Sunday, January 24, 2016

Meletop

Aku bukan jenis orang yang x hormat org, lebih2 lagi orang yang lebih tua. Tapi kalau dia sendiri x hormat org... Mmg aku jd kuang ajo ngan dia.

Ko sibuk bising kata sentimental value bagai... Ko sibuk kata rega kerusi ko tu mahal, ko sibuk kata kerusi tu dah duduk kat depan umah aku bertahun. Bertahun ler sgt... Aku duduk umah mak aku dr kecik... So dr kecik aku kenal ko... Dr kecik aku tahu hal ko.. Ko nak claim macam2 lak. Depan umah ko x cukup semak lagi ker? Suka hatibaku nak semak atau nak letak apa kat depan rumah aku.

Ko nak kata aku femes kat blok tu.. So wat.. Femes atas dasar apa? Mulut ko sama jer ngan mulut double A tu.. Sama... X der beza. Depan bapak aku ko x bani kan... Husband aku cakap elok2 jer sebelum aku masuk campur... Sbb aku tau aku baran.. Tapi kalau dah ko yang tinggi sora kat husband aku..  Mmg ko nak kena ler.. X kira ko tua atau x.. Mmg ko layak tuk ditengking. Anak buah ko.. Dok diam jgn masuk campur urusan org dewasa. Ko nak ungkit??? Aku ungkit a to z yang ko selalu masuk umah mak ayah aku tanpa izin dulu tu.. Menonong ko masuk umah orang tu kira ko hormat orang??? Nak kata kira hormat x hormat. Nak kira israel ngan palestin. Yang ko kata ko palestin... Ko tu yang kongker hak orang ko nak kata orang lain???

Sorry la tuk aku hormat ko... Mmg aku x hormat ko pun. Skit pun x der sbb ko x layak tuk aku hormat. At least sebelum letak barang kat drpan umah orang.. Tanya dulu... Bukan men redag kata common area bagai.. Depan umah ko tu pun common area.. Meh aku redah letak barang aku boleh???

Huh... X pasal2 aku nak jd hulk. Sib bek husband aku penyabar.. Kalau x.. Dah lama ko kena yer org tua. Aku pun dah lama sabar ngan ko.

Saturday, January 23, 2016

Tingkap dan Tangga

Tidak banyak yg aku ingat sebab ianya terlalu singkat. Biarpun jangka hayatnya x lama, namun rasa itu hingga kini terasa walau kadang kala tenggelam timbul perasaan membuai rasa itu menjelma.

Kenapa tingkap? Sebab aku suka duduk tepi tingkap. Melihat kelibat manusia membuat aku hidup. Melihat kelibat manusia yg aku suka membuat aku lebih bertenaga. Suka? Hahahahah... Subjektif tuk aku ungkapkannya. Subjektif tuk aku mendefinisikannya. Hanya aku yang faham. Namun... Yang pasti, suka x semestinya perlu bercinta. Tingkap juga menghubungkan sel2 otak aku waktu itu. Berapa banyak aku mula menyusun kata pun aku x tahu. Baik untuk kelas BM mahupun kelas lain. Hahahahah.. Kalau dah kelas lain, bermakna aku menulis secara haram adanya.

Adakala terpandang 2 tubuh manusia berlainan jantina, seorang meluah perasaan seorang mendengar luahan. Ada yg terima, ada yang ditolak. Kadangkala ada juga tidak mampu berkata2 tetapi hanya mampu memberi sekeping kertas kemas dilipatan pelbagai rupa. Aku hanya pemerhati yang setia... Ada yg aku perhati itu orang yg aku suka. Ada yang aku perhati opsss.... Tiba2 mulakan angkara. Dah kenapa??? Menjelir lidah kepada aku yang x kenal siapa kau. Siap memek muka mengejek atau bergurau senda??? Huh!!! Rasa menyampah dan meluat pun ada.

Tingkap yang tidak bercermin menjadi saksi segala cerita. Membuka lembaran, membuka kisah pelbagai kisah dan cerita yang indah... Disebalik keindahan adakala terselit keperitan..apakah aku juga merasakan? Entah... Terlalu banyak aku melihat dan mencuri tuk berkongsi perasaan watak2 disebalik tingkap. Iri hati pun ada juga kadang kala terbit jauh di sudut hati dan perasaan. Iri hati kerna aku hanya pencuri yg menumpang merasai pengalaman.

