Showing posts with label Luahan Hati ku. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati ku. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

Meletop

Aku bukan jenis orang yang x hormat org, lebih2 lagi orang yang lebih tua. Tapi kalau dia sendiri x hormat org... Mmg aku jd kuang ajo ngan dia.

Ko sibuk bising kata sentimental value bagai... Ko sibuk kata rega kerusi ko tu mahal, ko sibuk kata kerusi tu dah duduk kat depan umah aku bertahun. Bertahun ler sgt... Aku duduk umah mak aku dr kecik... So dr kecik aku kenal ko... Dr kecik aku tahu hal ko.. Ko nak claim macam2 lak. Depan umah ko x cukup semak lagi ker? Suka hatibaku nak semak atau nak letak apa kat depan rumah aku.

Ko nak kata aku femes kat blok tu.. So wat.. Femes atas dasar apa? Mulut ko sama jer ngan mulut double A tu.. Sama... X der beza. Depan bapak aku ko x bani kan... Husband aku cakap elok2 jer sebelum aku masuk campur... Sbb aku tau aku baran.. Tapi kalau dah ko yang tinggi sora kat husband aku..  Mmg ko nak kena ler.. X kira ko tua atau x.. Mmg ko layak tuk ditengking. Anak buah ko.. Dok diam jgn masuk campur urusan org dewasa. Ko nak ungkit??? Aku ungkit a to z yang ko selalu masuk umah mak ayah aku tanpa izin dulu tu.. Menonong ko masuk umah orang tu kira ko hormat orang??? Nak kata kira hormat x hormat. Nak kira israel ngan palestin. Yang ko kata ko palestin... Ko tu yang kongker hak orang ko nak kata orang lain???

Sorry la tuk aku hormat ko... Mmg aku x hormat ko pun. Skit pun x der sbb ko x layak tuk aku hormat. At least sebelum letak barang kat drpan umah orang.. Tanya dulu... Bukan men redag kata common area bagai.. Depan umah ko tu pun common area.. Meh aku redah letak barang aku boleh???

Huh... X pasal2 aku nak jd hulk. Sib bek husband aku penyabar.. Kalau x.. Dah lama ko kena yer org tua. Aku pun dah lama sabar ngan ko.

Saturday, January 23, 2016

Tingkap dan Tangga

Tidak banyak yg aku ingat sebab ianya terlalu singkat. Biarpun jangka hayatnya x lama, namun rasa itu hingga kini terasa walau kadang kala tenggelam timbul perasaan membuai rasa itu menjelma.

Kenapa tingkap? Sebab aku suka duduk tepi tingkap. Melihat kelibat manusia membuat aku hidup. Melihat kelibat manusia yg aku suka membuat aku lebih bertenaga. Suka? Hahahahah... Subjektif tuk aku ungkapkannya. Subjektif tuk aku mendefinisikannya. Hanya aku yang faham. Namun... Yang pasti, suka x semestinya perlu bercinta. Tingkap juga menghubungkan sel2 otak aku waktu itu. Berapa banyak aku mula menyusun kata pun aku x tahu. Baik untuk kelas BM mahupun kelas lain. Hahahahah.. Kalau dah kelas lain, bermakna aku menulis secara haram adanya.

Adakala terpandang 2 tubuh manusia berlainan jantina, seorang meluah perasaan seorang mendengar luahan. Ada yg terima, ada yang ditolak. Kadangkala ada juga tidak mampu berkata2 tetapi hanya mampu memberi sekeping kertas kemas dilipatan pelbagai rupa. Aku hanya pemerhati yang setia... Ada yg aku perhati itu orang yg aku suka. Ada yang aku perhati opsss.... Tiba2 mulakan angkara. Dah kenapa??? Menjelir lidah kepada aku yang x kenal siapa kau. Siap memek muka mengejek atau bergurau senda??? Huh!!! Rasa menyampah dan meluat pun ada.

Tingkap yang tidak bercermin menjadi saksi segala cerita. Membuka lembaran, membuka kisah pelbagai kisah dan cerita yang indah... Disebalik keindahan adakala terselit keperitan..apakah aku juga merasakan? Entah... Terlalu banyak aku melihat dan mencuri tuk berkongsi perasaan watak2 disebalik tingkap. Iri hati pun ada juga kadang kala terbit jauh di sudut hati dan perasaan. Iri hati kerna aku hanya pencuri yg menumpang merasai pengalaman.

Tingkap juga penghubung jalinan persahabatan. Biasalah, pantang ada peluang, mesyuarat ahli tingkap pun mula bersidang. Kadangkala tingkap juga penghubung perdagangan tanpa melibatkan wang, sekadar sistem barter sewaktu zaman mgkin sebelum maju dalam ketamadunan. Silih berganti barang bertukar tangan. Semua melalui tingkap yang menyaksikan pelbagai ragam dan jenis hubungan.

Wajah itu muncul lagi... Meluat aku. Kenapa mesti muncul kalau hanya ingin menyakitkan hati? Kenapa perlu hadir jika hanya ingin menerbitkan benci? Setiap kali kaki melangkah ke anak tangga ke akhir, setiap kali itu juga dia akan menoleh, dan setiap kali itu juga mata akan terpaku, bertentangan mencari jawapan... Itu aku, mencari jawapan, kenapa mesti dia akan menoleh ke arah aku setiap kali kaki mencecah anak tangga yang terakhir. Siapa dia? Kenapa aku kau jadikan sasaran tuk membuahkan rasa benci? Kenapa aku yang perlu menyimpan semua memek wajah mu di dalam kotak minda ku? Kenapa aku yang harus memahami apa yang cuba kau sampaikan?

Waktu itu, waktu yang aku tunggu. Namun penantian ku hampa belaka. Dia x kunjung tiba. Kenapa, kenapa setelah kau curi perhatian ku kau ilang tanpa bayang. Esoknya aku menanti lagi, kau tetap x muncul jua. Nak ku cari, aku x mengenalimu, nak ku cari ku xtahu namamu. Emosi aku terganggu.. Kau berjaya memporak-perandakan emosi yang selama ini ku jaga rapi. Penat aku menanti, menanti harapan yang x pasti mmg menyakitkan, sungguh memedihkan. Aku penat mengarang skrip bahasa tubuh yang bakal ku persembahkan andai kau menoleh pdku. Aku penat berlatih bahasa tubuh tuk menyampaikan apa yg aku simpan. Aku penat... Harapan aku berkecai dipertengahan jalan. Lantas kau, ku cuba lupakan.

Tingkap dan tangga bukan lagi teman. Demi mengubat luka, aku teruskan perjalanan tanpa menoleh mahupun berpatah balik ke belakang. Tatkala perasaan ku tiada lagi rasa, kelibat mu kembali menjengah dan mencuri pandang ke arah ku. Dr lirikan aku tahu itu kau wahai insan tingkap dan tangga. Namun hati aku terluka, kau tidak ku endah. Kau tidak lagi ku nantikan.

Harapan tuk melupakan gagal. Aku x mampu kerna aku rindu tuk melihat wajah yg pelbagai itu, aku rindu akan memek muka yang berwarna warni. Aku rindu semua tentang itu. Aku rindu kau wahai insan tingkap dan tangga. Tingkap kembali menjadi teman setia, menanti mu tuk kesekian kali... 

