Thursday, May 16, 2013

Khas Sempena Hari Guru



Buat semua guru2, pensyarah2, kawan2, sedara sepapat, juga ibu, ayah n suami tersayang...


A, B, C
1, 2, 3
Tidak semudah tuk dipelajari
Tidak semudah tuk diingati
Namun kau tetap tabah, sabar dan cekal
Menghadapi hari-hari mu
Agar anak ini terus dapat mempelajari
Terima kasih ibu
Kau guru pertama yang mengajar aku erti kehidupan
Kau guru pertama yang membantu aku mengenali dunia
Terima kasih ayah kerna kau jua membantu
Tidak pernah berputus asa
Bersama-sama ibu terus menerus membimbing aku


Masih jauh perjalanan ku rupanya
Ayah dan ibu lalu menghantar aku tuk terus 
Mencari, memperlajari, ilmu A, B, C dan I, 2, 3
Aku kau tempatkan di Tadika Melodi, Taman Maluri
Agar aku dapat terus berjuang 
Agar aku terus diberi bimbingan
Agar aku dapat mencari, mengenali dan mempelajari 
Sambungan ilmu A,B, C dan I, 2, 3
Teacher Rose, guru selain mu ibu dan ayah
X pernah putus asa mengajar ku
Masih jelas diingatan
Masih segar di dalam kenangan
Yang x mungkin luput tetap terpahat
Sentiasa ku ingat
Titik mula perjalanan ku mencari ilmu pengetahuan


Terima kasih Cikgu Rose
Akhirnya aku dapat terus mengenali dan mempelajari
Malah aku memahami apa itu A, B, C dan 1, 2, 3

Bukan sekadar abjad dan nombor
Tapi bila ku tahu gabungan selain itu
Indah, dunia ku semakin cerah

  Ku teruskan melangkah
Terus menerus mencari ilmu
Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan menjadi sejarah
Secara rasmi ku perluaskan wilayah
Pencarian ku x terputus hanya di Tadika
Kini aku berdiri megah
Rakus dalam meneruskan pencarian ilmu 
Yang x pernah ada titik noktah


Luas rupanya dunia ilmu
Penat aku mencari, penat aku mempelajari
HIngga adakala mata terpejam, terlena seketika
Walau dalam peperiksaan
X sempat ku siapkan ku bawa pulang
Kertas soalan Matematik bergambar Burung Hantu jadi pertaruhan
Dek kerana kertas soalan ku bawa pulang
Teruk dimarahi ibu kerna ku terlena ketika menjawab soalan

Pencarian ku bermula lagi
Tapi bukan lagi di SK Puteri Pandan


Pencarian ilmuku di sana terpaksa ku lupakan
Mengikut ayah nun ke Gombak
Lalu aku disekolahkan di SK Gombak 1
Lencana sekolah ada gambar durian
X sempat aku berkenalan
X sempat aku menimba ilmu dan mengumpul pengalaman
Ayah berpindah lagi
Ke SRK Taman Keramat (1) ku teruskan perjuangan




Banyak kenangan, banyak kawan
Banyak ragam, Banyak juga pengalaman
Di samping ilmu pengetahuan juga ilmu kehidupan
x putus- putus datang
semuanya ku telan


Cikgu Rohani, masih diingatan
x pernah penat mengajar aku dan kawan-kawan
2 Melati aku di tempatkan
Bersama berjuang menggalas amanah yang dipegang
Cikgu Ahmad Bakri, cerita dongeng mu x pernah ku lupakan
Lawak mu jua x pernah ku padam di ingatan
Kisah Awang Kerdil dengan gergasi dongeng sepanjang zaman
Dari ku Tahun 2 hingga Tahun 6 masih kau sajikan
Hanya itu yang melekat diingatan
Namun ilmu membaca nota taugeh n meniup rekoder 
x mampu tuk ku pertahankan
Hingga kini aku buta membaca nota taugeh itu
Maafkan aku cikgu


Cikgu Ahmad Bakri kenangan mu masih kemas tersemat
Pemberian bunga roti dari ku kepada mu

sempena Hari Guru bermula tahun 1986
menjadi kunci kenangan
Benar kata mu, aku akan kau ingat selamanya
Terbukti hingga kini
Walau aku telah meningkat dewasa
Kau masih ingat malah jelas 
Kau x pernah lupa


Cikgu Karim sungguh denda mu hingga kini
Membuat aku x pernah lupa akan dirimu
PAsti kawan2 di kelas yang sama masih jelas 
Dengan nama dan rupa dendamu
Bukan berniat menyimpan dendam di dada
Tapi ianya kenangan unik 
Yang x mungkin dapat kami lupa
Seawal 9 tahun, kami kau sandingkan didepan kelas
Andai kami membuat bising atau nakal


Cikgu Rohana namanya secantik orangnya
Nampak lembut namun tegas
Bukan hanya bahasa malaysia kau ajari kami
BUkan sekadar matematika bermain nombor kau ajari kami
tapi ilmu tentang alam, ilmu tentang manusia kau perkenalkan 
Melalui subjek Alam dan Manusia agar kami lebih memahami
Tentang alam juga tentang manusia
Kini banyak membantu dalam ku memahami ragam manusia


Masih terngiang gelak tawa kawan ku
Sedang aku tersipu malu

Angka Seribu empunya angkara
X reti nak ku sebut x reti nak ku baca
Sepuluh ratus pencetus tawa
Dek kerana Cikgu Noor Rahman Bertanya
Kerna nak order rempeyek ibu yang sedap x terhingga


