Thursday, May 2, 2013

Al-Kisah Interbiu KP 27 (26 April 2013)

Last week adalah mingu2 yang penuh dengan debaran. Wat itu ini semua serba x kena. Maunya idak, hari semakin dekat, tapi preparation cam x lengkap2. Nak kata keja berlambak idak ler pulak, tapi tah ler... huuuueee.. last minit semua.


thanks to my x-bos. terasa dihargai....

Apapun, all needed docs alhamdulillah dapat diselesaikan termasuk LNPT tuk 3 tahun terkini walaupun lam surat nak yang terkini jer, just standby katanya. LNPT 2012 pun terpaksa wat manual coz lam HRMIS udah tuko nama bos opis baru lak. At least leh g opis lama jumpa kengkawan bagi melepaskan windu. Niway, thanks to my x-bos for the marks given. Thanks coz appreciate me at last... tetiba terharu coz rasa dihargai. Huhuhuueeeee....

Resume mmg dah ada, tapi masalahnya nak translate dari English ke Malay. Errrkkk.. tuh yang amik masa sampai 3 hari baru siap, alahai... atas khidmat nasihat my bos, gunakan resume in Malay tuh yang kalut translate bagai. haaaiiiissshhh.... 
Print --> siap
Gambo --> siap
Photostat --> siap

Last preparation, 4 5 kali dok semak semua docs yang perlu dibawa, takut tertinggal.. n opkos trama tahun2 b4 this mula menyelubungi ku semula. Huhuhuhuee.. x per lah jadikan itu sebagai kenangan lucu.


The Real day is coming....
K, on the day itself. Bangun seawal pagi, mandi, solat n bersiap. Fuuuhhh... semangat katanya tapi lam hati dup dap x benti2. Dengan doa dari Mr. B tercinta, anak2, ibu n ayah serta adik badik n kawan2, ku jadikan semua itu sebagai bekal tuk kumpul kekuatan n semangat. 

Seawal jam 8.15 pagi, udah sampai ke destinasi yang ku tuju. Sunyi sepi tempat tuh, dari luar pagar dah nampak keta JIM n SPA.. jeng..jeng..jeng.. debaran makin memuncak tapi ku kuatkan semangat. Sampai jekr mmg x pk lain, TOILET yang penting... hahahahahahah... tapi sayang seribu kali sayang, x sempat pun nak membuang sebab ada orang kat dalam leh tahan lama gak ler. Adakah dia juga merasai perkara yang sama as aku rasakan? huhuhu.. haru.. haru.. haru...

My turn lam surat kata kul 9.00 pagi, dah alang2 sampai awal teruskan jer lah perjuangan. Melangkah menuju ke aras 2 ke kaunter pendaftaran. Alahaaaaiii.. masuk jekr kat kaunter semua mata memandang... Hahahaahahahaha... time tuh mmg rasa nak terkucil bagai. Mana idaknya, semua yang ada lam bilik pendaftaran tuh beruniform, me????? opkos ler bukan. Uwwaaa.. rasa nak nangis. n sambil menahan kecut, sambil menunggu giliran tuk daftar sambil kuarkan hp jerit kat WALL FB:

"Apasal semua orang pakai uniform nie? Makin Gentar"

Sambil2 tuh, sempat jugak ku sapa mamat kat sebelah..... hahahahaha.. upanya dia pun beruniform, cuma uniform dia x nampak coz dia cober ngan sweater. As diketika itu, hanya aku sorang pompuan di situ. 
"Mummy... Help me"
Toing.. toing.. toing... x per lah aku redha je la. Pandang kiri kanan cari semangat yang kian hilang. Alhamdulillah, selang 5 minit selepas itu, masuk lagi 2 orang calon pompuan TAPI still beruniform... k... tarik nafas dalam2 ek....


Ini gambaran aja... just nak menunjukkan bahawa dorang pakai uniform gini... gini lah uniform nya... n aku just pakai baju kurung jer.

