalkan
tinggalkan saja semua
segalanya telah berlalu
lupakan
mengapa perlu menyeksa diri
sedang kau telah tahu
x perlu bertanya apatah lagi tertunggu2
x ingin aku kau derita kerna ku
x ingin aku kau terseksa kerana ku
andai kau x tahu
andai keadaan tiada kejelasan
itu patut aku fahamkan
mengapa kau masih ternanti2kan
apalah daya ku
apalah kudrat ku
segalanya jelas x perlu kau ragu
andai payah tuk kau lupakan
biar lah aku pergi meninggalkan
x kan kembali
x kan ku berpaling
biarlah kau kata aku kejam...
Tuesday, November 06, 2007 4:57:00 PM
betapa aku rindukan saat indah itu
betapa aku masih menyayangi mu
berkali ku cuba menafikannya
berkali aku cuba melupakannya
namun ku x berdaya
x berdaya tuk menipu diri ku sendiri
bahwa aku masih sayang dirimu
dunia kita kini jauh berbeza
dunia kita kini penuh sempadan
di sini sana
antara kita ada jurang
antara kita tiada lagi ruang
redha lah dengan apa yang ditakdirkan-Nya
Kita hanya merancang
Dia yang kan menentukan
sayang yang masih bersisa
ku tukarkan ruang di hati
tiada lagi di tempat tertinggi
tapi sayang ku masih ku sematkan
usah kau ragui
sayang kekasih tiada lagi
yang ku wujudkan
yang ku cuba bina
sayang sahabat sejati
itu sudah pasti
ku harap kau sudi
hanya itu ku mampu
kerna kau bukan milik ku....
Thursday, November 15, 2007 12:00:00 PM
Aku melangkah menyusuri jalan
terpandang olehku kelibat jejaka idaman
hati tertawan mengikat di pandangan
bertentangan mata sepanjang perjalanan
mungkinkah kau rasa apa yang ku rasa
rindu, sayang, kasih semua nya ada
namun apalah dayaku
x dapat ku melawan
kehendak takdir yang menentukan
berjalan sepi meninggalkan semua
tiada harapan yang mampu ku sandarkan
tinggalkan segala perasaan
rindu dan dendam
kerna ku sedar
terciptanya kau bukan milikku
insan yang ku sayang dalam diam
Thursday, November 15, 2007 2:21:00 PM
terlewat sudah tuk ku nyatakannya
terlambat sudah tuk ku luahkannya
biarlah segalanya ku simpan di hati
biarlah ia terus menjadi rahsia abadi
cukup lah sekadar dapat melihat kau bahagia
cukuplah sekadar melihat
kau gembira
bahagia mu membuat aku ceria
walau hati ku luka bernanah
perit yang ku rasa
andai dahulu ku luahkan
andai dahulu ku nyatakan
segala hasrat hati
segala rahsia hati
apakah kau akan menerimanya
atau aku kau tolak ke tepi
sudikah kau
Thursday, November 15, 2007 5:04:00 PM
andai sudah kehendak Takdir sedemikian rupa
terima lah sahaja
relakan lah segalanya
Dia Maha Mengetahui
setiap yang tersurat dan tersirat
JAngan kita menidakkannya
Percayalah
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya
Mungkin Tiada jodoh kita kerna terciptanya kita bukan untuk bersama
Terciptanya kita mungkin sekadar sahabat sahaja
Tuesday, November 20, 2007 2:49:00 PM
mengapa harus pergi berlalu begitu sahaja
Sedangkan kita masih mampu bersama
Biarpun sekadar sahabat cuma
Itu lebih baik daripada kita memutuskan
Segala tali simpulan hubungan yang pernah kita simpul bersama
Salahkah andai kita bersahabat cuma
Salahkah andai kita berkongsi cerita suka dan duka
hanya sebagai sahabat cuma
Salahkah....
Apakah itu jalan yang terbaik
Terus berlalu mengakhiri segala yang telah kita mulakan
Lupakan segalanya
Bahagiakah....
Tapi andai itu kata hati mu
Terpulang....
Biar pedih terpaksa ku telah
Kita cuma berkawan
Kau bukan untuk ku
Aku bukan untukmu....
