Monday, October 13, 2008

Salah Kah Aku...

bergelut dalam derita ini
sungguh membuat aku bingung
pincang segala jalan cerita ku
dek kerana kenangan itu

mengapa harus ada pertemuan
andai perpisahan bertaut akhirnya
mengapa perlu ada pertemuan
andai derita mengiringi bersama

salahkah aku kerna menyayangi mu
salah kau kerna merindui mu

mengapa aku kau diamkan begitu
setelah kau semai benih sayang dalam hati ini
setelah kau siram baja kasih dalam jiwa ini

kejam nya kau perlakukan aku demikian rupa
mendiamkan aku tanpa sepatah kata

andai aku yang bersalah
berkata lah di kau
semoga kelemahan dan kesilapan
dapat aku perbetulkan

andai aku yang bersalah
bersuara lah di kau
biarpun suara mu
mengandungi noktah berdarah
aku tetap terima
biar pedih terpaksa ku telan semua....


*tdc- 15 April 2008

3 comments:

Unknown said...

Segalanya bermula dengan spontan
Tanpa di rancang
Apatah lagi mengundang
Sapaan demi sapaan bersambut biasa
Tegur menegur setiap gerak laku ku
Tanpa ku pinta
Biar sekasar sekeras mana ku balas
Kau tanpa putus asa terus mencuba
Menegur setiap gerak ku
Yang kau kira mencacatkan pandangan

Perkenalan yang tiada ku tahu
Di mana titik mula
Makin bercambah
Makin membuah kemesraan
Kita saling tegur menegur
Setiap kesalahan yang di lakukan
Penambahbaikan sikap dan perbuatan seharian

Gelak tawa
Suka duka silih berganti
Segalanya kita kongsi bersama
Saling lengkap melengkapi kehidupan
Alangkah indah waktu itu
Masih terpatri kukuh di ingatan ini

Namun
Siapa tahu
Hujan ditengahari
Tanpa angin membawa pesan
Taufan mula melanda

Aku terpinga-pinga
Aku tercari-cari
Salahkah aku
Bersalahkah aku
Akukah yang bersalah
Menjadi punca semua ini

Puas ku risik
Puas ku bertanya
Menebalkan muka
Kata kau pada mereka
Hubungan indah bertukar arah
Bukan salah ku
Namun sikap mu
Benar-benar membuat aku terluka
Hirisan luka yang kau lukis di hati ini
Terlalu halus
Hingga kini x bisa ku ubati

Andai aku x bersalah
Mengapa aku kau perlakukan begini
Ku hanya inginkan penjelasan
Aku hanya inginkan keikhlasan dan kejujuran
Aku inginkan jawapan
Bersalah kah aku
Salahkah aku
Kerna kini kita bagai musuh
Bagai orang asing di dunia sendiri
Salah kah aku......



*tdc- 11 April 2008

Unknown said...

tertawa aku sendiri melihatkan sikap mu
tersenyum aku sendiri
melihatkan tingkah mu
betapa benar aku sudah kau buang
sudah kau campak
jauh dari hiudp mu

kehadiran ku dalam hidupmu
umpama persinggahan tika kau dalam derita
kau sandarkan kepala mu
ke bahu ku
barang untuk seketika
hanya sekadar melepaskan lelah mu

kini
ku kira kau sudah bahagia
lalu bahu ini tidak lagi kau perlukan
kerna itu aku kau buangkan
tanpa rasa belas
tanpa rasa bersalah

salah aku kah
meminjamkan bahu ku ketika dulu
salah aku kah
membiarkan diri ini seolah
barang perhiasan barang permainan
yang sering kau gunakan

aku kini umpma boneka x bernyawa
kau tinggal tanpa pesan
setelah bahagia kau miliki
setelah gembira kau kecapi

kini aku sebelah mata pun
x sudi kau memandang
sapaan punx pernah lagi kau berikan
kini kita umpama orang asing
yang x pernah saling mengenali

tahu lah aku
bahwa aku hanya sekadar persinggahan
tuk kau lepaskan lelah mu
di kala derita mu dulu

rupanya
salah aku snediri
kerna membiarkan
diri mu terus mempermainankan dahulu....


*tdc- 22 April 2008

Unknown said...

salahkah aku
kerna sayang itu sudah tiada
rindu itu tiada datang menyapa
cinta itu di hujng tanduk cuma

salahkah aku
tatkala perasaan ini makin lebur
aku bangkit snedirian cuba membekukan
cuba menceriakan
namun hakikatnya tiada kau sedar
hakikatnya tiada kau endah

salahkah aku
kini sayang itu telah tiada
tiada dapat aku selamatkan lagi
kerna jiwa ku kini kekosongan
kontang tiada lagi sayang biarpun
hanya sekadar sisa yang tinggal

salahkah aku
dikala aku inginkan belaian
kau diam membisu
dikala aku perlukan sokongan
kau semakin menjauh
dan kini ada insan mendekati
memberi segala yang ku perlukan
membelai jiwa ku penuh kasih sayang
memenuhi segala keperluan ku
menyintai ku sepenuh jiwa
kau datang membentak
memarahi ku sesuka hati
hingga kau lupa
mengapa aku jadik begini

salahkah aku
andai kini ada insan yang bertahta di hati
memenuhi ruang kosong yang kau tinggalkan
menceria suasana suram yang kau tinggalkan
kini kau hadir tuk merampas
biarpun kau berhak
biarpun kau berkuasa
aku kau terus ikat
tanpa belas kasihan
bersama ruang kontang yang kau sediakan
yang kau tinggalkan....


*tdc- 7 September 2008

Others Entry

Related Posts with Thumbnails