Tingkap juga penghubung jalinan persahabatan. Biasalah, pantang ada peluang, mesyuarat ahli tingkap pun mula bersidang. Kadangkala tingkap juga penghubung perdagangan tanpa melibatkan wang, sekadar sistem barter sewaktu zaman mgkin sebelum maju dalam ketamadunan. Silih berganti barang bertukar tangan. Semua melalui tingkap yang menyaksikan pelbagai ragam dan jenis hubungan.

Wajah itu muncul lagi... Meluat aku. Kenapa mesti muncul kalau hanya ingin menyakitkan hati? Kenapa perlu hadir jika hanya ingin menerbitkan benci? Setiap kali kaki melangkah ke anak tangga ke akhir, setiap kali itu juga dia akan menoleh, dan setiap kali itu juga mata akan terpaku, bertentangan mencari jawapan... Itu aku, mencari jawapan, kenapa mesti dia akan menoleh ke arah aku setiap kali kaki mencecah anak tangga yang terakhir. Siapa dia? Kenapa aku kau jadikan sasaran tuk membuahkan rasa benci? Kenapa aku yang perlu menyimpan semua memek wajah mu di dalam kotak minda ku? Kenapa aku yang harus memahami apa yang cuba kau sampaikan?

Waktu itu, waktu yang aku tunggu. Namun penantian ku hampa belaka. Dia x kunjung tiba. Kenapa, kenapa setelah kau curi perhatian ku kau ilang tanpa bayang. Esoknya aku menanti lagi, kau tetap x muncul jua. Nak ku cari, aku x mengenalimu, nak ku cari ku xtahu namamu. Emosi aku terganggu.. Kau berjaya memporak-perandakan emosi yang selama ini ku jaga rapi. Penat aku menanti, menanti harapan yang x pasti mmg menyakitkan, sungguh memedihkan. Aku penat mengarang skrip bahasa tubuh yang bakal ku persembahkan andai kau menoleh pdku. Aku penat berlatih bahasa tubuh tuk menyampaikan apa yg aku simpan. Aku penat... Harapan aku berkecai dipertengahan jalan. Lantas kau, ku cuba lupakan.

Tingkap dan tangga bukan lagi teman. Demi mengubat luka, aku teruskan perjalanan tanpa menoleh mahupun berpatah balik ke belakang. Tatkala perasaan ku tiada lagi rasa, kelibat mu kembali menjengah dan mencuri pandang ke arah ku. Dr lirikan aku tahu itu kau wahai insan tingkap dan tangga. Namun hati aku terluka, kau tidak ku endah. Kau tidak lagi ku nantikan.

Harapan tuk melupakan gagal. Aku x mampu kerna aku rindu tuk melihat wajah yg pelbagai itu, aku rindu akan memek muka yang berwarna warni. Aku rindu semua tentang itu. Aku rindu kau wahai insan tingkap dan tangga. Tingkap kembali menjadi teman setia, menanti mu tuk kesekian kali... 

Biarpun hari berganti hari, minggu berlalu pergi.... Kenapa dia x muncul2 lagi. Yer... Kelibat yg semmgnya menyakitkan hati, kelibat yg membuat aku rasa jengkel n pedih hingga hulu hati, sudah tidak menampakkan diri. Tahun sudah sampai penghujung, tingkap itu akan ku tinggal pergi, tapi kenapa dia masih x muncul lagi? Mana dia yg pelbagai wajah pelbagai rupa? Mana dia yang suka membuat pelbagai memek muka, mana dia yang sering menjelir lidah mencari gaduh tanpa suara, mana dia insan yang hanya ku kenal pelbagai wajah, tiada suara, siapa namanya, datang dr mana? Tahukah dia, aku akan tinggalkan tingkap ini dan tidak akan lagi kembali. Kenapa dia x muncul lagi?

Mungkinkah esok atau lusa ada waktu tuk ku katakan padanya aku rindu akan dia. Adakah pintu masih terbuka tuk aku luahkan perasaan yang kian sarat yg tersimpan? Masihkah ada hari esok untuk aku mengenalinya? Masihkah ada hari esok untuk aku.......

Thursday, May 21, 2015

Sesi Potong Bawang, Sesi Mata Masuk Habuk

Bila tiba2 diterjah dengan statement, "Lilis, awak ada pengalaman x dengan Hj?". Giler x der.... kalau dah duduk sebilik, kompem2 ler banyak pengalaman, macam2 pengalaman. Nak jawab macam mana pun x tahu. Sebabnya, once diterjah ngan statement tuh, me, myself terkedu... tetiba rasa cam ada awan mendung berarak perlahan n benti betul2 atas kepala. Hah... mata mula ler nak berkaca2. Bukan berkaca2 cam minta simpati as yang Puss in Boots tu buat.. tapi... berkaca2... haiiisshh.. pepaham sendiri sudah. x kan uth pun nak explain... haiiiissshhhh....