Selesai daftar, melangkah pula ke bilik menunggu... hahahahahaahahahaha... yang nie pun rasa nak gelak, nak nangis, nak terkucil.. pendek kata segala2nya ku rasa sebabnya makin ramai pulak yang pakai uniform cam kat atas tuh... still me sensorang terkapai2 kelemasan. N kebetulan lepas jekr melabuhkan pungkuk kat atas kusi, sorang calon kuar dr bilik temuduga (beruniform), terus menuju ke geng seangkatan n mulalah mereka bercerita itu ini yang aku sendiri x paham. Sebab keadaan makin melemaskan, maka aku dengan x teragak2 kuar amik angin diluar.

Camni lah lebih kureng muka aku.. nebes.. nebes...
Ngan muka x malu, tegur mamat yang aku memula tegur di bilik pendaftaran tadi. Bermula lah berbual dari satu topik ke satu topik, secara x langsung kira kitaorang nie wat revision ler nie. Sempoi lah mamat tuh, x der ler mengerikan, n banyak gak yang dia kongsi bout jawatan ni. Sedikit sebanyak dapatlah aku info tuk di top up. Kalau study pun time2 gini mmg semua tuh ditendang balik sebab pala dah tepu. X tau dah nak baca per. Rasa cam semua dah baca... tapi x masuk2. hahahaha...

Giliran aku 1008 (yer ker? aku pun dah lupa yang pastu 8 tuh betul). Yang tertera di skrin masih lagik calon num 2, giler lama dorang masuk lam bilik tuh, tah apa ler gamaknya soklan2 yang diajukan. jenuh ler nak menjawab. Sedang dorang yang beruniform pun tgk study bagai nak rak, apatah lagi aku yang x beruniform nie. Penat berdiri luar, penat amik angin di luar aku pindah semula kat dalam. Sambil belek2 buku nota keramat aku, sambil aku pandang keliling aku. Dorang menyapa, aku jawab, dorang x sapa, aku diam. N akhirnya aku jumpa geng aku, yang sama2 amik exam kat cheras, then PAC kat JB n now rezeki n jodoh kami kekal jumpa pula kat sini, alhamdulillah akhirnya jumpa juga teman seangkatan. Borak punya borak, tambah lagik... n last upanya hanya kami 4 orang freshie. 3 pompuan n sorang lelaki. Yang lelaki tuh mmg dok tepi dinding tuh senyap jekr.. so x bani ler tuk aku tegur.


Biarpun masa berlalu dengan lambatnya tapi aku tetap nebes, cuak, stress. Dannnnnn.... akhirnya number aku pun tertera. Dengan kata2 wish Good Luck dr mereka2 termasuk senior2, aku mulakan langkah aku dengan kaki kanan n bismillah, lalu pintu pun diketuk. Jeng... jeng..jeng.. 2 orang panel sedia menanti kedatangan ku. Opkos sorang dari JIM n sorang dari SPA. Sambil2 tuh nafas ku tarik dalam2 n lepaskan perlahan.. try to cool down... hahahaha....



I'll try my best, bisik kepada diriku sendiri... comey x? hahahaha

"Assalammua'alaikum dan selamat pagi tuan", cewaaahhh.... 
Permulaan ayat tuk ilangkan nebes n stress. Dengan senyum simpul aku serahkan semua dokumen2 aku termasuk fail sijil2 aku. Setelah dibenarkan duduk baru aku duduk ngadap para panel yang budiman sambil menunggu agenda seterusnya. Panel dari SPA, membacakan nama penuh aku dengan penuh berminat n berhati2 mungkin sbb nama aku unik kot. Hahahaha.. perasan tul. Yang paling best, lepas dia baca nama aku...
"Nie, mesti lahir bulan Muharram kan?" Soklan yang biasa ditanya oleh ramai orang. Yes, mmg pun aku kompemkan. betullah, nama ku ayah n ibu bagi sebab aku lahir pada 16 Muharram bersamaan 16 Disember. Santikkan, Awal n akhir... hahahhaa. Sebab nama aku unik itu juga lah soklan ni ditanya:

"Sekarang nie bulan apa, ikut kalender islam?"