Biarpun hari berganti hari, minggu berlalu pergi.... Kenapa dia x muncul2 lagi. Yer... Kelibat yg semmgnya menyakitkan hati, kelibat yg membuat aku rasa jengkel n pedih hingga hulu hati, sudah tidak menampakkan diri. Tahun sudah sampai penghujung, tingkap itu akan ku tinggal pergi, tapi kenapa dia masih x muncul lagi? Mana dia yg pelbagai wajah pelbagai rupa? Mana dia yang suka membuat pelbagai memek muka, mana dia yang sering menjelir lidah mencari gaduh tanpa suara, mana dia insan yang hanya ku kenal pelbagai wajah, tiada suara, siapa namanya, datang dr mana? Tahukah dia, aku akan tinggalkan tingkap ini dan tidak akan lagi kembali. Kenapa dia x muncul lagi?

Mungkinkah esok atau lusa ada waktu tuk ku katakan padanya aku rindu akan dia. Adakah pintu masih terbuka tuk aku luahkan perasaan yang kian sarat yg tersimpan? Masihkah ada hari esok untuk aku mengenalinya? Masihkah ada hari esok untuk aku.......

Tuesday, April 28, 2015

Orang Baru...

Tanggal 7 Jan 2013; jam 12.53 pagi; bertempat di Bilik No. 5, Dewan Bersalin Spital Ampang lahirlah seorang lagi khalifah Allah dari zuriat me n my beloved B. Seberat 3.14 kg. The moment yang x kan dilupakan..... segalanya berlalu dengan begitu mudah.

Sesampai di ER, doc check.. terus tuko baju... terus doc suh kosongkan isi perut.. kosongkan apa yang patut... nek katil.. terus nurse tolak ke Deliver Room. Sepanjang perjalanan ke DR sempat msg kengkawan yang rapat update status "Atas Katil otw to DR" heheheheheeh.... sabo jekr ler...

Masuk DR, doc tanya macam2... tanya apa, seyes dah x hingat sebabnya dok focus berbalas msg ngan sesapa tah... boleh?? hahahah.. time sakit datang tuh.. dia kejung ler jap menahan sakit.. bila dah x sakit... boleh sambung balik bermsg. Sabo jekr ler.... Yang pasti, masa doc tanya kat ER tadi berapa cm dah buka, x sempat jawab, kebetulan masa tuh ngah contraction... so.. dr 5 ke 6, x sempat lagi doc kat kuarkan tangan contraction lagik.. lagik.. lagik.... n lagik... sementara nak menanti bukaan lebih beso, doc keluar tgk patient lain di bilik lain, tinggalkan berdua ngan bidan (nurse) jekr.... "Alamak, nurse.. cam makin sakit jekr nie.... cam nak kuar dah kot..." masa tuh dah stop men hp dah... padan muka... hahaha... n yes.. tepat jam 12.53 pagi, seorang bayi lelaki selamat ku lahirkan. Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah yang x terhingga ini.

Bila nurse tunjuk my baby, pantas jekr mulut nie bersuara "Aik.. baby saya ker ni?" Boleh pulak x percaya sebab apasal muka baby ni sangat putih... apasal mata dia sgt sepet? hahahahaha.. tetiba teringat sepanjang dok ngadung sibuk dok layan korea.. hamik... hahahah... someynya... n sedapnya bau baby....

Itu kisah 2 tahun lalu, kini, the baby that we call Mohammad Aariz Alwaz sudah pun berusia 2 tahun ++. Pelbagai ragam n karenah... dialah penawar segala sakit, pening n sedey.. dia jugalah penawar kesunyian. Sunyi ler sangat kan... hehehehe... All heroes in da house... Precious gift for me n my beloved B. Along and angah, n now here's come Alwaz... complete set team member tuk menambah suasana rumahtangga kami.

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa kita sedar, the boys grown too fast.... Love them all.

Menarilah semahu mu....

Lama aku tinggalkan ia usang x berpenghuni. Sepi.. sunyi... kelam... hambar. Kerana apa? Kerana kesibukan tugas yang x menentu? Kerana masa terlalu banyak dicuri? Atau kerana aku sudah x peduli?

Nope.... bukan itu jawapannya... Aku tinggalkan ia usang x berpenghuni, bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sepi bukan tuk selamanya. Aku tinggalkan ia sendiri kerana.... kerana tiada apa yang dapat aku coretkan walau sepatah. Kerna aku x mampu menyusun ayat walau sepatah kata. Aku x mampu tuk mencipta barisan dan susunan ayat tuk aku coretkan di sini. Kerana itu aku biarkan ia usang x berpenghuni dan sekian lama ia menyepi.

Perasaan, perasaan itu ada.. tapi ia seperti diawangan x mampu tuk ku susun bait katanya menjadi ayat coretan. Marah.. kecewa, seronok, gembira, teruja, sedih, terkilan.. semua ada.. bercampur-baur bak rosak pasembur layaknya. Namun... tuk ku hadirkan dalam bentuk penulisan itu yang x ku mampu. Hilang seketika semua perkataan dan huruf, Lalu terbelenggu sendiri mencari sesuatu yang x pasti.

Namun, diketika ini, entah dari mana datangnya huruf yang berlambak2... entah dari mana datangnya ayat2 menerjah ke dalam kotak minda mnta disusun. Susun lah bagaimana cara sekali pun. Susunlah ikut sedap jemari yang kan menari di papan kekunci... ikut lah.. ikutlah rentaknya.. biarkan ia menari semahunya... dan kita lihat apakah hasilnya... biarkan.. biarkan ia sendiri di situ meluahkan segala apa yang bersarang.. yang dia sendiri x tahu. Biarkan.

Semuanya sarat di kotak minda.. semuanya sesak bergelora di hati, membuak pelbagai perasaan yang sukar tuk dimengerti. Kenapa ini terjadi? jangan sesekali ditanya lagi dan lagi. kerana sudah pasti jawapannya... "Aku x pasti". lalu... mengapa harus ditanya lagi.

Berat kepala tatkala jemari masih ligat di papan kekunci, menekan satu persatu butang2 kekunci.... sambil mata sesekali terkulai layu... menandakan ahhh... beratnya perasaan ini.. beratnya hingga membuat minda ku kelesuan. Kata hati x selari dengan minda.. kata minda x sebaris dengan hati.. natijahnya aku sendiri x mengerti. Biarkan luncai dengan labu2 nya.. ayat biasa yang aku guna bila aku sndiri dalam keadaan tersepit begini.

Biarkan semua terus menjadi tanda tanya.......

Monday, May 27, 2013

Bubur vs gigi

Mampu ke nak makan bubur ni 4 hari berturut pagi, tghari n mlm? Mampukah? Hahahahahah... Saya mampu sebab nie jer yg mampu nak makan dek kerana gigi di godek dentist khamis lalu.
Bengkaknya mak aaaiiii... Hari nie pun x bapa nak surut lg. Esoknya terpaksa g klinik minta ubat tuk susutkan bgkak. Penangannya... Hamik ko 3 jenis ubat tahan sakit pelbagai warna n 2 jenis antibiotik pelbagai warna.
Hari pertama n kedua mak aaiiii... Bkan takat gigi yg digodek sakit... Satu mulut plus migrain. Anak2 bising pun rasa nak marah jer... Huhuhuhueeee
Cakap? Hahahahaha.... Hanya kedengaran angin2 kuar dr mulut smbil tersenget2 mulut. Uwwwaaaaaaa..... Next 2 weeks dtg klinik balik tuk complete kan rawatan gigi yg bergelar kernel root treatment. Rm600 melayang... Adoooiiii...

Sunday, May 12, 2013

Lovely mother's day gift

Wat a lovely gift from my kiddos n my beloved b. Thanks darling.... I love it so much.

To my mum, happy mother's day. U r the great mother eva. Thanks for ur guide, ur love, ur advice, n everything that u gave n did to me. Its too precious n luv u mum.

