Monday, November 26, 2007

Nurkilan-Nurkilan ku Di Blog Zam

* Puisi ni org post kat zam nyer blog, "Di saat Sedih dan Senangku"


Berdepan dengan pelbagai rintangan
Mampu membuat aku matang
Namun di dalam mengenal erti kematangan
Terlebih dahulu aku jatuh tersungkur menyembah bumi

Bangkit ku dengan penuh kelukaan
Menyelimuti seluruh tubuh
Kau tiba-tiba hadir menghulur tangan
Ingin membantu kata mu
Sedang aku dalam keterpakuan melihatmu
AKu keliru
Aku rasa sedikit terganggu

Apakah perlu tangan yang kau hulur ku sambut mesra
Atau membiarkan sahaja
Lalu bangun ku sendiri
Meneruskan perjuangan yang belum selesai
Perjuangan yang entah bilakan berakhir
Apakah perlu kau hadir bersama ku
Merasai setiap derita dan bahagia perjalanan hidup ku ini

Melihat kesungguhan mu
Melihatkan keihkhlasan yang kau tunjukkan
Aku mengalah
Tangan yang sekian lama kau hulur
Kini ku sambut
Ku menilai dalam setiap perbuatan
Ku menghitung jumlah keikhlasan

BUkan ku menolak
BUkan ku berpra sangka
Biarpun huluran persahabatan yang kau hulurkan
Namun sejarah semalam
Memberi impak yang mendalam
Dalam aku memilih lalu menilai seorang insan bergelar kawan
Apatah lagi sahabat
Tak ingin ku menjerat diri sendiri tuk kesekian kali

Dalam Kepayahan ku membina semangat yang hilang
Dalam Kesukaran ku baluti luka maruah yang tercalar
Kau ada di sisi sentiasa
Memberi perangsang
Membakar semangat tuk ku terus kan perjuangan
Tuk ku membunuh musuh yang jalang
Yang membuat hidup aku walang
Kau kini sumber inspirasi
Kau kini mewarnai dunia ku
Kau kini bersama-sama ku
Waktu susahku
Waktu senang ku
Aku senang dengan kehadiran mu teman
Terima kasih ku ucapkan.......

13 comments:

Unknown said...

"Di saat Sedih dan Senangku"


Setiap kali sendirian
Aku pasti tersenyum riang
Mengingatkan semua episod kenangan
Yang pernah kita cipta bersama
Riang nya aku
Riang nya kamu
Kita bedua bahagia

Antara kita terjalinnya satu ikatan suci
Ikatan yang di namakan sahabat sejati
KAu ada aku
Dan aku ada kamu
Kita saling memerlu

Aku menjadi cermin mu
Kau menjadi cermin ku
Melihat kamu bagai ku melihat diri ku
Begitu juga dengan kamu
Terjalinnya ikatan suci ni
Membuka lembaran baru dalam hidup
terutama kamu

Di saat kau mencari arah
Aku datang bawa cahaya
Di saat kau hilang arah
Aku datang membawa peta
bersama ku bimbing kamu
Mencari arah yang hilang
Yang x pernah kamu jumpa

Namun di saat bahagia
Di saat kita mulai selesa
Rasa serasi bersama
Bagai ada badai datang memukul kuat
Kau dan aku terhumban jauh
Terlalu jauh

Kita kin bagai orang asing
Bagai x pernah mengenali
Tiada yang mampu ku buat
hanya airmata sentiasa mengalir lesu
mengenangkan sahabat yang hilang

kini
di saat sedih ku
di saat senang aku
aku hanya ada aku
bukan seperti dulu
aku ada kamu....

