1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah
 tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah 
tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam 
(blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato
 dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau 
biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang 
terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula
 ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas 
pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga 
gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka
 sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. 
Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first 
time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau 
dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling 
mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…
3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir
 lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga 
bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong 
kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, 
sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. 
Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting 
berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab 
menyejukkan kulit muka.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum
 tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan
 semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. 
Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia 
juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah 
sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun 
sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First,
 pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya 
sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 
minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah 
anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu 
cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead 
dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian 
tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan 
whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi 
tips ini pun menjadi cik tom amalkan.
6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua
 orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang 
menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak 
hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang
 penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap 
keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa 
faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan
 dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. 
Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk 
mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!

 

No comments:
Post a Comment