To my mother in law, happy mothers day to u too... U have a great son that now be my lovely hubby eva. Thanks...

To all mothers out there, happy mother's day to all of u... Have a great day n smile alwaz.

Monday, November 19, 2012

Tukar Angin....

Setelah hampir 6 tahun di jabatan n kementerian yang sama,, akhirnya berjaya menempatkan diri di tpt baru. Hari ini dalam sejarah, lapo diri di bangunan bersebelahan ngan bangunan lama. From KPKWM to KPKT... tapi ikut surat JPA, dicadangkan penempatan di Jab. Lanskap Negara di Jalan Tun Razak. Niat di hati nak balik Kl akhirnya tercapai. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah. Walaupun bukan tpt idaman namun ku pasti ianya adalah yang terbaik untuk ku.

Hari ini lam sejarah juga bila hanya dok melangut x wat keja. Datang Pepagi, lapo diri.... then dok sangap reramai kat lam bilik perbincangan. Lapo... pie makan.. balik makan, sambung sangap balik. Then diarahkan lak tunggu di library.. alahai.... surat penempatan masih x dapat2. Kalau dorang bagi penempatan selain dr tpt yang JPA info, kompem i kol JPA semula. Sian Mr. B yang dok menunggu, sudahnya i suh Mr. B balik jekr... x kan ler nak dok sangap gak bawah gak menunggu.

Esok tah ler.. x tau lagik either leh dapat penempatan or not. kalau kena tunggu seminggu cam gini.. mampuih ler... huuueee... hhuuuuuueeeee.. saya sangat letih, nak dok pun dah x selesa.. badan pinggang semua dah sakit2 belaka, alahahhhaaaaaiii. kenapa ler jadik susah gini... huuuee.. hope esok leh settle semua... erk...

To all my pren di JKM, gonna miss u ols... gonna miss all the moment that we shared together... miss all the moment that we create together.....

Friday, June 29, 2012

After 2 weeks...


 
 
After 2 weeks happily working, today suddenly feel so different. Early in the morning as usual vomiting is the normal activity. N once again, kuar jekr pintu lif di opis tepat wajib dilawati adalah toilet. But hari nie banyak sgt yang kuar dr perut til 4 kali muntah ijau kuar. Aiiyyooorrkk.. tuh pun still nak kuar g but nothing dah yang mampu tuk dikuarkan.

Ulang aik toilet tuh perkara biasa bukan sahaja mintah but buang ayo kecil.... biasa ler preggy mummy nya aktiviti. Lam kul 10 tadi, nampak ler skit cam darah merah skit yang dah pun meresap kat ujung pantiliner tuh, biao kan jerk lah... hoping x der paper. 

But then, bila dah banyak sgt jalan kuar masuk opis g photostat bagai kat bilik fotokopi yang mak aii leh tahan jauh letaknya.. plus ngan berdiri kemain lama sbb wat copy lam kuantiti yang banyak with muka surat yang banyak.... terasa ler skit2 lenguh n sakit2 kat bawah perut. Just ignore jekr... n as at 12.00 noon, again went to toiler bladder, jeng..jeng..jeng... cam pernah ku lihat warna2 yang ada di pantiliner ni. Cam warna2 yang kuar di awal 6 minggu preggy rie tuh. Now baru 11 minggu. Plus sakit yang bit semakin terasa... 

bahan nak di copy x siap g.. so berdiri lah lagik tunggu til its done.. n terhegeh2 ler bawak all those docs n ring filer ke bilik bos. Sambil bagi all those docs sambil tuh jugak minta kebenaran balik awal nak g spital. X per jelaskan lebih lanjut n dia mmg sedia maklum... terus jer bagi kebenaran n borang tuh dia inta timbalan dia sign sbb dia jap g nak balik n terus fly ke langkawi. 

N now.. while waiting my b abih solat jumaat n from kl- putrajaya... menghabiskan kerja2 yang sedia ada so that petang kang sapa yang ganti kat sini x pening. Sapa lagi pun nak ganti.. Sharifah jerk yang tinggal.. n tuh pun mak buyung gak... adoooohhhaaiii.. rasanya.. mmg x de ler nak g amik surat kat pigeon hole kat atas tuh... tunggu senin lah....

Thursday, June 28, 2012

The Lime




Pejam celik, pejam celik dah 11 weeks upanya. Next week dah 12 weeks means dah 3 bulan. Fuuyyoo... alhamdulillah atas kurniaan n nikmat dari -Nya. So based on the article.. now the baby size is like a lime.. alahai.. cute nya.. tecik comey jekr.. tapi naper peyut ummi cam beso? huuuueeeeee..... x per.. x per.. yang penting baby sihat k. The sickness become worst n wrost n worst. ingatkan makin better tapi mungkin itu hanya mimpi sahaja. Huuuueee.....

Aktiviti wajib sampai jekr opis.. kuar pintu lif mesti g wat lawatan ke toilet. Kalau toilet kotor.. mmg membebel sepanjang hari... sempat lagi nak bebel. Kalau muntah pun alahai.. bukan kuar apa pun... kuar air.. kuar lendir tuh jerk.. paling x tahan kuar air yang bewarna hijau... hah.. nie yang orang kata muntah hijau nie... huuuueee... pahitnya subhanallah... sungguh x dapat ku bayangkan... but serius.. lepas muntah other than rasa lega.. amik ko.. rasa penat n mengah cam baru laro 500m lagaknya.

Kelmarin tetiba teringin nak makan cekodok bilis... so petang tuh, menguatkan semangat g beli barang dapur n terus bancuh bahan. Hanya sempat bukak tudung n jam tangan sahaja. But then, sudahnya Mr. Hubby yang tolong abihkan menggoreng. hahaahahaha.. yang pasti puas hati. Cekodok bilis campur bawang n asparagus. Terbaik lah....

As at hari nie kerja nya dok makan nasi ayam for lunch. Dah x der makanan lain yang menyelerakan kat Cafe nie. Bohsang lah jugak but nak wat camna. Apa yang pasti, alhamdulillah boleh lah makan... 

Ya.. next week ahad appoint ngan doc... so kita tgk apa result nya lak ek. hehehehe.... but Mr. Hubby dunno either g jd g training or not. Hope x jadik ler. ahak. 

My condition now kadang ok kadang x. Kulit semakin kering. Boh lah losyen sepanjang masa but still the same. Pedih2 rasanya.. nak2 kat tapak tangan n kaki... aduhhaaii. Nak kata x cukup minum.. ulang alik toilet jekr kejanya. hmmm... ti try lumur ngan olive oil lah... huuuueeeee...

Perut semakin membesar.. tah bila nak ada maa tuk g shopping baju baru. Nak pakai baju kurung boleh, x ler masalah but.. tang kain yang x tahan tuh... zip bukan takat separuh zip jekr.. suku zip pun udah... kalau zip longgar n rosak.. silap2.. kain leh lucut.. aiiyookkk... bahaya.. bahaya... huueee... hope ada masa tuk dicuri bagi saya bershopping sakan. Heehehehehehe... oret jumpa next coretan.... daaa....




Tuesday, June 19, 2012

The Prune




Fuh.... dah 10 weeks upanya. Ingatkan masih 9 weeks. Orang tanya dah bapa bulan... dok sibuk ler jawab 9 weeks upanya 10 weeks. Heheheeh... sungguh cepat masa berlalu. Alhamdulillah syukur atas nikmat-Nya ku masih bernafas hingga kini. Ku masih mampu berjalan walau x selaju mana.. walau x selaju seperti selalu. Walau tiada lari bunyi derap kaki berlari walau lari anak, namun ku bersyukur ku tetap diberi nikmat tuk terus bernafas n sungguh bahagia di sisi orang2 tersayang.

