Tidak banyak yg aku ingat sebab ianya terlalu singkat. Biarpun jangka hayatnya x lama, namun rasa itu hingga kini terasa walau kadang kala tenggelam timbul perasaan membuai rasa itu menjelma.
Kenapa tingkap? Sebab aku suka duduk tepi tingkap. Melihat kelibat manusia membuat aku hidup. Melihat kelibat manusia yg aku suka membuat aku lebih bertenaga. Suka? Hahahahah... Subjektif tuk aku ungkapkannya. Subjektif tuk aku mendefinisikannya. Hanya aku yang faham. Namun... Yang pasti, suka x semestinya perlu bercinta. Tingkap juga menghubungkan sel2 otak aku waktu itu. Berapa banyak aku mula menyusun kata pun aku x tahu. Baik untuk kelas BM mahupun kelas lain. Hahahahah.. Kalau dah kelas lain, bermakna aku menulis secara haram adanya.
Adakala terpandang 2 tubuh manusia berlainan jantina, seorang meluah perasaan seorang mendengar luahan. Ada yg terima, ada yang ditolak. Kadangkala ada juga tidak mampu berkata2 tetapi hanya mampu memberi sekeping kertas kemas dilipatan pelbagai rupa. Aku hanya pemerhati yang setia... Ada yg aku perhati itu orang yg aku suka. Ada yang aku perhati opsss.... Tiba2 mulakan angkara. Dah kenapa??? Menjelir lidah kepada aku yang x kenal siapa kau. Siap memek muka mengejek atau bergurau senda??? Huh!!! Rasa menyampah dan meluat pun ada.
Tingkap yang tidak bercermin menjadi saksi segala cerita. Membuka lembaran, membuka kisah pelbagai kisah dan cerita yang indah... Disebalik keindahan adakala terselit keperitan..apakah aku juga merasakan? Entah... Terlalu banyak aku melihat dan mencuri tuk berkongsi perasaan watak2 disebalik tingkap. Iri hati pun ada juga kadang kala terbit jauh di sudut hati dan perasaan. Iri hati kerna aku hanya pencuri yg menumpang merasai pengalaman.
Tingkap juga penghubung jalinan persahabatan. Biasalah, pantang ada peluang, mesyuarat ahli tingkap pun mula bersidang. Kadangkala tingkap juga penghubung perdagangan tanpa melibatkan wang, sekadar sistem barter sewaktu zaman mgkin sebelum maju dalam ketamadunan. Silih berganti barang bertukar tangan. Semua melalui tingkap yang menyaksikan pelbagai ragam dan jenis hubungan.
Wajah itu muncul lagi... Meluat aku. Kenapa mesti muncul kalau hanya ingin menyakitkan hati? Kenapa perlu hadir jika hanya ingin menerbitkan benci? Setiap kali kaki melangkah ke anak tangga ke akhir, setiap kali itu juga dia akan menoleh, dan setiap kali itu juga mata akan terpaku, bertentangan mencari jawapan... Itu aku, mencari jawapan, kenapa mesti dia akan menoleh ke arah aku setiap kali kaki mencecah anak tangga yang terakhir. Siapa dia? Kenapa aku kau jadikan sasaran tuk membuahkan rasa benci? Kenapa aku yang perlu menyimpan semua memek wajah mu di dalam kotak minda ku? Kenapa aku yang harus memahami apa yang cuba kau sampaikan?
Waktu itu, waktu yang aku tunggu. Namun penantian ku hampa belaka. Dia x kunjung tiba. Kenapa, kenapa setelah kau curi perhatian ku kau ilang tanpa bayang. Esoknya aku menanti lagi, kau tetap x muncul jua. Nak ku cari, aku x mengenalimu, nak ku cari ku xtahu namamu. Emosi aku terganggu.. Kau berjaya memporak-perandakan emosi yang selama ini ku jaga rapi. Penat aku menanti, menanti harapan yang x pasti mmg menyakitkan, sungguh memedihkan. Aku penat mengarang skrip bahasa tubuh yang bakal ku persembahkan andai kau menoleh pdku. Aku penat berlatih bahasa tubuh tuk menyampaikan apa yg aku simpan. Aku penat... Harapan aku berkecai dipertengahan jalan. Lantas kau, ku cuba lupakan.
Tingkap dan tangga bukan lagi teman. Demi mengubat luka, aku teruskan perjalanan tanpa menoleh mahupun berpatah balik ke belakang. Tatkala perasaan ku tiada lagi rasa, kelibat mu kembali menjengah dan mencuri pandang ke arah ku. Dr lirikan aku tahu itu kau wahai insan tingkap dan tangga. Namun hati aku terluka, kau tidak ku endah. Kau tidak lagi ku nantikan.
Harapan tuk melupakan gagal. Aku x mampu kerna aku rindu tuk melihat wajah yg pelbagai itu, aku rindu akan memek muka yang berwarna warni. Aku rindu semua tentang itu. Aku rindu kau wahai insan tingkap dan tangga. Tingkap kembali menjadi teman setia, menanti mu tuk kesekian kali...
Biarpun hari berganti hari, minggu berlalu pergi.... Kenapa dia x muncul2 lagi. Yer... Kelibat yg semmgnya menyakitkan hati, kelibat yg membuat aku rasa jengkel n pedih hingga hulu hati, sudah tidak menampakkan diri. Tahun sudah sampai penghujung, tingkap itu akan ku tinggal pergi, tapi kenapa dia masih x muncul lagi? Mana dia yg pelbagai wajah pelbagai rupa? Mana dia yang suka membuat pelbagai memek muka, mana dia yang sering menjelir lidah mencari gaduh tanpa suara, mana dia insan yang hanya ku kenal pelbagai wajah, tiada suara, siapa namanya, datang dr mana? Tahukah dia, aku akan tinggalkan tingkap ini dan tidak akan lagi kembali. Kenapa dia x muncul lagi?
Mungkinkah esok atau lusa ada waktu tuk ku katakan padanya aku rindu akan dia. Adakah pintu masih terbuka tuk aku luahkan perasaan yang kian sarat yg tersimpan? Masihkah ada hari esok untuk aku mengenalinya? Masihkah ada hari esok untuk aku.......
No comments:
Post a Comment