Start lah semua kenangan datang menyerbu. x tahu nak start dr mana. But opkos yang pasti yang mmg x leh lupa bilamana kenangan bos gigih cari PA dia after Perhimpunan Bulanan Kementerian. Masa tuh, baru lapor diri kat kementerian. baru ler sangat... dok lepak tanpa posting dah 3 4 hari. Ngah sedap borak2.. makan2... tetiba ada orang cuit bahu.

"Pn. Lilis Asyura kan?"
"Ya, saya". 
"Saya Hj. Mohd Taib, TKP(D), JLN. Awak PA saya kan?"
"Hah!!! Saya pun x pasti tuan hj. Ikut surat JPA mmg saya akan di tempatkan di JLN. Tapi, x sure sebab til now masih belum dapat penempatan. Giler x tertejut beruk time ni. Sib bek x terberanak time tuh... bos cari PA. Yang ada kat situ semua terdiam, menyaksikan drama melayu secara langsung. Hahahahahahaha...

"X per, nnti saya akan uruskan. Saya sendiri akan jumpa bos BSM tuk cepatkan posting". Selamat berkenalan dan selamat menjalankan tugas."

Perghhhh.. sempoi sioootttttt.... sejurus lepas my bos berlalu pergi. Memasing start sok sek sok sek... Wah.. untung ler.. bos giler sempoi...  Waaahh.. untung ler.. bos best. Best giler kalau bos cam ni. Hahaha.. itu lah antara komen2 drpd mereka yang menyaksikan sedutan drama tadi. N yes... after lunch hour... tup2 admin datang bgi surat posting... boleh terus g KL tuk lapo diri.. adeehh.. dah lewat so i mnta esok jekr terus lapor diri. Pergh.. mmg dasat penangan my bos nie... dan2 tuh jugak tuh... hehehehe...

Esoknya kisah pulak... once lapor diri kat admin... i nek atas, my bilik. Tgk bilik bos... ok.. terbeliak bijik  mata. Ni rumah ke opis... ID mmg pergh... terbaik... n alamak... aku ni malas bab kemas mengemas.. pengsan... hahahaha... n bos really buat surprise. On the day, bos tarak outstation... tapi sebelum dia pergi... dia telah meninggalkan sesuatu.. sesuatu yang membuatkan saya sangat terkesan, sangat terharu til now.... The Welcoming card yang tarikh asalnya di liquid paper letak tarikh baru iaitu 22 Nov. Plus pulak... terasa basah lagik gam tuk bahagian frame card tersebut. Mungkin before this that card design wihout frame.. lambat sgt PA nak muncul... n tup2 datang idea baru on the spot... sebelum outstation, sebelum PA masuk bilik, cecepat dia tambah frame. N yes.. that special card masih saya gantung sebagai my sentimental value.

Hep.. hep.. sapa yang potong bawang kat opis nie... syuh.. syuh.. potong jejauh.. pedih siiiooott.... isk.... x best tul... 

Pelupa. Yes... my bos adalah seorang yang pelupa. Selalu, sebelum balik.. sure kena wat spotcek dulu.

"Hj, wallet? kunci keta? pass keja? spek? hp?" Tpt i dah kira cam kastam / imigresen kaunter sebelum dia punch card. Kadang2 dalam keadaan terkocoh2 dia kaan cek. Sbb balik.. on time k... bunyi jekr punch card machine tuh.. x sampai sesaat... kompem dia akan punch. kalau lewat 1 minit kira lambat ler tuh. Hahahaahah... sbb nak kejo takut jalan jem. Umah bos jauh....

Kalau bos lupa.. selalu PA dia yang akan bebel. Dia tau dah. Sebelum PA dia bebel, awal2 lagik dia akan kuarkan statement "Awak kena paham. Awak x boleh salahkan saya. Orang berumur macam saya mmg begini. So awak x boleh marah saya". Pastu gelak... hahahah.. n PA dia pun paham dah.. sebelum dia sempat abihkan ayat dia.. PA dia akan sambung sebijik2.. pastuh sesama gelak beso... hahah.. kalau gelak mmg x cover langsung.