10 minggu yang ku lalui terasa panjang juga kadang2 tuh. Morning sickness ku x rasa bagai morning sickness, lebih tepat kalau diberi nama whole day sickness. Datang opis kompem lambat 10 minit, paling lewat lah tuh. Muntah kompem2 sepanjang jalan, walau mata terpejam kunun lena upanya tidak selena mana. Plastik, air mineral, kismis mmg menjadi teman setia.

Khamis yang lalu demam panas, mc ler sehari lagi menggenapkan seminggu mc tuk minggu itu. Hari nie, hari kedua masuk opis setelah seminggu bercuti. Bukan seronok pun, kalau dulu asal cuti men bowling, lah nie cuti terdampar di sofa semata2. Fuuuhhh.. dugaan n ujian Allah pada hamba-Nya du ikhlas terima.

Kulit kelihatan semakin kering kontang. Nakkata x cukup minum air, banyak dah air ku minum sampai ulang alik ke toilet... hhmm... nampak gayanya terpaksa ler beli losyen spare letak kat opis. Kaki as usual mmg cramp manjang. Duduk lama pun leh cramp... camna tuh. Belakang n pinggang jangan kata ler camna sakitnya. Redha jekr ler... pasrah kepada Mu Ya Allah akan kesembuhan... Huuuuuueeee....

Smlm dah belasah mee hailam cik wati yang dah lama diidamkan. Tapi sayang, x sempat nak hadam mee hailam tuh kuar balik. Hmmm... makan ler nasi pulak kat umah ibu. Alhamdulillah x der kuar balik.

Hari nie, lebih kerap nampaknya memuntahkan apa yang ada (walau dah x der paper pun nak dimuntahkan). terima jekr seadanya. See how lah, hope leh bertahan sementara menunggu esoknya. Walau lots of work tapi x tension sangat alhamdulillah.... yang penting happy.....

Rasberry to Green Olive



Had Dr. appointment on 10th June, Sunday at DSH. Penuh debaran hopefully baby ok. So far, brown spot dah x kelihatan but as usual pangkal perut kompem bisa n sakit lebih2 lagi bila berjalan or banyak berjalan. 

With 3 lovely heroes, My B, Amiirul n Amsyar bertolak lah kami ke DSH. Ramai gak orang upanya datang tuk wat check up. Myself lum lagik official check up. Bila ek... nnti nak terus wat kat sini or kat AU2 jekr... hhmmm.. tgk lah camna.

Giliran 7012 kalau x silap, akhirnya giliran pun tiba. Cam biasa dr tanya perkembangan bout my brown spot n my body condition. Time nie leh macam2 soklan ku hujankan pada doktor. Al-maklumlah.. jarak new baby nie ngan Amsyar 6 tahun jauhnya. So rasa ngandung dulu2 hampir2 lupa.

Jeng.. jeng.. jeng... scan peyut yang kian menampakkan buncitnya. N... waaahhh.... so cute tgk the baby. N nampak denyutan jantungnya. Alhamdulillah, baby ok... semuanya normal. Another 4 days mc to make sure everything okess n yaa.... rest n rest n rest. Amsyar n Amiirul teruja gak tgk baby lam perut. Heheheheh.....
See my little cute baby 8W 6 D

Yg nie x bapa nak nampak sangat coz terlindung ngan tulisan







Balik dt DSH, g jusco makan.... makan... makan.. n makan. Sempat gak beli sehelai suar maternity n blouse maternity. Shopping time.... 





Thursday, June 7, 2012

Kursus PASCA Akrab KPWKM




Sangat teruja tatkala penyelaras membentangkan cadangan nak wat PACSA AKRAB bulan 6 nie. Saat yang ku nanti penuh debar. Satu berdebo bos bagi pergi ke idak.... second berdebar nak lajo menda nie. Sbb bukan senang tuk dapat peluang sebegini. Katanya diakhir kursus nnti, leh dapat lesen. Sapa x nak kan... n ini lah peluangnya. 

Ops, lupa lak nak citer apa kesnya PASCA AKRAB ngan lesen kan. Cos lam Kursus PASCA AKRAB nie diselitkan kursus SEFT (Spiritual Emotion Freedom Therapy). Maklumat lanjut ada saya postkan kat tag Rahsia Sebalik Rahsia.

Nak dijadikan cerita, instinct ku mmg x pernah menipu, bos x bagi pergi sangat2 kecewa bila bos minit PA, tidak dibenarkan pergi. Dia mmg x bapa gemar kalau staff dia g Kursus2 yang x bapa nak ada kena mengena ngan keja. Tapi kadang2 menda2 ini lah yang kita cari to build up our motivation, knowledge n skills. Tah la... dia nie lain skit, dia boleh orang len x boleh. Sangat kecewa bila peluang dah depan mata but still  x leh nak pegang. Kata orang rezeki xder kan. but dunnolah kalau ada peluang kedua... but sure x mungkin kementerian akan buat kursus yang sama dua kali under AKRAB. Hmmmmmm.... sedeh n touching nie. G pun first day tu lak ada meeting AJK Induk n me as Secretary... haaiiiyyookkkk.. camna tuh. 
 
Me nekad nak g, so plan to take MC 3 days. Kalau dapat seminggu g bagus cam rie tuh. Bio bos wat keja sendiri. Nie kira idea jahat ler nie, first time nak wat. Tapi bila pk2 balik my condition now... hhhmmm... cam x leh nak blah jerk. Even kalau dapat MC seminggu... cam mmg dok rst kat umah jekr... hati cam berat lak nak pergi.... hmmm.. see how lah nnti.... erk... but sayangnyaaa...... uuuuuwwwaa....

Permulaan Destinasi 9 Bulan



SEtelah sekian lama ku menyepikan diri dari tempat persembunyian ini bertapa kat tempat lain, Now m back mengisi kesunyian n kesepian tempat persembunyian yang sekian lama ku tinggalkan. Fuyyyyoo.. lama giler menyepi. Banyak cerita yang nak dikongsi namun apa daya tiada pernah berkesempatan tuk berbuat demikian. Banyak cerita, banyak kisah, banyak peristiwa yang terjadi. Suka duka, pedih jerih semuanya lengkap memenuhi ruang kehidupan yang x pernah sunyi dengan peristiwa2.

Apa pun, kini ku kembali dengan pala yang x bapa nak centre... ting tong ting tong bunyi nya. Keletihan yang melampau, Kesihatan yang x bapa nak baik sejak menjak ini upanya menyimpan cerita yang tersendiri. 6 tahun feel free... jeng..jeng..jeng.. rasa n perasaan itu kini kembali lagik. Walaupun agak berlainan namun permulaan cerita agak kelihatan sama.

Sekali dua menguji bagai x percaya. Masuk kali ke-3 ujian di Presint 9, Putrajaya, Khamis 24 Mei.. nah.. hamik ko.. x caya lagik. Tapi penyampaian x bapa dramatik langsung. X besh langsung. Duduk diam di kediaman bertemankan kekasih hati. Nak wat apa pun x leh... haaaaiiiissshhhhh... sekuat mungkin mengumpul segala tenaga yang ada, mengumpul segala kekuatan yang bersisa. Jumaat terbongkang terus rehat katanya. Weekend yang begitu membosankan. Nak berjimba pun kekuatan yang ada x seberapa, maka atas sofa depan tv lah jawabnya. Lepas satu cerita ke satu cerita. Akhirnya VCD Prince Of Tennis juga yang menjadi idaman walau berpuluh kali dah ku tonton. Ryoma Echizen.. Ryoma Echizen, Tezuka Kunimitsu... Tezuka Kunimitsu... haaaaiiiissshhhhh...

