Monday, September 13, 2010

A Day AfTer CuTi RaYa

Seawal pagi hujan turun dengan lebat tanpa henti, membantutkan aku tuk bangun seawal yang mungkin. Selesai bersiap anak beranak, sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, enjinnya x mampu tuk dihidupkan. Aku mula tarik muka 14... Huuueeee... Kereta adik ipar yang kununnya B pinjam turut menghadapi masalah. Adduhhh.. aku mula mengeluh panjang, diam tanpa bersuara. A Week before raya, keta sendiri wat hal... 2 3 kali masuk workshop tapi masih berkeadaan sama. Tingglkan keta tuk dihantar ke pomen di kampung, bawa balik keta adik ipar. Tup2, pagi nie keta tuh pun wat hal. MMg menguji kesabaran aku yang x berapa nak sabar. Aduhhh....

Sms ku hantar tuk memaklumkan kepada bos n kumar tentang musibah yang aku hadapi. Syukur mereka memahami. Jam 9.30 baru sampai opis. Hmmm...

Masih belum bercuti. Aku masih di sini di opis menjadi penunggu setia. Kumar di luar, aku n bos di dalam bilik. Beku masing2 cuma mencari kerja2 yang boleh dibuat tuk menghilangkan rasa boring n rasa lembabnya masa berjalan. Tiada lain yang ku buat selain merekod surat yang alahai... brapa pucuk sangat ler yang ku terima. Selesai merekod surat, aku kembali berpeleseran melayari alam maya yang tiada bersempadan. Di mana lagi tuk ku tuju selain di blog2 yang dahulunya ku tinggalkan sepi tanpa berpenghuni. Hanya tiba tika lunch hour, mampu lah aku melayari MukaBuku tuk melihat ceritera2 terbaru rakan2 ku.

Aaarrrggghhhh... bosannya. Tinggal 1 hari sahaja sebelum aku pula bercuti menikmati Aidilfitri 2010 ini. Ibu dan ayah ke Johor hantar zati yang akan bertolak ke Cairo bersama2 pasukan sekolah memperluaskan pengalaman dan seterusnya memperkenalkan kebudayaan Malaysia pada masyarakat luar. Biarpun kebosanan meniti hari2 sepi n kosong di pejabat, namun aku bersyukur kerana berpeluang menikmati hari2 tanpa banyak urusan jika dibandingkan dengan hari2 biasa. Nikmatilah detik2 indah ini... hahahaha.....


No comments:

Others Entry

Related Posts with Thumbnails