Kaunter pertanyaan, luahan hati, luahan perasaan.

As usual, kalau bos ada. kaunter ni akan sentiasa terbuka. Bukan tuk orang lain. but tuk bos. Hahahahaa... bos suka kongsi cerita.. sama ada cerita sebagai panduan n teladan atau pun cerita luahan hati dia. PA dia tadah tinga jer dengar. No hal. Tapi biasanya... kalau bos ada.. PA dier giler lambat siapkan keja... hahahaha... sampai satu masa PA akan start bersuara "Hj, hj citer jekr tau, saya dengar nie... Saya sambil buat keja ek... saya x pandang hj tapi saya dengar". "Eh.. jap.. jap.. kita pause jap.. saya nak edar surat jap, kejap jer... kejap...". "Okess.. leh sambung. to be continue..." Waktu nie... macam2 kisah.. macam2 sora leh dengar. Kalau part kisha kelako.. jangan pelik lah kalau tetiba kedengaran gegak gempita bos n PA berdekah2 ketawa. Abaikan saja.. biarkan mereka dengan kisah mereka... hahahah...

Bos suka kongsi ilmu setiap kali dia balik bengkel. X kisah ler ilmu tuh ada kena mengena ngan PA dia atau pun tidak. Masa ni, PA dia akan dok depan PC, sambil dengar cerita dia.. smabil tangan laju menaip google. Hahahahahaa... Mana mungkin ku paham kalau bos citer kisah monokotilidon ngan dekotilidon. X kan nak kata.. apa tuh hj. x kan nak kata "saya x tahu". So... PA ia akan kompem mencari maklumat berkaitan n..... "Oooowwhhh... yang cam ni.. cam tu.. cam ni camtu tuh ek?" Eh.. bukan yang tuh patutnya.. cam ni.. cam tu.. cam ni.. camtu ker hj?" hah.. bih kurang gitu lah respond nya.... hahahahaha.... baru sedap skit nak borak.. yer dak? n dapat ilmu baru. Heheheeheh... 

Tuh belum masuk bab bos yang ingatkan PA dia pasal assignment n kelas. Yer lah.. PA dia baru smabung lajo... so... ngan keja.. ngan assignment.. kadang mmg x terkejo. "Eh, u x der kelas ker? u x der assignent ker?" Cam kerang busuk PA dia jawab.. heheheh... berlambak hj. Tapi nak siapkan keja dulu. Siapkan cepat.. cepat. nnti study... mana boleh x study, nnti susah. 


Dia lah teman, dialah bos, dialah pemimpin, dialah sahabat, dialah ayah...

Pukul rata. Yes.. mmg dialah segalanya. Dia x pernah lokek untuk beri pandangan n nasihat. Expectation as bos aka pemimpin mmg tinggi. Tapi bagaimana cara u nak buat or laksanakan.. terpulang. It's ur way... up to you. Dia x pernah berlaku rigid... sikap keterbukaan dia membuatkan semua orang selesa untuk berbincang n beri pandangan. Degil. Yes.. setiap bos mmg ada sikap degil dia. Kalau nak... mmg nak jugak. But it's create opportunity for u to know human behaviour. Belajar memahami orang lain. How u wanna tackle him.. how u wanna manage to explain n how u include ilmu psychology dalam perkara sebegini. Bukan mudah.. yes.. mmg x mudah. Tapi once u know the way... ianya sangat mudah n memudahkan. Mana2 bos pun ada ego mereka... as u know, u understand, insya allah.

Dari x suka pakai stokin, at least now he manage to wear socks walaupun x selalu but at least kalau meeting di luar, dia akan pakai stokin. Habit yang paling payah nak tuko tuh. Hahahaha.... part paling comel bila dia dengan bangga n excited nya... "Lilis, hari ni saya pakai stokin", "Lilis, saya bawak stokin tau nak meeting kat putrajaya nnti". Sambil tunjuk stokin bergulung yang disimpan lam beg. Heheheheheehhe.... opkos ler PA dia akan kata "Perghhh.. baru ler hensem hj. Baru ler nampak karisma TKP.... bos sapa ler hensem tuh... kompem2 bos saya." 