Pagi Senin, 28 Mei menikmati nasi lemak MAkcik Yah ngan sambal paru...perrghh... terbaik sungguh. ANtara larat dengan tidak ku kuatkan jua semangat yang tinggal, nah... mengisi selera yang menggila Salmon Tempayaki.... yummy... Jusco AU jadi destinasi utama. PErut yang sudah diisi tidak lagi bernyanyi riang. Diam tertib tanpa berbunyi..... Jam 2.30pm Damai Service Hospital jadi destinasi utama. 7002 yer kot kalau x silap number nya. Sabar menanti penuh debar... dup dap. dup dap bunyinya. Akhirnya bila number sudah tertera penuh debaran melangkah masuk. 

Setelah semua cerita di ceritakan... hah.. berbaringlah di atas katil di sudt bilik yang kecil itu. Cecair yang sejuk mula menyucuk perut... aiiyyyaaakk.. n... waaaaahh tomeynya ku lihat kantung baru nak jadik. Heheehehhehehehe..... Alhamdulillah... Di akhir perjumpaan... atas nasihat yang diberikan berdasarkan cerita yang ku ceritakan... Hamik ko.... sorry lah bos, Dr suh dok umah seminggu.... heheheheheheh.... tiada lagi stress yang bersarang... amannya... ingin ku berehat tenang.

Sepanjang- panjang masa ku berehat tanpa berbuat apa2. Fuuuyyyoo.. lama x rasa cam nie, telefon pun x ku hirau, malas... sms x ku balas... malas katanya. Sepanjang holiday yang panjang.. VCD Korea yang jadi taruhan... hahahahaha... terbaik lah. Makan tido n tgk vcd kerjanya....

Kini, hari ini... masuk 4 hari aku bertugas semula. Haduuuhhhhaaaaaiiiiii... letih.. stress mula bersarang kembali. Pala pusing2 bagai gasing lagaknya namun ku tahan jua. Berjalan pula bagai itik pulang petang, makan x mampu lah tuk ku pilih2, hanya makan apa yang ada sekadar mengalas perut agar kesihatan terjamin. Tekak yang loya ku jamu kismis semata.... haaaaiiiissshhhh... masuk hari ke-4, keletihan yang amat ku rasai semula. Pagi2 sudah menjadi penghuni tandas... uwek2 mengeluarkan hanya cecair putih kerna isi perut tiada apa. Loya ku makin menjadi... Pusing kepala ku semakin menggila. Hampir sahaja lantai tandas ku jadikan tempat tidur... kederat yang ada ku pertahankan selagi mampu.

Alahai toilet naper lah jauh sangat. Terapi menghilangkan stress... di sini lah tempat tuju ku. Mengharap agar loya yang ku rasa, pening yang ku ada hilang serta merta. Itu hanya harapan. Namun harapan tinggal harapan... aiiiyyookkk.. cam mau kuar isi perut.... Apa pun, pagi nie ku bernasib baik kerna aku lah bos aku lah pekerja.. hahaha... heaven... heaven.. semua x yah masuk pejabat pun x per.. hik..hik..hik..

Cukup lah setakat ini dahulu kisah ku. Kisah dipermulaan cerita yang mungkin akan berterusan nnti... hehehehe.. addiiiooosss...

Monday, March 12, 2012

Dear MySelf.. Dear Dear...

Not even 5 mins after i receive ur sms, i did reply back ur email that u sent. n on the spot i did add up watever that u want. Last week, u did gave me a draft n u asked me to compile it as a report n make sure that report easy to read n understand. Yes i did it as usual... n u like it... n u know that watever rubbish u gave, i will polish it from rubbish became gems. I will follow you as i can... i try to understand u as i can... as long as i can stand still i will try my best.. but me as human just an ordinary human still have a limit.... as long as the limit is not beyond wat it should be, then i still be here silent... Ya Allah... i need you... gave a strength in all wat i do... do pull out the strength n spirit n soul n the patience from me.....

Thursday, August 11, 2011

CinDereLLa KemBali Daa....


 

 CindereLLa kembali beraksi. 
Sekian lama cinderella mendiamkan diri, menyepikan diri n membatukan diri kini cinderella kembali lagi tuk beraksi.Biasalah... time2 tersadung gini baru ler muncul cinderellanya, kalau idak.. x de makna cinderlela nak muncul. Tapi bagus gak kalau muncul sekali sekala. But kali nie cinderella nekad akan sentiasa jadik cinderella. Hati kering sudah ma.. tuh pasal ler....



Ryoma Echizen vs Otomen
Pergh.. nampak ganas kan. Macam n nampak jekr ganas.. tapi x ler ganas mana pun. Luaran mmg giler nampak ganas tapi hakikatnya hati kat dalam.. jiwa kat dalam.. aduuuhhhaaaiiii.. Fragile beb.. Fragile...  Try gak tuk tidak menjadi terlalu fragile tapi apakan daya kita hanya merancang... cuba2 pun x leh gak.. try2 p pun sama gak x der pun berubah. Tah bila nak berubahnya tah.


Cinderella oh Cinderella
Apa pun rintangan, apa pun dugaan yang datang cinderella tetap tabah. Skit pun x der nak kecik2 hati nak amik2 hati kan. Bagus tul. Tabah sungguh dia. Pergh.. tabik lah. Luaran nampak alahai.. lemah lembut gitu... dalaman sungguh kental menerima segala dugaan yang datang. Cekal hati si cinderella menghadapinya walau yes.. mmg pahit n pedih tapi sekurang2nya cinderella mampu mengawal emosi yang pelbagai. Camna ek nak jadik cam cinderella??


Otomen--> Ryoma --> CinDeRella
Episod terkini bermula dengan penuh tragis. Tapi x der ler tragis sangat pun.. saja wat gempak kunun nampak cam tragis. Huuueeee... Oleh sbb hati tersangatlah rapuhnya... mula lah.. mulut mmg diam x berkata paper.. tapi mak aiiii.. perbuatan... pergh. tau dah.. mmg tau dah marah.. mmg tau dah x puas hati.. mmg tau dah kecik hati n segala hati yang ada. Tgk dari cara perbuatan yang ditonjolkan tuh mmg dah tau dah. Pemberontak lah katakan.. gitulah cara ditunjukkan walau tanpa kata2. isk..isk..isk..isk...

Buruk bebeno rupanya kalau dah merajuk n tunjuk perasaan. Degil jangan cakap lah... degil jer pun.. x der ler keras hati.. hati x keras ma... lelama lembut gak... cuma amik masa ma... Otomen mana leh paksa2... kalau paksa2.. mmg dilawan jugak... Ryoma lak.. mmg diam.. diam2 dia sekali berkata2 menusuk kalbu gak tuh... x yah kata2 pun x per.. perbuatan jekr pun dah leh tgk... tuh yang baiknya jadik cinderella.. marah2 pun diam.. marah2 pun x der ler nak memberontak nak melawan.. x gitu.. dia ikut.... jekr.. buat jerrrr... kan..kan... Sbb dah bertuko jadik cinderella lah segalanya pun bertuka... perghhh.. licin... masuk hari ke-3 jadik cinderella.. x tau nak wat per kan... Ileks jekr... semua keja siap... nak wat per lagik.. hehehee... apa pun, hari nie masuk hari ke-4 cuba tuk jadik cinderella... cayok.. cayok.. semoga usaha ini sampai bebila...  huuuueeee.... tapi jadik Cinderella.. hati kering aarr...

Thursday, August 4, 2011

Gigi Oh Gigi!!!!!