Unknown said...

wrote on Nov 30
atas tajuk yang sama "Di saat Sedih dan Senangku"



lidah manusia bagai pedang berbisa
lebih tajam dari mata pedang
kerna lidah manusia yang pandai berkata itu jua
membuat kita jauh terasing
hidup bawa haluan sendiri
hidup bagai kita mengenali
kerna lidah manusia
kita kini jauh terpisah

di saat ini
di ketika ini
tatkala kenangan lalu terimbas walau seketika
aku bisa mengalirkan air mata
terlalu rindukan saat dulu
saat kita berkongsi semua cerita
tiada rahsia antara kita

kau sumber inspirasi ku
kau pembakat semangat ku
tapi kini
aku sendiri
membakar semangat yang seakan mati
memaksa memberi inspirasi pada diri sendiri

walau kau lihat aku ceria
walau kau lihat aku tersenyum gembira
ketahui lah oleh mu
hati ku luluh parah
hati ku hancur berkecai
kau sendiri pernah nyatakan
hati ku bagai kristal
mudah pecah
mudah berkecai
dan kini
segalanya menjadi bukti

Unknown said...

panas mentari semalam
cerah langit menceriakan smlam
rupanya hanya sementara
rupanya petanda bahwa aku kan rasa derita

satu persatu dugaan datang bertaut
satu persatu ujian menjemput
menghimpit aku dalam kotak hidup nan sempit
hilang segala ceria
hilang segala bahagia
meragut segalanya
yang tinggal hanya lah derita dan sengsara

di ketika semangat ku semakin pulih
kesabaran ku teruji tuk kesekian kalinya
di ketika aku baru mengecapi gembira
kesabaran ku di pukul badai ganas semula
kuatkah aku tuk menempuhi semua ini berkali-kali
kuatkah aku tuk menempa keperitan ini tuk sekian kali
kuatkah aku

di mana teman?
di mana sahabat?
di mana di kau diketika sedih ku
di mana di kau diketika susah ku
di mana di kau diketika derita ku

Unknown said...

cari apa lagi
perlu apa lagi
semua yang kau mahu
semua yang kau ingini
jelas semua di depan mata
x lari ke mana

namun apa yang kau ada
x pernah sedikit kay hargainya
kau minta sebanyaknya
hingga lupa alpa
layak kah kau meminta2

di kala semua di depan mata
sebelah mata x kau pandang
apatah lagi doa kesyukuran
apatah lagi ucapan terima kasih
x pernah sekalipun kau berikan

kini bila ia semakin hilang
bila ia semakin tinggal bayangan
kau rayu mendayu
minta di kembalikan hak mu
minta di kembalikan milik mu
pernah kah sekali kau terfikirkan
tuk mengenggam erat
tuk kau jaga tuk kau belai
setiap apa yang kau ada kini
agar x kan hilang
x kan tinggal bayangan

Wednesday, December 12, 2007 1:18:00 PM

Unknown said...

"Ampuni Aku"


di keheningan subuh nan sunyi
duduk aku berteleku sendiri
melihat setiap ceruk penjuru
cuba mengenali diri
cuba mencari kepastian abadi

mengenang segala dosa lalu
berlinangan air mata meneman ku
terlalu banyak yang ku lakukan dulu
mengheret aku dalam
kepayahan yang x menentu
menghumban aku dalam lautan luas MU
menginsafi segala dosa2 lalu

jauhnya aku tinggalkan perlabuhan
mengapa tiada yang sudi
melambungkan pelampung pada ku
agar aku kembali
meniti semula hari2 yang kian berlalu pergi
memperbaiki diri
yang semakin di nodai dosa
hingga aku snediri merasa terhina

Ya Allah
Betapa aku jauh melupaimu dulu
Betapa aku sesat di jalan MU nan satu
Betapa aku bergelumang dengan nosa dan noda
Kini aku kembali
ingin mensuci diri
Sudikah kau menerima kembali
Keinsafan ku
keinsafan hakiki