PA dia juga yang ajo dia info di hujung jari. Yes... PA dia yang ajo. Dia mmg terkenal sebagai seorang yang x suka nak balas sms, paling x suka nak jawab kol. Tapi... sebab PA dia... n hanya PA dia sahaja yang mampu bercalling2 n bersms dengan dia. Walaupun adakalanya x on the spot but yes.. he still will reply. Cer kalau orang lain.... hahahha.. smapai ke sudah ler. So... sebab itu, officer lebih suka kalau nak smapaikan pesan, PA lah yang mereka akan cari. Nak kol.. PA lah yang mereka cari tuk sampaikan pesan "Hj, jap lagi, A nak kol, hj jawab yer." hahahahahahahahahahahahahahahaha...... dia juga tau. walaupun PA dia x der di pejabat, apa pun yang dia nak.. sure dapat. X pernah x dapat. "Lilis, boleh x u carikan i number mekanik bengkel volvo. saya nak yang hq punya". Hamik ko... ko lam bengkel masa tuh... ko nak cekau mana. Number mekanik? nama mekanik? ooowwwhhhh.. kusut. Yes.. mmg kusut. Tapi, at the end, bos mmg tau dia akan dapat info yang dia nak. Sbb PA dia jugak yang ajo semua info dihujung jari. 

Ayat dia "Saya appreciate sangat kat ur x bos. Sebab dia.... saya yang senang. Sebab dia, saya dapat servis terbaik dr PA saya sekarang. Sebab dia membentuk PA saya sekarang. Awak sangat proaktif. Menda yang x boleh pun awak akan cuba sampai boleh. Awak mampu pergi lebih jauh lagi. Bila ada peluang, jangan lepaskan"

"Sebenarnya, saya x berapa sokong awak pergi interview imigresen tu. Saya sokong x sepenuh hati. Maaf, kalau awak terasa. Tapi mmg saya sangat x setuju bila awak kata awak nak tuko kerjaya ke bidang imigresen. Sbb nnti, awak x der masa dengan family awak. Kalau bidang kerjaya lain, mungkin saya akan sokong sepenuh hati. Hari tu, 2 kali awak dapat interview dedua saya x ikhlas benarkan awak pergi. Bila awak kata awak x dapat saya lega."

"Yes, saya tahu hj x ikhlas benarkan saya pergi hari tu. Saya dapat baca dan rasa. Hj x yah terus terang pun saya tahu hj. Tapi saya berdegil sebab saya nak rasa m nak cari pengalaman. N saya berkeras sbb mmg saya minat. Saya x dapat pun sebenarnya satu rahmat, sebab saya tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Sebab saya yakin, Allah lebih tahu. So, saya x kecewa bila saya x dapat. Saya juga x kecewa bila saya tahu mmg haji x ikhlas sokong saya. Sebab hj juga nak kan yang terbaik untuk saya, malah untuk keluarga saya". 

...... Ini cerita yg saya karang tidak lama dahulu. Cerita yang x mampu tuk saya habiskan.... Biarlah ia di sini... Selebihnya hanya saya dan mantan bos jer yg tahu kisah kami....

Really miss him so much. Speedy recovery bos.... Kalau dekat boleh jer g melawat... 
  

Friday, May 1, 2015

Mencari Inspirasi... Mewarnai Kehidupan

Take a break bersama Lelaki Simpanan memenuhi cuti yang panjang. Sambil2 kumpul inspirasi nak sambung study plus siapkan assignment yang kabur dalam terang. Mengharap Lelaki Simpanan bisa memberi suntikan inspirasi kepada ku nanti.

Surat surat yang x tersampaikan kita simpan baik2, sesekali bila dtg mood, baru best nak baca semula surat- surat tu kompem penuh dengan emosi.

Watever u say i am... I am ok. So..  Ada i kisah? Nope... Ku x kisah ingat... Watever u say i am, i am ok. Biarlah tunggang terbalik pun, aku jer yang paham. Orang lain paham? X per lah... Bagus lah kalau paham juga.

Rabak.... Rabak.... Rabak segalanya... Biarpun rabak tetap di hati. Semakin melonjak2 pulak hati n perasaan ni. Isk.... Kalau boleh semua nak dimiliki. Tamak giler.... Asik jatuh cinta jer.... Haiisshh... Mana satu ler ni... Mmg rabak ler perasaan kalau kena pilih salah satu jer. Andai ada jodoh... Rabak x rabak.. Pasti semua sekali akan ku miliki.

Hahahah.... Orang nak ngata? Kata lah... Watever u say, i am ok.

