Kebahagiaan pasti ada di mana-mana
Keduakaan begitu jua
Kita tak mampu tuk merencana
Bila ia akan datang bertandang
Dalam hidup kita
Di ketika gembira ingat duka
Di ketika terseksa ingat bahagia
Percayalah pada ketentuan-Nya
Bahwa setiap yang duka pasti ada gembira
SEtiap derita kan ada bahagia
Bahagia yang dikecapi
Hanya bersifat sementara
Jangan terlalu teruja
Hingga lupa apa itu duka
Kelak bila ia datang menjelma
Terjelupuk kita tidak bersedia
Dunia bukan syurga
Dunia jua bukan neraka
Dunia hanya singgahan sementara
Sebelum kita sampai ke destinasi
Yang jauh entah di mana
Destinasi abadi kekal selamanya
Selagi ada hayat
Jangan di persia
Kumpul segala amalan jika berpeluang
Cari peluang jika berkesempatan
Agar hidup tidak sia-sia
Kebahagiaan itu pasti datang
Itulah yang di janjikan.....
4 comments:
Kebahagiaan suatu anugerah
Anugerah paling indah buat insan
Insan yg bersyukur pada Tuhannya
Limpahan rahmat yg tiada batasnya
Sedih, duka nestapa
Hanya ujian bagi mereka
Yg melihat keindahan masa depan
Telah dijanjikan di syurga abadi
Bagi yg tidak menghargai bahagia
Ia berlalu tanpa bicara
Dikala lenyaplah ia
Ditagih perih setiap masa
Dunia hanya singahan sementara
Bahagia di dunia tidak semestinya
Bahagia juga di akhirat jika
Tiada kesyuran dan limpah rahmat Yg Maha Esa
Selagi hayat dikandung badan
Selagi nyawa bertaut badan
Selagi mentari di ufuk timur
selagi itu manusia mehukan bahagia
Berkali-kali tersungkur menyembah bumi
Berkali-kali diri di sakiti
Berkali-kali jua hati ini di toreh parah
Biar pedih
Biar tertekan
Namun aku harus bangun
Aku harus teruskan perjuangan
Perjuangan hidup ini masih belum selesai
Masih belum sampai waktu
Tuk ku undurkan diri
Seksanya batin ku rawat sendiri
Luka nan bernanah ku ubati sendiri
Tiada siapa peduli
Tiada siapa ketahui
Hanya ku dan diri ku menanggung seksa nya amat berat sekali
Dalam terus mengembara mencari cahaya
Kau hadir menghulur bahagia
Kau datang bawa harapan yang ku cita
Kau menjelma bawa warna penuh ceria
Kau buat aku teruja
Kini
Adanya kau di sisi sentiasa
Mendokong aku
Menyokong aku
Setiap langkah ku kau jaga
Agar aku x tersungkur tuk kesekian kalinya
Bahagia yang kau jelmakan
Dapat aku rasakan
Kini baru ku tahu erti bahagia
Kini baru ku sedar masih ada insan
Yang sudi mencipta mahligai bahagia
Yang diidam setiap insan di dunia
Hilang segala nestapa ku
Hilang segala piluku
Kini aku mampu berlagu riang
Di dalam dakapan mu sayang
Kau raja yang bertahta
Aku bahagia menjadi permaisuri di hatimu....
Hidup manusia tidak lari dari nestapa
Tidak lari dari dari resah kerinduan
yang sering merobek hati
Jarak dan masa pembahagi antara kita
Penantian suatu penyeksaan
Kerinduan suatu penghargaan
Dari kekasih kepada kekasih
Alasan utk suatu penderitaan
Aku pasrah pada cahaya kepercayaan
Cahaya yg sering menerangi hati Dikala mengenangkan dirimu
Menambahkan lagi rasa rindu
Impian suatu kedamaian
Walaupun halangan mendatang
Diriku selalu ku mimpi
Seringku hayal
Dijaga dan lena aku tundukan kerinduan ku
Untuk persembahahkan sayang pada mu
Kubinakan mu istana yang tersergam
Kurendakan bahagia dan lansirkan cinta
Dengan niat kau lah permaisuri istana bahagia
Sekalung ros kuning ku hadiahkan buatmu
Sebagai tanda sayu ikatan persahabatan
Senyuman mu di pagi ini sungguh bererti
Kerana pershabatan bersemi lagi
Setelah kemarau panjang
Cinta tidak datang bergolek
Tidak terbang melayang
Kebahagian dikecapi suatu yg manis
Walaupun pada mulanya tawar
Kesetian dan perjanjian teguh insan
Menjadikan kebahaan idaman semua
Kenangan yg lalu menyapa diri
Pahit manis dirokak menjadi kenangan
Menjadi batu tanda suatu persahabatan
Jarak, masa, keadaan dan komitmen sempadannya
Semoga tiada lagi jurang pemisah
Post a Comment