JAwi paling aku x suka
Sebab x berapa pandai nak membacanya
Kerusi sentiasa menjadi mangsa
Denda Cikgu Daud juga x pernah ku lupa
Masih ingatkah wahai sahabat ('Nor'Aslinda Ibrahim)
Kita berdua sentiasa bersama
Diperli Ustaz "Beg yang pakai Tudung"
Bersama juga kita seiring berdiri di atas kerusi
Tatkala kantoi x sempat menyarungkan tudung kepala
waktu pelajaran Pendidikan Islam bermula


Aku semakin meningkat remaja
Namun mencari ilmu x pernah terpadam
X pernah berakhir
Perjuangan ku teruskan jua
Walau susah walau payah aku terpaksa
Kerna mencari jawapan 
"Apa aku nak jadi di masa depan"

Sekolah Menengah Taman Keramat 
Ku Sambung perjuangan

Suka Duka menambah seri dalam kehidupan
Menjadi pelajar mmg ku rasa menyusahkan
tapi itu diketika dahulu
Kini, apabila kenangan lalu ku mainkan diminda kenangan
Kepingin aku kembali semula
Meniti kehidupan, mencari ilmu, mencari pengalaman


Buat guru-guru yang pernah mengajar
Buat guru-guru yang pernah mendidik
Buat guru-guru yang pernah membimbing
Ku rindukan kalian
Rindukan celoteh kalian
Rindukan bebelan kalian
Rindukan tunjuk ajar kalian
Rindukan perhatian dan kasih sayang kalian
Pendek kata ku rindukan semuanya tentang kalian
termasuk tahi lalat manis milik Cikgu tersayang Pn. Yuszah Akmal Yusoff


Buat Cikgu Hasmah Amin
Ku rindukan gurauan n bebelan mu
Masih ku ingat akan kumis mu
Gerun n ngeri ku andaikan kau guru yang garang sekali
Tetiba teringat cikgu Jamil rakan seangkatan mu
Cikgu Bahasa Melayu ku di Tingkatan 3 dahulu
A untuk karangan ku x pernah miss
Di manakah dia kini...


SMART menyimpan 1001 kenangan
SMART menyimpan 1001 cerita
Dari tahun ke tahun ku daki tangga
Akhirnya ku berhenti di tahun 1995
Menamatkan zaman persekolahan dengan rasmi dan bangga


Masih x puas ku menimba ilmu yang ada
Ku mula pasang angan- angan
Ku nak jadi apa

Sekejap menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Hulu Kelang pula
Mencuba nasib yang tertinggal
Belajar Tingkatan 6 bawah lah pula
Namun terhenti di pertengahan jalan
Ku diterima menimba ilmu di ITM Shah Alam pula
Nasib masih x menyebelahi tuk kesekian kalinya
Hanya mampu bertahan 1 semesta sahaja

Pengalaman mengajar aku menjadi kuat
Ilmu yang ada ku cuba gunakan sebaiknya
Berkat mencabar diri sendiri juga 
Menyahut cabaran ayahanda ( Mohdyatim Dolir)
Ku melangkahkan kaki, melayakkan diri
Menyambung pencarian di Akademi Infotech MARA pula

Risau ayah, resah ibu
Ku bertemankan cabaran nan satu
Selain mencabar diri, cabaran ayah ku galas kini
Mampukah aku meneruskan perjuangan ku lagi

Segalanya kini terbukti
Tanpa ku sedari Tanpa ku duga
Akhirnya segulung Diploma Lanjutan ku genggam rapi
Benarlah pepatah mengatakan
"Gagal sekali x bererti ku gagal selamanya"
Kegagalan dahulu rupanya titik mula
Siapa aku kini dan selamanya

Terima kasih buat mu
Miss Janine Sidal Al-Haj, Allahyarhamah Ms Put, opkos Miss Kay juga

Ur superb English class
ur Encouragement
Ur Support really makes me wake up
At last i believe and i confident with my English
Even sometimes it becomes "Oh! My English"

Sekalung Terima kasih jua buat my other lecturers
Gabungan tenaga muda menggamatkan lagi susana
Melayan karenah dan ragam kami yang pelbagai rupa

Masakan ku lupa pada
Ms. Lily Seid COBOL empunya angkara
jenuh ku fahami jenuh ku pelajari
x siap kerja jelingan tajam ku terima
Aduh.. sungguh menusuk sukma jiwa

Kecil comel orangnya Pn. Suriana Ismail
sungguh sabar melayan usikan teruna2
Suaranya alahai halusnya...
Tapi kalau marah... heheh.. i surrender

Dear Mr. Lion King
Kamo mmg kompem2 x kan ku lupa
Derap langkah mu saja menggerunkan semua
Serius sepanjang masa
haaiiihhhh!!! poyo sungguh 
namun x ku sangka
hahahahaha... dek kerana benci rupanya terselit cinta... 
terima kasih juga buat sayangku Nor Rizam Mazlan
walau kita bercinta dahulu
Soklan C++ ku x pernah kau jawab bila ku tanya... Ceettt

Pendek kata,
Buat semua guru juga lecturer
Terima kasih atas jasa kalian semua
Akhirnya dapat ku mencari jawapan 
Siapa aku di masa depan
Tanpa kalian hidup ku x bermakna
Ilmu kalian, kasih sayang kalian
Perhatian kalian, Sokongan kalian
semuanya membentuk aku
menjadi manusia tuk berbakti 
pada agama, keluarga, masyakarat, bangsa, dan negara
terima kasih untuk semua
SELAMAT HARI GURU
Kalian lah yang teristimewa....

1 comment:

Anonymous said...

Cikgu baru jumpa dan baca. Terima kasih kerana masih mengingati wpun kerana tahi lalatku. Hihihi

Others Entry

Related Posts with Thumbnails