Ibu!!! Tolonglah anak mu ini.. aku nak jawab per... tetiba aku terbayangkan surat khabar yang selalu aku amik tuk bos. Boleh lah gitu kan... antara jelas n x jelas, yakin x yakin tapi cuba tuk yakin, aku jawab:

"Kalau x silap saya, Jamadil Akhir kot tuan, kalau x silap saya lah. x pun Jamadil Awal".
"Yer ker Jamadil Akhir? Awak pasti?" soal panel SPA lagi cuba provok aku yang sedang panik
"Saya x pasti tuan, tapi rasanya mmg Jamadil Akhir". Ceeehh.. cuba stand still lah kunun walhal mmg aku x yakin pun ngan jawapan aku tuh. Sebab nama aku Asyura lah aku dapat soklan cepumas diawal sesi temuduga aku, sabo jekr ler.

Gedebak Gedebuk jantung aku bagai nak luruh, ku kuatkan semangat aku, jawab lah mana2 patut n play save ler. Jenuh nak menjawab sebab dorang provok jawapan yang kita bagi. Yang mana aku x pasti sesuka aku jer nak gunakan perkataan2 seperti ini:

"Dalam pengetahuan saya...."
"Seingat saya...."
"Seperti yang saya tahu..."

Lantak ko lah, aku pun x tahu apa yang aku jawab masa tuh. Nebes tahap gaban jangan cakap lah. Menda yang simple pun kadang kita leh lupa... hahaha... time ingat tuh, pepandai ler cober balik. So, antara soklan2 yang diajukan kat aku:

"Siapa KPPA?"
"Siapa KSN?"
"Selain jawatan ni, ada x jawatan lain yang awak minta?"
"Apa yang awak tahu berkenaan organisasi JIM?"
"Apa tugas seorang pegawai JIM?"
"Apa tugas KP27?"
"Tinggal kat mana?"
"Hubby keja apa?"
"Anak berapa?"
"Berapa lelaki, berapa pompuan?"
"Sebelum nie, keja di mana?"
"Apa aktiviti JIM yang berkaitan dengan jabatan awak?"
"Apa aktiviti JIM yang berkaitan dengan jabatan awak sebelum ni?"
"Pejabat baru JIM?"

Soklan cepumas:
"Kalau awak dihantar ke Lahad Datu/ Sabah?"

Fuuuhhh.. itulah antara soklan2 yang aku masih leh ingat sebaik sahaja kuar dr bilik temuduga tersebut, yang selebihnya seyes mmg aku x hingat sbb nebes n stress melampau. Tapi sepanjang temuduga tuh, x der ler seyes sgt pun panel.. siap leh gelak2 n loya buruk g... tapi aku tetap nebes walau aku senyum  n gelak kecik (udah tuh.. x kan nak gelak beso lak.. x sopan.. x sopan)

Akhirnya, semuanya selesai.... aku kuar ngan muka yang senyum leret.. lega ler tuh... semua soklan aku jawab sebaik mungkin, aku dah berusaha setakat yang termampu, kini giliran aku tuk bertawakal pada-Nya. Dia yang tahu apa yang terbaik tuk aku n family ku. In sha Allah, kalau ada rezeki ku, berjaya lah tuh. tapi kalau x der, gagal lah tuh. Apa pun aku berdoa agar aku berjaya tuk final stage ni. Doakan tuk aku yer... result bulan depan.. n aku kembali stress... aaarrgghhhhhh!!!

Ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar, luaskan lah perjalanan ku, murahkan lah rezeki ku dan keluarga ku , permudahkan lah segala urusan ku. Aku hanya hamba Mu yang kerdil, Engkaulah Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang....



No comments:

Others Entry

Related Posts with Thumbnails