Monday, November 26, 2007 4:53:00 PM
tiada siapa kan menduga akan masa depan mereka
begitu juga dengan kita
kita x mampu tuk menduga apa akan jadi pada kita
pada hubungan kita
sahabat selamanya
hilang begitu sahaja
atau kita kan bersama
tipu lah aku andai aku menidakkan rasa sayang ku pada mu
bohong lah aku andai menafikan
rasa kasih yang ada ini pada mu
namun apa lagi yang mampu ku lakukan
kita x mampu tuk bersama
kita x kan mungkin bersama
redhalah teman
lepaskan aku pergi
kebalikan semula hati ku
yang telah lama kau curi
Wednesday, November 28, 2007 1:00:00 PM
mengapa jalanan hidup ku penuh onak dan duri
mencucuk tubuh ku nan lesu
menghimpit hati ku hingga remuk
menghiris jiwaku parah
aku terseksa
di saat ini
ku mengharapkan kedamaian datang menyinggah
melepaskan aku dari lelah
biarpun sekadar tuk sementara
cukup tuk seketika
perlukah dirimu ku beri peluang tuk kesekian kalinya
sedangkan hati ku x pernah kau jaga
apatah lagi tuk kau belai
perlukah aku mempercayai janji mu
sedangkan berpuluh janji mu dahulu
x pernah tertunai
x usah kau rayu lagi
x usah kau mengharap lagi
Friday, November 30, 2007 1:40:00 PM
kini ku sedar
aku bukan untukmu
walau payah untuk ku terima
ku harus akur ketentuan-NYA
kini ku mencari
satu ketenangan hakiki
walau ku tak tahu dimana
ku tetap akan mencarinya
kini ku sendiri
bertemankan sunyi dan sepi
walau perit dan seksanya
aku masih mampu melaluinya..
mengapa ini yang harus terjadi
bukan perpisahan yang ku pinta
hanya kebahagian yang ku damba
mengapa kepedihan hati
harus ku lalui
bukan penderitaan hakiki yang ku cari
menggamit waktu pertemuan dahulu
begitu indahnya
segalanya bagaikan dunia kita yang punya
berjanji bersama kan setia bersama
berjanji bersama kan berkongsi saat sukar dan bahagia bersama
namun mengapa kini kau menjauhi
tanpa meninggalkan sebarang nota
kau hilang jejak x ku temui
puas ku merantau mencari satu jawapan
namun akhirnya hanya lelah kau berikan
biarpun antara kita telah tiada apa
sekurang2nya penjelasan dari mu kau berikan
sebagai teman meneruskan perjuangan
sebagai panduan di masa hadapan
bukan diam seribu bahasa
meninggalkan aku dalam penuh tanda tanya
jika di takdirkan aku bukan untukmu
katakan sahaja
dari kau terus membisu
dan aku terus mengharapkan 1001 harapan
menuntut segala janji
yang pernah engkau lafazkan
terlalu jauh ku tinggalkan pelabuhan semalam
pelabuhan yang penuh suka duka
pahit manis dalam setiap apa jua yang kita rencana
rencana kita yang x kesampaian
putus di pertengahan jalan
kau hilang tanpa kesan
kau tiba-tiba hadir kini menyungkil kisah semalam
kisah penuh derita terpendam
x pernah kah kau terfikirkan
tiada mampu ku menipu diri sendiri
diri mu x pernah aku berjaya lupai
biarpun berkurun lama kita terpisah
biarpun berkali aku cuba menafi
biarpun berjuta kali aku cuba melupai
namun nama mu tetap meniti di bibir hati
begitu payah tuk kau ku lupai
biarpun kita kini di lembah asing
rasa itu tetap ada
antara kau dan aku sama
kita menyimpan simpulan mati
yang x pernah berjaya kita leraikan
Mengapa kau hadir dalam hidupku
Jika kehadiran mu bukan untukku
Mengapa kau pintal ikatan kasih sayang
Jika ia bukan tuk ku anyam mengukuhkan lagi kasih sayang
Berat hati ini tuk meluahkan
Sakit jiwa ini tuk menahan
Namun apalah daya ku
Apalah kudrat ku tuk menghalang
Kerna kehadiran mu x bisa ku tolak ke tepi
x dapat di halang walau sekalipun ku cuba elakkan
berkali ku katakan
antara kita tiada jalan penyudahnya
kerna terciptanya kau bukan untukku
begitu juga aku
tercipta aku di sini
bukan untuk mu
dari terus kita melayari bahtera tanpa arah tujuan
jatuhkan sauh berhenti setakat di sini
biarkan aku pergi meninggalkan
Post a Comment