Wednesday, December 12, 2007 1:09:00 PM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


sedekad berlalu mencari erti sebenar kasih mu
sedekad berlalu mencari erti sebenar cintamu
namun tiada apa yang mampu ku perolehi
hanya lelah menyelubungi ku kini

selautan luas harapan ku hamparkan
hanya sekelumit perhatian ku impikan
namun apa daya ku
harapan yang ku cuba gapai
x kesampaian
x tercapai dek tangan

apa ertinya kasih itu
apa ertinya cinta itu
terus terusan menjadi tanya tanya
terus terusan menjadi persoalan
apakah mungkin ku ketemui jawapannya

Tuesday, November 06, 2007 11:16:00 AM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


Cintakah aku
Kasih kah aku
Sayang kah aku
Jawapan yang pasti
aku tidak cinta
aku juga tidak kasih
tapi aku sayang
sayang akan dirimu teman

mungkinkah berbuah kasih antara kita
mungkinkah bercambah benih cinta antara kita
segalanya mungkin
andai kita merelakannya
tapi ku masih pertahankannya
x ingin ku calarinya

mendung awan berarak kini
menanti hujan menitis ke bumi
sayang ku telah kau calari
kepercayaan ku telah kau khianati
kau luah segala kata cinta
kau luah segala kata kasih dan sayang
diri ku bukan teman maupun kawan
diri ku kau anggap kekasih melebihi sempadan yang telah ku tetapkan

kini
begitu mudah kau buang aku
begitu mudah kau ketepikan diriku
tanpa penjelasan kau humban aku
di hati mu sedikit pun x terdetik rasa simpati
pada insan yang pernah kau luah
segala rasa sayang, kasih dan cintamu

apakah kerana aku menolak kasih dan cinta mu
apakah kerana hanya sayang mu mampuku sambut
hingga aku kau hukum sebegitu kejam
sedikit pun x pernah kau kesalkan

untuk apa kau tagih cinta ku
sedang dalam hidup mu bahagia di sisi menemani
untuk apa kau cari kasih ku
sedang di sisi mu kekasih abadi
sehidup semati setia menemani
x mungkin ku calari
x mungkin ku khianati
hanya untuk mengikut kata kehendak hati mu
lalu ku kecewakan insan sejenis ku

tagihlah kasih kekasih sehidup semati mu
tagihlah cinta si dia
tanamlah baja biarlah menguntum bunga
di taman yang telah sedia kau bina...

Tuesday, November 06, 2007 4:37:00 PM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


kasih
adanya dirimu dalam hidupku
segalanya penuh warna
penuh ceria
aku rasa bahagia
tak sanggup ku kehilangannya
tak ingin ku lepaskannya

kasih
antara kita tertuai benih cinta
antara kita berkembang bunga bahagia
berlagu riang sentiasa
membelai jiwa nan lara

namun di ketika saat ku menikmati cinta
saat ku menyelami bahagia
kau lempar kata dusta
kau cerca hilang percaya
kau humban aku ke lembah nista
terlalu kejam aku kau perlakukan
menghimpit aku dalam kekalutan

aku kau tinggalkan sendirian
penuh tanda tanya
penuh persoalan

dan kini
setelah segalanya terbukti
setelah segalanya menjadi saksi
setiap kata yang kau lempar dulu
sanggup kau kutip kau jilat semula
lalu menagih kasih
kasih yang telah tiada

mengapa
mengapa setelah aku kau hina
kau cerca
kini kau kembali
kununnya untuk memperbaiki suasana
haruskah aku percaya
haruskah kau aku beri peluang kedua
terlalu mudah kau lafazkan
terlalu mudah kau buang
aku bukan boneka
yang mudah dipermainkan....

Wednesday, November 07, 2007 10:39:00 AM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


usah kau rayu lagi
usah kau tagih lagi
segalanya telah pergi
hilang tiada berganti
dan x mungkin ia kan kembali

begitu mudah kau lafazkan
memohon maaf atas segala ketelanjuran kata nista mu terhadap ku
begitu mudah kau tarik semula
segala kata cerca mu
terhadapku

hati ku telah kau hancuri
hati ku telah kau racuni
kini kau ingin kembali
kini kau ingin aku lupakan
segala yang telah terjadi

pernahkah kau fikirkan
betapa hati ini hancur berkecai
pernahkah kau rasakan
betapa jiwa ini jatuh berderai
pernahkah????....