Betul ler orang kata, sakit gigi lagik seksa dari segala sakit. Ku menanggung seksanya dekat 2 minggu.. break jap seminggu x sakit.. tup2.. senin rasa cam aaduuuhhh.. x mampu tuk ku bertahan... nak2 bila sejuk... Balik opis senin tuh, makan ala kadar.. mandi2... then terus tido.. serius x larat..... 

Nyut.. nyut.. rasanya.. tolong ler bagi penampo kot2 kalau leh hilangkan rasa sakit n ngilu yang ku alami. Sungguh x mampu tuk ku lalui hari2 ku. Selasa seawal pagi bangun, sms bos mau g klinik... mandi2.. then menonggeng sementara tunggu Mr. B anto anak2 ke sekolah. Waaaddduhhh.. mana nie.. cepat laahhh.. x larat nak tunggu dah nie....

Mr. B balik, jam belum pun menunjukkan kul 8.30. klinik gigi mana der yang 24 jam. Uuuuwaaa... kol klinik yang selalu Mr. B pegi, kena wat appointment.. ada ler kosong for 1st appoint. tapi mana larat weeii mau tunggu kul 10.30. Sudahnya ajak Mr. B g Wangsa Maju, ada 1 klinik gigi kat situ... sampai situ.. uuuwaaaa... close... sedey wei.. sedey... Mr. B cadang g Melawati lak. Melepek ler lam keta... sampai kat depan klinik, tgk cam ramai jerk... pusing n stop jap.. kol balik klinik memula tuh.. sekali.. uuuwaa.. tidak.. mama.. tulun.. tulun.. dah ada orang booked lah pulak.. adddooiii.. jiwa ku semakin tertekan. Pusing balik depan klinik Nooriah.. nekad... masuk klinik pendaftaran n tanya kot2 kena wat appointment.. katanya leh walk-in.. yes.. yes.. yess... at least kureng skit beban sakit walau belum pun jumpa dr.

Masuk surgery room.. giler sejuk yang cukup menyengat plus sejuk nebes... nie serius nak gtau.. bahwasanya saya tidak suka jumpa dentist..... tapi dah terpaksa.. ooowwhhh.. ku relakan dalam keterpaksaan. huuuueeee.. Muka giler pucat dah... x leh nak bayangkan sepucat mana... huuueee.. baring saja di atas kusi tu serasa ku duduk lam peti es... serasa bagai ku hilang dr dunia ini. 

Cek apa prob...  aku rasa semua jekr sakit... semua semua semua gigi ku sakit. huk..huk..huk.. merengek cam budak kecik lagaknya diketika wat scaling...  mak aaiii.. hanya Tuhan yang tahu betapa kelopak mata ku pejam sekuat hati... ku ketap mata... jari jemari ku genggang erat sambil kaki dok terangkat... aiiiyyookkkkk... in olang pun ada kaa.. huueeee.... giler lama duk lam tuh.. huue... leh lak men cop.. cop.. take 5 bagai. huuuueeee.... ngilunya x dapat nak ku gambarkan.. hingga kini ku masih terasa kengiluannya itu.. aaaaaaaarrrggghhhhhh!!! terseksanya jiwa dan raga ku.


Lam kul 11.00 lebih baru kuar n bayo... hamik ko.. RM400.. huue.. biarlah dari aku ulang alik tanggung sakit berkali2 biolah wat semua one shot.. duit leh cari. Sungguh mmg sungguh x sanggup ku hadapi kesakitan iin lagik. UUUUUUwwwwwaaaaaaa...... til now aku masih seram sejuk nak kunyah makanan dengan sepenuh hati. x kan nak kena berulang balik kat klinik gigi ttuuhhhh... oowwhh gigi.. tolong lah.. cepat lah baik... saya nak makan pun paham.. saya x mo g klinik gigi lagik.. tolong.. tolong.. huuueee...

Sukan Inter-Agensi KPWKM 2011




Setelah bertungkus-lumus selama hanya 2 minggu tuk wat preparation for this event, akhirnya tis event berakhir dengan jayanya. 2 minggu kuar masuk meeting... 2 minggu gak my schedule giler tight ngalahkan my bos schedule.. dok ulang alik PLPP bagai.. balik malam.. cam x der umah.. pergh.... sabo jer ler.. segala usaha berbaloi juga lah. Waahh!!! Cam lah kita nie penting sangat kan... walhal... hahahahah... one of urusetia jekr... toing.. toing... toing... urusetia pung....


sehari sebelum waktu kejadian, x leh nak kata per lah bznya. suppose kena g PLPP awal pagi meeting kat sana.. terpaksa postponed coz ada urusetia lain x leh nak g ada program lain lak.. kul 10 baru leh g bangi... kunun lah kul 10.. x der maknanya. Me lak, my bos hanya lepaskan after kul 11. Hahahah..... langut ler siapkan apa yang patut.... keja dah siap kul 11.. still x leh g gak... hahahaha... urvan lak rosak.. kena masuk bengkel.. hampeh..... Frontier lak dah gerak angkut barang bagai.... ngan papan karomnya... ngan goodiesnya. So... tunggu ler kami2 semua sampai urvan siap dibaiki... jenuh. My Bos lak, "aik, x pegi lagi?".. sabo jekr ler... but x derl er dia kaco sangat pun bila keja2 semua me dah settlekan. Hehehehehe... n of coz ketua biro sukan dah tinggalkan amanat kat myself before dia gerak dulu ke PLPP coz nak wat persediaan venue kejadian. Banyak kena setup. Antara amanatnya.. jeng..jeng.. jeng... me kena tunggu KPWKM anto cek plus ngan baju2 tuk sukarelawan esok. Toing.. toing.. toing.. menda simple jekr tuh.... Then, g Pertama amik hadiah2 yang ditempah.


Dalam pada masa yang sama, dok berutus email n sms ngan Mr. ID bout cek.. bout baju.. plus bout persiapan semua. Huuuueee... n dalam masa yang sama gak.. En. S pun kol me gak bout duit.... uuuuwaaa.. y me.. y me.... sabo jekr ler.... x per lah...dah selesa kot nak berurusan ngan me.. so.. urus jekr ler paper yang patut. Plus pulak ngan Cik M n En. E calling2 bout tentatif plus goodies... Huhuhuhuhuh.... Tentatif settle, Jemputan settle, cek settle, baju settle.... Me nie kira pemudah cara jekr... (ceh poyo).. hahahaha... Time for me to amik piala... kol driver tuk singgah amik kat pertama.. dia suh aku amik lu.. takut lambat sampai coz dia dr bangi... first trip... aku?? aku yang kena hangkut piala tuh? huuuee.. okess.. alasan.. ala.. x kan amik piala tuh pun nak kena tunggu depan kedai... pompuan pun leh angkat n wat keja per.. okesss.... fine.. malas nak cakap banyak.. but memikirkan tangan aku yang still injured.. n AJK lain cam x wujud jekr.. so.. x per lah... aku g sendiri.. but alhamdulillah otw tuh terserempak ngan si comey n sweet ISO.. dia lah jadik mangsa.. kami berdua lah berjalan kaki ke Pertama hangkut piala tuh.

Uuuiiisshh... mana der banyak pun.... piala tuh x berat mana pun.. x beso mana pun.... ada lah lam 9 piala semuanya.... tinggi paras lutut atas skit lah... plus ngan piala pusingan yang dok lam bekas kaca perghhhh.....kendong ler kami berdua berhuyung hayang.... Lelaki pupus sudah... huuueeee.... x per.. pompuan bukan x leh angkat.. ala.. setakat piala bapa kerat jekr kan.... huueeee...siap semua masukkan lam Frontier then gerak....

