Nope.... bukan itu jawapannya... Aku tinggalkan ia usang x berpenghuni, bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sepi bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sendiri kerana.... kerana tiada apa yang dapat aku coretkan walau sepatah. Kerna aku x mampu menyusun ayat walau sepatah kata. Aku x mampu tuk mencipta barisan dan susunan ayat tuk aku coretkan di sini. Kerana itu aku biarkan ia usang x berpenghuni dan sekian lama ia menyepi.
Perasaan, perasaan itu ada.. tapi ia seperti diawangan x mampu tuk ku susun bait katanya menjadi ayat coretan. Marah.. kecewa, seronok, gembira, teruja, sedih, terkilan.. semua ada.. bercampur-baur bak rosak pasembur layaknya. Namun... tuk ku hadirkan dalam bentuk penulisan itu yang x ku mampu. Hilang seketika semua perkataan dan huruf, Lalu terbelenggu sendiri mencari sesuatu yang x pasti.
Namun, diketika ini, entah dari mana datangnya huruf yang berlambak2... entah dari mana datangnya ayat2 menerjah ke dalam kotak minda mnta disusun. Susun lah bagaimana cara sekali pun. Susunlah ikut sedap jemari yang kan menari di papan kekunci... ikut lah.. ikutlah rentaknya.. biarkan ia menari semahunya... dan kita lihat apakah hasilnya... biarkan.. biarkan ia sendiri di situ meluahkan segala apa yang bersarang.. yang dia sendiri x tahu. Biarkan.
Semuanya sarat di kotak minda.. semuanya sesak bergelora di hati, membuak pelbagai perasaan yang sukar tuk dimengerti. Kenapa ini terjadi? jangan sesekali ditanya lagi dan lagi. kerana sudah pasti jawapannya... "Aku x pasti". lalu... mengapa harus ditanya lagi.
Berat kepala tatkala jemari masih ligat di papan kekunci, menekan satu persatu butang2 kekunci.... sambil mata sesekali terkulai layu... menandakan ahhh... beratnya perasaan ini.. beratnya hingga membuat minda ku kelesuan. Kata hati x selari dengan minda.. kata minda x sebaris dengan hati.. natijahnya aku sendiri x mengerti. Biarkan luncai dengan labu2 nya.. ayat biasa yang aku guna bila aku sndiri dalam keadaan tersepit begini.
Biarkan semua terus menjadi tanda tanya.......
No comments:
Post a Comment