Thursday, November 15, 2007 11:42:00 AM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


untuk apa kau kembali mengingkap segala kisah duka lalu
untuk apa kau kembali merenung kenangan yang x pernah bernilai buat mu dulu
patri lah ia buang lah ia jauh di lubuk hati mu
agar x mungkin kau gapai
x mungkin dapat kau buka semula
biarkan ia mati di situ

bahagia?
apakah maknanya bahagia itu

dahulu
waktu kau ku kenali
waktu kasih berbunga
ku tahu ertinya bahagia
senyuman di bibir terpancar sentiasa
namun setelah hati ini kau calari
hilang segala bhagia yang ku tempa
hilang semua sayang kau ku jumpa

mengapa baru kini
dapat kau menilai yang mana emas
yang mana kaca
mengapa baru kini
dapat kau hargai kenangan kita bersama
mengapa baru kini dapat kau bezakan
antara setia dengan dusta
mengapa baru kini

pergilah kau dari sisi
carilah pengganti yang lebih bererti
carilah insan yang lebih mengerti
carilah cinta yang hakiki

tinggalkan lah aku dengan kenangan ku
tinggalkan aku dengan sisa bahagia ku
tinggalkan aku dengan baki semangat ku
tinggalkan aku dengan deritaku

Thursday, November 15, 2007 1:51:00 PM

Unknown said...

jangan kau tanya ke mana sayang itu pergi
jangan kau tanya ke mana kasih itu menghilang
jangan kau tanya di mana cinta itu berada
semuanya x kan bisa kita ulangi
x kan bisa kita kecapi lagi

cukup lah setakat di sini sahaja cerita kita
cukup setakat di sini sahaja tipu helah mu
ku x mampu tuk bertahan
hanya melihatkan sandiwaramu
aku penat
aku lelah

izinkan aku pergi mencari kedamaian
izinkan aku pergi mencari ketenangan
lepaskan aku
biarlah aku tentukan arah hidup ku snediri
x ingin ku terus di kejar bayangan mu
jangan kau tagih lagi sayang dan cinta dari ku....

Friday, November 30, 2007 12:25:00 PM

Unknown said...

"Sketsa Menagih Kasih"


jangan kau tanya ke mana sayang itu pergi
jangan kau tanya ke mana kasih itu menghilang
jangan kau tanya di mana cinta itu berada
semuanya x kan bisa kita ulangi
x kan bisa kita kecapi lagi

cukup lah setakat di sini sahaja cerita kita
cukup setakat di sini sahaja tipu helah mu
ku x mampu tuk bertahan
hanya melihatkan sandiwaramu
aku penat
aku lelah

izinkan aku pergi mencari kedamaian
izinkan aku pergi mencari ketenangan
lepaskan aku
biarlah aku tentukan arah hidup ku snediri
x ingin ku terus di kejar bayangan mu
jangan kau tagih lagi sayang dan cinta dari ku....

Friday, November 30, 2007 12:25:00 PM

Unknown said...

Terlantar tiada siapa peduli
Di sepak di terajang tiada siapa tahu
Pedih tertusuk sembilu kata nista
Mengundang nanah berdarah
Penuh membasahi tubuh yang kering
Tubuh yang x bermaya

Sekujur tubuh yang dahaga akan kasih sayang
Seketul hati yang kehausan belaian dan perhatian
Terlantar sendirian
Menangis sendirian

Di mana teman
Yang dulunya penuh keliling pinggang
Di mana kawan
Yang dulunya penuh sepanjang jalan

Hilang
Semuanya hilang
Di sentap taufan muncul tanpa amaran

Others Entry

Related Posts with Thumbnails