Sungguh lah x besh bila nak wat keja berat pakai baju kurung... so.... salin baju siap2... n memula kan tugas. Wahhh.. terujanya aku bila tgk court vball wanita.. hahahahah.. lelaki men luar dewan.. wanita men lam. siap keja angkat mengangkat meja pengadil n kerusi player kat venue2 yang berkaitan.. so.. time tuk tuluun ISO mengikat... mereben hadiah2. Sampai ke malam baru siap. Huuuueeee.....

Hari kejadian pun tiba.. jeng..jeng.. jeng...


Penuh debo penuh suspen.. pergh... sampai jekr kat kompleks sukan PLPP, mak aiii... ISM ngan coaster nya... siap khemah g tuh... mak aaiii.. semangat.. semangat...  KPWKM.. waaahh.. bukan men lagik.. YKN... JPW... LPPKN pergh.... semua bersemangat... penuh warna warni n semangat kesukanan memenuhi segala ruang angkasa termasuk kat darat jugak.... huuee.. ada kena mengena ker?




Sedikit kelam kabut di meja pendaftaran.. haha.. dah ku bilang.. dah ku pesan.. x mo dengo.. nak wat pagi nie.. hamik korang.... kan dah kalut... semua nak balik awal.. kunun leh siapkan pagi.. hah.. tu lah.. tu lah... sabo jekr ler... huuuueee.. bantu apa yang patut.. n game semua start serentak...

toing.. toing.. my team kena first game for vball.... rasa cam nak terkucil beso n kecik.. segalanya ada.. Time tuh gak pertu rasa lapo lah.. kecut lah.. n bila tgk referee.. huuuee.. lagik ler... aku dah mundar mandir dah tepi court... bengong tul.. cam lahx penah game kan... sabo jekr ler.. weeii.. nebes dia lain tau.. huuee... apa pun... mmg giler kekok men ngan YKN... tah naper tah.. semua serba x kena.. but sib bek menang.. huuuee...

Team VBall JKMM- Naib Juara jer

LPPKN Vs ISM



KPWKM

YKN

ISM


Selain Vball lelaki n wanita, antara permainan yang dipertaruhkan adalah netball, badminton berpasukan, futsal lelaki n wanita, ping pong berpasukan, karom, and dart. Semuanya bermain secara liga.... puas hati arr men. PAsukan yang bertanding di bawah agensi KPWKM adalah KPWKM + NIEW, ISM, YKN, JKMM, JPW dan LPPKN. Dari pagi hingga lah petang... n game paling last adalah badminton. Sungguh sengit sungguh perit. Yang mana lawan kat padang mmg gelap gelita ler kulit mereka di bako sang mentari. hahahaha.. Oleh kerana my game hanya vball n kebetulan lam dewan.. so. lepak jekr ler lam dewan n sesekali ke court lelaki tuh bagi sokongan.


JKMM Futsal (W) Team... Juara Tuh...

xtah lah Futsal team mana...

JKMM Vball (L) team

LPPKN vs KPWKM

KPWKM

JKMM


Nie nak citer bout ref vball, datang khas dari akademi vball atm.. huuuuee... muka serius memula beb.. cam nak telan orang jekr.... tapi bila lelama.. hahaha.. sabo jekr ler... sekepala.. ceh. Paling x bek kan.. adaka sorang ref nie sambil mengadili.. sambil gelak2 kan team yang lawan. Adulahai.. oleh kerana kami nie men lawan adik badik... x de maknanya ler nak serius.. nak2 team aku ngan JPW.. siap leh gelak2 bagai lam court.. pengadil.. jangan cakap ler... kalau control gelak x per.. ini tak.. dia pun bantai barai sekali gelak nya. Apa pun we have fun.


Vball Ref Nizam


VBall Ref Mizan

Majlis penutup dirasmikan oleh KSU sendiri... n she was impress n diumumkan acara ini akan dijadikan acara Dwi tahunan.. kalau x silap aku.. kalau silap.. means acara tahunan.. so its continuously x der ler just stop kat situ jekr. Kemenangan diraih oleh LPPKN yang lebih 1 mata jekr ngan kami.. adduuhhh.. frust siiiooott.. yang pasti team kami punya tpt dalam semua acara yang dipertandingkan. Sangat suka maaa... hehehe... so.. itu lah sedikit sebanyak corat coret Sukan Inter-Agensi KPWKM Tahun 2011. Jumpa lagik tahun akan datang.....hope lebih meriah lagik....



Hidup JKMM

JKMM Team with KSU, TKSU n KPKM

JKMM team with YDP KSK n KPKM

Penangan Masquerade 2010

Rasanya citer nie dah basi coz ianya berlaku akhir tahun 2010. X berkesempatan tuk bercerita berkongsi, lah nie baru ku ketemui kesempatan yang ada. Maka dengan pantas walau x berapa nak pantas ingin ku coretkan sedikit sebanyak mengenainya.....

First time dapat task nie.. pergh... rasa cam nak nangis. Sebelum Masquerade, ianya adalah East Meet West. Penin pala nak memikirkannya. Kenapa aku? Persoalan yang mmg akan ku ajukan tuk kesekian kalinya. X der orang len lagik ek? Ker smmgnya dah tercop kat dahi aku title "Lain-Lain Kerja Dari Masa Ke Semasa". Bih kureng aarrr.... walau pun menda nie aku minat.. kompem mmg aku minat... mana tak nya dari aku umo 4 tahun aku dah bergelumang ngan minat ini. BUkan sejak azali ek... dari umo 4 tahun... 4 tahun jer... bukan kecik mana pung. Huuuueeee.....





So... apa jadik??? Bila dapat task East Meet West, First of all yang memeningkan pala otak aku yang sedia berserabut n berselirat adalah mencari mangsa2 tuk turut serta. Mmg kerja giler bila masa hanya x sampai 1 bulan. Dorang mmg suka wat keja giler cam nie... n pelaksananya selalunya mmg akan melibatkan aku. Nangis kuar air mata darah sekali pun mmg task nie dorang bagi kat aku.

Ngan rasa x bersalah, aku senaraikan nama2 mangsa aku. nak cari 6 lelaki, 6 pompuan. Mana aku nak cari... pepandai ler aku. Kebetulan mmg aku ada group yang sukarela join tarian cuti2 1 malaysia, so.. mmg mangsa2 ini lah tuk aku tarik menjebakkan diri tanpa aku bertanya dorang nak or x nak. kalau x nak.. mmg aku paksa. HAhahahahaa.. (gelak jahat..) Yang pompuannya aku settle dah.. kecuali sorang jekr aku x mampu nak cukupkan koleksi.... yang lelaki.. mmg bermasalah. mmg paksa kecuali sorang.. terpaksa aku kol tuk import dia menjebakkan diri. Kompem mmg dia suka nak menjebakkan diri n aku juga minta dia cadangkan seorang or dua orang tuk turut sama. Beberapa nama yang dia bagi n aku tinggal nak pilih jekr.

Setelah puas dok berperang ngan gerak hati sendiri.... lengkap sudah senarai mangsa2 yang akan terjebak n terjerumus. Puas hati!! N aku yakin ngan group ni. Alhamdulillah mmh semua sporting abih.... and dalam kalut mencari lagu tup2.... manager kami kata tuko.. from  East Meet West tuko ker Masquerade. Perghhhh... Hamik ko.... termenung jap ler nak memikirkan....