Bila lama sangat tuai kasih sayang n cinta ni... Kadang kala ada pulak kes terlepas pandang. Mula lah perasaan n pikiran menerawang pk macam2. Haiiissshh... Hah...susu yang dulu lemak berkrim disukai ramai, mula lah jd susu yang agak2 suam kuku. Bila dibiar... Makiñ lama suam2 kuku leh jatuh sejuk kejung terus. Hah... Bahaya tu kalau x dibendung. Hah... Bab ni x boleh guna istilah ada aku kisah... Bab ni mmg kena kisah... If not... Hahahahaha.... End of the road beb. Cam best jer bila berbual bicara sesekali mengimbau kenangan dahulu kala. Swwweeeeettt sgt.... Hot... Hot... Suka.. Suka... Maka dah pasang angan2 nak selak2 kisah berbicara di bantal. Opssss..... Saat sesuai tuk perbaiki apa yang patut dibaiki mungki ... Saat sesuai tuk membangkitkan perasaan mungkin... So x salah kot kalau mengharapkàn sesi sedetik dengan Pilo Toq. Haiisshh... X sabar rasanya.... Gatal... Bio lah!

Tapi bila awan berarak mendung.... Mula lah nak berbicara dengan melankolia bisu, sbb rasa cam dekat saaaanngggaatt... Cam dia memahami isi perasaan yang tersirat mauhupun tersurat.

Hmmmm semoga Lelaki Simpanan bisa memberi ruang dan peluang kepada ku tuk berbicara dr bantal ke bantal bak kata orang putih Pilo Toq, sambil2 layan surat cinta yang x tersampaikan tuk mengusik nostalgia n kenangan sambil melayan perasaan yg sarat bersama melankolia bisu biarlah watever u say i am, i am ok.

Ini semua angkara  Mohzan OP-Zaharin.... Oranv yang bertanggungjawab dengan terjebaknya semua ini... Dia... Yer dia... Semua sbb dia...

Tuesday, April 28, 2015

Orang Baru...

Tanggal 7 Jan 2013; jam 12.53 pagi; bertempat di Bilik No. 5, Dewan Bersalin Spital Ampang lahirlah seorang lagi khalifah Allah dari zuriat me n my beloved B. Seberat 3.14 kg. The moment yang x kan dilupakan..... segalanya berlalu dengan begitu mudah.

Sesampai di ER, doc check.. terus tuko baju... terus doc suh kosongkan isi perut.. kosongkan apa yang patut... nek katil.. terus nurse tolak ke Deliver Room. Sepanjang perjalanan ke DR sempat msg kengkawan yang rapat update status "Atas Katil otw to DR" heheheheheeh.... sabo jekr ler...

Masuk DR, doc tanya macam2... tanya apa, seyes dah x hingat sebabnya dok focus berbalas msg ngan sesapa tah... boleh?? hahahah.. time sakit datang tuh.. dia kejung ler jap menahan sakit.. bila dah x sakit... boleh sambung balik bermsg. Sabo jekr ler.... Yang pasti, masa doc tanya kat ER tadi berapa cm dah buka, x sempat jawab, kebetulan masa tuh ngah contraction... so.. dr 5 ke 6, x sempat lagi doc kat kuarkan tangan contraction lagik.. lagik.. lagik.... n lagik... sementara nak menanti bukaan lebih beso, doc keluar tgk patient lain di bilik lain, tinggalkan berdua ngan bidan (nurse) jekr.... "Alamak, nurse.. cam makin sakit jekr nie.... cam nak kuar dah kot..." masa tuh dah stop men hp dah... padan muka... hahaha... n yes.. tepat jam 12.53 pagi, seorang bayi lelaki selamat ku lahirkan. Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah yang x terhingga ini.

Bila nurse tunjuk my baby, pantas jekr mulut nie bersuara "Aik.. baby saya ker ni?" Boleh pulak x percaya sebab apasal muka baby ni sangat putih... apasal mata dia sgt sepet? hahahahaha.. tetiba teringat sepanjang dok ngadung sibuk dok layan korea.. hamik... hahahah... someynya... n sedapnya bau baby....

Itu kisah 2 tahun lalu, kini, the baby that we call Mohammad Aariz Alwaz sudah pun berusia 2 tahun ++. Pelbagai ragam n karenah... dialah penawar segala sakit, pening n sedey.. dia jugalah penawar kesunyian. Sunyi ler sangat kan... hehehehe... All heroes in da house... Precious gift for me n my beloved B. Along and angah, n now here's come Alwaz... complete set team member tuk menambah suasana rumahtangga kami.

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa kita sedar, the boys grown too fast.... Love them all.

Others Entry

Related Posts with Thumbnails