Sahabat kah kamu
Tatkala sahabat mu kesusahan
Kau sedikit pun x hiraukan
Kau sedikit pun x ambil peduli
Kau biarkan dia sendiri
Mencari arahnya sendiri
Sahabat kah kamu
Tatkala sahabatmu memerlukan bimbingan'
Kau duduk diam
Memerhati dari kejauhan
Tanpa sedikit pun kau beri bimbingan
Tanpa sedikit pun kau beri pertolongan
Terus berterusan memerhati
Sahabat mu sesat mencari arah perjalanan
Sahabatkah kamu
Tatkala sahabat mu bertanyakan
Arah mana harus dia berjalan
Kau hanya duduk mendiamkan diri
Kata mu cari lah sendiri
Fikirkan lah snediri
Fahamilah sendiri
Kau x perlu ku suap segala jawapan lagi
Sedangkan sahabat mu benar2 buntu
Dalam mencari sebuah jawapan
Sahabatkah kamu
Tatkala sahabat mu dalam kebuntuan nyata
Kau terus mendiam
Tanpa sepatah kata
Biarpun kau lalu di sebelah
Sedikit pun x kau pandang
Bila sahabat mu bertanya semula
Apa silapnya
Apa kesalahannya
Kau hukum
Kau tuduh
Sahabat mu x berubah
masih mahu disua segla jawapan
Sahabatkah kamu
Tatkala sahabat mu melihat dirinya ke dalam kamu
Kau x mampu berikan gambaran dirinya
Sedang dulu kau bagai cermin
Melihat dia ke dalam dirimu
Bagai mlihat dirinya sendiri
Setiap kebaikan
Setiap keburukan
Sahabatkah kamu
Terus membiarkan
Terus menghindarkan
Jauh kau kebelakang
meninggalkan
Sahabat mu berjuang sendirian
8 comments:
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
adat dunia
hidup umpama putaran roda
ada betulnya
adakala kita sendiri
adakala kita berteman
ada masa kita ingin berteman
ada masa kita ingin sendiri
namun dalam hidup yang penuh pancaroba
kita perlukan teman
bersama mengiringi perjalanan
sebagai mata sebagai telinga
memberi bimbingan
memberi petunjuk
sahabat mana yang mahu melhat sahabatnya menderita
sahabat mana yang sanggup
melihat sahabatnya sengsara
namun adakalanya dalam kita mencari teman
keikhlasan di persiakan
keikhlasan di pergunakan
ceritalah pada ku teman
andai kau tahu jalan pulang
ceritalah pada ku teman
andai kau x ingin melihat
teman mu ini tersesat jalan
membuat penilaian bukan lah mudah
meneliti, menguji keikhlasan
menguji kejujuran
payah tuk ku temui insan yang
selayaknya ku gelarkan sahabat sejati
telah jauh persisiran pantai ku selusuri
namun x jua ku ketemui
hanya cengkerang kosong x berisi
berserakan menyakitkan lagi permandangan
bertemankan kotor hitamnya pasir pantai
tiada lagi keputihan
yang menunjukkan kesucian
kesetiaan di balas tuba pengkhianatan
sakitnya hanya Tuhan yang tahu
betapa aku dalam penderitaan
salah ku jua
salah aku membuat percaturan
lalu mengheret aku dalam kancah pengkhianatan
lihatlah kamu
kau yang ku gelar sahabat
kau yang ku kira setia
kini menghumban najis
dipertengahan jalan persahabatan
memperlihatkan
jijiknya persahabatan yang kita bina
yang kita simpulkan bersama suatu ketika dahulu
Andai bintang bisa berbicara
Katakan padanya bahwa sinar mu bintang kejora
Sudahpun menyinari sepenuh di hati ini
Seperti pintanya
Katakan lah juga wahai embun
waktu dingin ku hampir hilang
Bersama segala belenggu diri
yang Kian lama membelenggu diri ini
Laungkan lah wahai langit
Bahwa aku dapat rasakan belaiannya
Biarpun sekadar setika
Namun aku puas menikmatinya
Sebarlah lah ceritera bahagia
Sebarkan serata dunia
Bahwa aku terlalu gembira
Bahwa aku terlalu bahagia
Punya sahabat yang cukup setia
Punya sahabat yang mampu berikan aku semuanya
Jauh mana kau campak diri ini
Dalam mana kau tanam rasa benci
Di hati kecil ku
x pernah terdetik rasa benci
x pernah terdetik rasa marah
Biar kini aku berjalan sendiri
Biar pun kadangkala aku merangkak
Namun simpati mu x pernahku pinta
Simpati mu x pernah ku tagih
Kerna ku tahu
Di hati mu aku telah tiada
Tiada ruang buat ku
Biarpun buat seorang sahabat
Kau tutup pintu hati mu
Kau kunci pintu hati mu
Ketahui lah sahabat
Biar begitu kau lakukan pada ku
Biar begitu kau membuang aku
Aku x pernah membuang mu
Dari jauh ku risik khabar mu
Dari jauh ku lihat keadaan mu
Mengapa kau sahabat
Diri mu kembali seperti dahulu
Seakan kau hilang punca
Hilang keyakinan diri
Di mana diri mu yang ku kenali
Di mana ceria mu di waktu kita bersama
Di mana semua itu
Hati resah berbicara
Hati gusar berkata-kata
Biarpun ku buang ego ku menegur mu
Kau sedikit x menoleh pada ku
Biarpun ku campak bangga ku
Kau sedikit x menunjuk menerima ku
Andai kau perlukan teman bercerita
Andai kau perlukan teman berbicara
Aku sentiasa sana
separah mana hati ku terluka dek sikap mu
Aku sedia menerima mu semula
Sebagai sahabat yang pernah
Kita lalui suak duka bersama
Pintu hati ku terbuka luas
seluas ruang angkasa
Biar ku tahu
Kau cuba membenci
Sahabat yg teristimewa adalah aur dan tebing
Sering memerlukan dan mambantu
Sentiasa berpesan kebaikan mengerat persahabatan
Namun mana layak utk diri ku ini
Menjadi aur mahupun tebing buatmu
Jarak dan masa memisahkan kita
Cita dan kerjaya tembok kita
Namun aku pasrah
Sahabat teristimewa khas dirimu
Memahami diri ini tanpa jemu
Sering mengingati diri ku selalu
Tanpa leka menikuti perkembangan diriku
Kau bagaikan mutiara di hatiku
Bersinar indah dan terpelihara
Sayu melihatkan
Sayu tatkala mengenangkan
Saat2 indah waktu kita bersama
Tempuhi segala ranjau onak dan duri
Bersama basah di hujani tohmahan berbisa
Kekuatan yang ada dalam diri
Kau lah yang bina
Kesungguhan yang tersembunyi
Kau jualah yang terbitkan
Namun ia hanya seketika
Seketika cuma ku rasai semua
Kenikmatan sebuah persahabatan
Hilang mu tiada berganti
X mampu ku cari pengganti selayak mu
Walau jauh aku jelajah seluruh benua
X lagi ku ketemui yang serupa
Ketahuilah Sabahat
Bahwa aku merinduimu
Rindu kata2 semangat mu
Yang seringkali membakar jiwa raga ku
Mungkin kah hari esok kan bersinar
Sebuah harapan yang x pernah ku jangkau?
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN
Post a Comment