Hari pertama latihanbermula penuh kepayahan. Addduhhh... Susah upanya nak nari tarian moden n ballroom style nie... pergh..... suh jalan cat walk.. aku berkawad... giler kena gelak.. n puas ler pektis n pektis. Masa yang kami ada tuk wat latihan.. hanya 24 jam jerk... means.. 1 hari.... bio pun kununnya ada 3 minggu lagik. Kunun ler... tolak itu ini tuh yang tinggal 24 jam jek. Nak x nak...akan kami laksanakan task nie dengan jayanya. Insya-allah.... berkopbar kononnya.. walau aku nari tah paper n cam kawad pada mulanya.. aku sendiri tgk pun nak glak... giler buruk!!!!

Bertungkus-lumus penuh kesungguhan semuanya. Memasing x lokek saling membantu.... n tibalah masa yang dinanti... kami persembahkan.. Masquerade di pentas Malam Gala KPWKM 2010 tuk julung kalinya..... Hahahahahaahahahahahahaha..... akhirnya... kami laksanakan tugasan kami sebaik mungkin (yang tuh yang kami rasa lah). Kamio beri 200% membuktikan kepada semua.... komen either yes or no kami laksanakan tugas dengan cemerlang... kena ler tanya mereka2 yang menjadi juri.. baik juri awam maupun juri proff.... huuueeee..... Yang pasti kamu cukup berpuas hati.



Hasilnya... lepas dari Malam Gala tersebut, kami diundang tuk buat persembahan yang sama tuk majlis perkahwinan anak manager kami. Erk..... oleh sebab KPKM kami x berkesempatan tuk hadir malam tuh, kami tunaikan permintaan manager kami. Sekali lagik dipersembahkan walau pada awal persembahan ada masalah teknikal.... huuueeee....




Kunun nak menutup tirai 2010 dengan Masquerade upanya mmg x mampu tuk kami tutup tirai tersebut bila jemputan tuk kami di Malam Jasamu dikenang... Aduhhhhh..... Bengkok.... Bohsang sbb menda yang sama... lam tempoh masa yang sangat singkat. N 2 hari sebelum Majlis ulang tahun KPWKM.. hamik ko.... kena wat juga sekali lagik..... Petang di PWTC malam di PLPP.. mmg kami bengkok. Gile penat yang teramat.. tanpa rehat yang cukup.. but apa pun kami cuba buat setakat yang termampu... huuueeee... mampu lah sangat.... huuueeeee..... n akhirnya tirai Masquerade berjaya kami akhiri dengan persembahan di PLPP.

Lepas nie x tau penangan apa lagik yang akan menyusul... huuueee.. tunggu... (kalau ada ler)... hehheheh.....


Monday, August 1, 2011

Konvensyen Lembaga Pelawat Institusi JKM Tahun 2011


 
Lama sungguh membiarkan teratak ini usang tanpa dilawati.. tanpa dikemaskini. Serabut jer tgk.... seserabut aku sekarang nie. Banyak menda datang n pergi. Banyak menda juga yang terjadik. Just leave it away i guess. Beban keja yang banyak bukan satu alasan baru. Kalau x bz.. bukan aku lah jawabnya. Lepas satu program ke satu program harus aku lunaskan.

Baru2 ni, dengan sokongan mereka2 yang berkenaan.. termasuk kepercayaan pengurusan tertinggi termasuk my bos... bahagian aku dilantik as AJK Persembahan bagi Konvensyen Lembaga Pelawat Institusi JKM tahun 2011. Bermula dengan penuh kepayahan.. bermula dengan penuh kontrovesi. As officer aku mention.. nama aku nek lam meeting bout this. Bahagian aku diberi tugasan ini sbb aku.. sebab adanya aku di bahagian ini. Toing.. toing.. toing... amanah n tanggungjawab yang berat tuk aku terima. Mampukah aku laksanakannya.... ooowwhhh tidddaaakkk....!!!!! termenung panjang gak aku bila dengo kabo tuh. But nak wat camna.. keputusan telah dibuat sebulat suara, nak or x nak.. aku terpaksa terima. 

First day latihan.... mmg aku rasa cam nak nangis jekr... sbb aku x yakin yang aku akan berjaya. Masuk hari kedua... pun sama jugak... n last minute, group tambahan yang aku sendiri yang wat keputusan sebenonya... tehn only aku sms officer aku yang kat opis.. walhal mendanya aku dah settlekan. huuuuee.. sesuka hati aku jerk... berani buat berani lah tanggung.. Yes.. aku akan tanggung semua tuh. menjawab lah aku nnti. Yang pasti aku nakkan yang terbaik. N thanks to Zek Zaidi... yang serius aku rasa lawak sangat tuk hari tuh. Aku x kenal dia.. dia jekr kenal aku sbb koir... asal ada event koir... muka aku.. x der muka lain.. so.. mmg anak buah dia pun cop aku.. Puan Koir... terima jer ler. Seawal pagi before latihan, aku monteng kat Muka Buku... sumbody request add pren... aku pm.. tanya sapa.. Dah tau.. walau sebenonya x kenal.. aku add gak sbb satu jabatan kan. N then.. borak2 lebih kureng.. plus minus... petang tuh... aku jumpa ngan empunya diri. Apa yang berlaku di antara itu.... hanya antara aku n dia jer yang tahu yang aku rasa til now kalau ingatkan balik.. mmg aku bantai gelak manjang.

Dipendekkan citer... dengan joinnya anak2 buah mamat nie, aku ada ler rasa kompiden skit.. walau sikit pun jadik ler... senin, cikgu betul datang.. ajo.. aku tukang pantau... n mmg sedari awal aku yakin.. kompem yakin.. mmg aku kena conduct.... menda yang paling aku x suka... huuee.. cikgu ada program lain.. so.. nak x nak.. mmg aku kena.. kena amik tahu bukan skit2.. tapi semua. Berbekalkan semangat yang ada.. plus minus bahagi darab dari semangat setia kawan mamat yang banyak bantu aku.. yang banyak aku susahkan walau x sampai sehari aku kenal... akhirnya... aku mampu tubuhkan kumpulan koir inter-generasi....

Dipendekkan lagi n lagi n lagi... akhirnya the group berjaya mencuit hati semua yang hadir terutama YB Menteri KPWKM n beliau juga berbesar hati memberi cenderahati kepada ahli kumpulan koir ini sebagai tanda penghargaan. Apa mendanya.. x yah ler gtau.. hanya aku jekr yang tau... eh.. hanya aku n mereka2 yang hadir pada majlis tersebut. Berkat sokongan semua.. berkat kepercayaan semua jua.. termasuk berkat komitmen yang ditunjukkan oleh peserta membuatkan aku berbangga dengan mereka.

Thanks to mamat yang banyak bantu aku, thanks gak kat ketua2 institusi lain yang terlibat n beri kerjasama yang baik... nama korang gak naik kan..kan..kan.. hehehehe.. tq jugak to my big big bos atas kepercayaan n sokongan yang x terhingga. Thanks.... aku hepi sangat.. sangat... n sangat hepi.. sungguh.. aku x tipu... hehehehe... walaupun terpaksa menerima hakikat bahwa hp limited edition aku.. LG Gold ilang... huuueeee....

Buat mamat tuh.. sorry lah sbb banyak nyusahkan... dari mula til now.. aku masih menyusahkan dia... sungguhlah aku ini asik menyusahkan dia jekr manjang. Semangat yang diberi itu akan aku simpan sampai bebila.. akan aku jadikan azimat di hari muka.. ceewaaahh....

To all RKK, RSK Cherasm PLPP n BDK... windu korang semua.... hope kita dapat bertemu n berkumpul. N for sure janji ku McD or KFC masih ku pegang... tunggu hari n waktu yang bersesuaian....


















Others Entry

Related Posts with Thumbnails